Kosmo Online - Negara |
- Pengganas Sulu kini berpecah
- Kiram bohong ada yang ditawan
- Operasi geledah, bersihkan Kampung Simunul
Posted: Pengganas Sulu kini berpecahLAHAD DATU - Kumpulan pengganas Sulu yang tertekan selepas terperangkap dengan operasi besar-besaran pasukan keselamatan kini menukar kepada taktik gerila dengan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menyelamatkan diri. Nasib mereka kini ibarat telur di hujung tanduk setelah pasukan keselamatan menggandakan kekuatan dengan penambahan anggota zon operasi bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada pengganas berkenaan sekali gus menamatkan konflik. Ops Daulat di Lahad Datu yang masuk hari kelima semalam menyaksikan seorang lagi pengganas Sulu mati dibunuh di Kampung Tanduo menjadikan jumlah keseluruhan pengganas yang maut 53 orang. Selain itu, 27 lelaki yang mendakwa sebagai nelayan turut ditahan menjadikan jumlah tahanan akibat konflik tersebut kini 106 orang. Ini termasuk lapan lagi tali barut yang ditahan semalam. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin memberitahu, kumpulan pengganas Sulu kini telah berpecah dan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil. Beliau menambah, risikan yang dibuat pasukannya mendapati kumpulan tersebut kini telah terkepung sepenuhnya dan hanya bergerak antara Kampung Tanjung Batu dan Tanduo. "Kawasan kepungan kita di Kampung Tanduo adalah sekitar empat kilometer dan begitu juga di Tanjung Batu. "Ketika ini, pasukan kita telah mengepung kedua-dua kawasan tersebut menyebabkan mereka hanya bergerak antara kedua-dua kampung. "Pasukan kita juga telah mengesan seorang daripada mereka yang cuba keluar daripada kepungan dan berjaya menembak mati musuh tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Katanya lagi, operasi menggeledah dan mencari kini tertumpu di kawasan Kampung Tanduo selepas mendapati musuh telah bergerak ke Tanjung Batu. "Selesai kita bersihkan Tanduo, kita akan masuk ke Kampung Tanjung Batu dan adalah mustahil untuk mereka melepasi kepungan ini. "Musuh yang tidak dapat lari bersembunyi di Kampung Tanduo bukan di rumah-rumah tetapi di semak dan hutan tebal yang terdapat di kawasan tersebut," katanya. Tambahnya lagi, permukaan bumi yang berpaya dan sebagainya di antara kedua-dua kampung turut dikawal ketat pasukan keselamatan. Dalam pada itu, kor bantuan tempur dari Kuching, Sarawak berlepas ke Lahad Datu semalam bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu. Beliau berkata, kawasan Felda Sahabat turut bergegar dengan beberapa bunyi dentuman bom dari kawasan zon merah pada pukul 1 pagi dan 7.30 pagi dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegar di ruang udara kawasan ground zero itu. |
Posted: Kiram bohong ada yang ditawan![]() Pegawai dan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja LAHAD DATU - Polis menafikan ada anggota pasukan keselamatan menjadi tawanan kepada kumpulan pengganas Sultan Sulu sejak OPS Daulat dilancarkan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihak yang menyiarkan berita mengenai tawanan itu adalah tidak berasas dan berniat jahat. "Saya ingin mengesahkan bahawa tiada pihak kita yang menjadi tawanan dan saya tidak tahu daripada mana mereka dapat laporan tersebut. "Saya sendiri tidak mendengarnya dan apa yang dilaporkan adalah tidak benar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Portal berita GMA News kelmarin melaporkan mengenai dakwaan Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa telah menawan empat anggota pasukan keselamatan Malaysia termasuk seorang pegawai berpangkat kolonel. |
Operasi geledah, bersihkan Kampung Simunul Posted: Operasi geledah, bersihkan Kampung Simunul![]() ANGGOTA keselamatan kelihatan berhati-hati ketika SEMPORNA - Kira-kira 100 anggota pasukan keselamatan memasuki Kampung Simunul dekat sini semalam untuk menjalankan kerja-kerja penggeledahan bagi mencari senjata kumpulan pengganas Sulu yang terlibat dalam pertempuran dengan anggota keselamatan negara pada 2 Mac lalu. Mereka yang terdiri daripada polis komando VAT 69, Unit Tindakan Khas dan Pasukan Gerakan Am mula memasuki kampung tersebut pada pukul 8 pagi semalam untuk melakukan kerja-kerja penggeledahan. Operasi besar-besaran itu dijalankan selama lima jam tanpa henti sebelum ia berakhir pada pukul 1 tengah hari. Bagaimanapun dalam operasi tersebut, tiada sebarang senjata milik pengganas yang ditemui. Pemeriksaan tersebut dilakukan di Lorong 3, 4 dan 5 kampung terbabit. ![]() TIGA anggota keselamatan meninjau kawasan Kampung Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah ketika dihubungi Kosmo Ahad! mengesahkan operasi tersebut. Beliau berkata, ia bertujuan untuk meninjau kembali kawasan kejadian dan memeriksa sekiranya terdapat senjata-senjata milik pengganas di kawasan tersebut. Menurutnya, ia juga bertujuan untuk membuat lakaran semula sebenar tempat kejadian selain untuk mengawasi keadaan keselamatan kawasan perairan di Semporna. Dalam kejadian pada 2 Mac lalu, enam pegawai dan anggota keselamatan negara terkorban selepas diserang hendap ketika mereka menjalankan operasi memberkas beberapa individu dipercayai pengganas di kampung tersebut. Mereka ialah Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Azis Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran. Pertempuran tersebut menyaksikan enam orang pengganas Sulu turut terbunuh. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan