Kosmo Online |
- RM185 JUTA tingkatkan taraf klinik di seluruh Pahang
- Orang muda dapat manfaat melalui agenda transformasi
- Menteri sangkal dakwaan hantar komando bunuh Kiram
RM185 JUTA tingkatkan taraf klinik di seluruh Pahang Posted: RM185 JUTA tingkatkan taraf klinik di seluruh Pahang23/03/2013 7:14pm MARAN - Sebanyak RM185 juta dibelanjakan kerajaan bagi kerja-kerja menaik taraf klinik kesihatan, klinik desa, dan klinik pergigian di seluruh Pahang dari tahun 2008 hingga 2012. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang dilakukan itu adalah demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia untuk rakyat. "Kerajaan Barisan Nasional telah banyak melaksanakan pembangunan untuk rakyat, dan projek kesihatan di seluruh negara, melibatkan peruntukan berbilion ringgit itu adalah bertaraf dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pengesahan Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Kampung Seri Jaya, dekat Maran, di sini, hari ini. - BERNAMA |
Orang muda dapat manfaat melalui agenda transformasi Posted: Orang muda dapat manfaat melalui agenda transformasi23/03/2013 5:40pm PEKAN - Agenda transformasi negara sebenarnya bakal memberi manfaat besar kepada golongan muda, dan mereka perlu menyokong agenda itu demi masa depan yang lebih gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Berucap pada perasmian Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN) IM4U Fair 2013, di Dataran Pekan di sini hari ini katanya, golongan muda adalah aset penting negara bagi memacu kemakmuran dan kesejahteraan di masa depan. - BERNAMA |
Menteri sangkal dakwaan hantar komando bunuh Kiram Posted: Menteri sangkal dakwaan hantar komando bunuh Kiram23/03/2013 5:35pm BAGAN DATOH - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan kononnya sepasukan komando tentera dihantar ke Filipina untuk membunuh pemimpin pengganas Sulu, Jamalul Kiram III. "Saya minta Jamalul Kiram janganlah khuatir, kita tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat beliau untuk melakukan pembunuhan di negara orang. "Janganlah lakukan "reverse psychology" hanya untuk mendapat simpati daripada penyokong-penyokongnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 50 bekas tentera di sini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan