Khamis, 14 Mac 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dendam kesumat Sulu Filipina

Posted:

Dendam kesumat Sulu Filipina

Dendam kesumat Sulu Filipina

BEBERAPA kenderaan dinaiki anggota keselamatan meneruskan misi mencari saki-baki pengganas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu semalam.


KUALA LUMPUR - Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah berulang pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar kecil).

Justeru, beliau berkata, pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara. Ahmad Zahid menegaskan, inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400 kilometer persegi di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang.

"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat Sulu Filipina).

"Budaya ini melibatkan keturunan dan berlarutan selama ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," kata beliau di sini semalam.

Ahmad Zahid memberitahu, budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina. Pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu akan berulang pada masa hadapan.

Ditanya adakah Malaysia akan bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina untuk menghapuskan ancaman itu secara terus pada puncanya, beliau berkata, tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.

"Kalau kita masuk ke Filipina, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya.

"Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penduduk nyaris disembelih pengganas

Posted:

Penduduk nyaris disembelih pengganas

Penduduk nyaris disembelih pengganas


PENDUDUK Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Labian yang ditempatkan di Dewan Embara Budi di Lahad Datu semalam berdoa supaya krisis pengganas Sulu di kampung mereka segera berakhir.


LAHAD DATU - Seorang penduduk, Ajmain Mahmood tidak akan melupakan detik-detik menjadi tawanan kumpulan pengganas selepas kampungnya di Kampung Tanjung Batu di sini diceroboh pada 11 Mac lalu.

Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi ketika dia bersama beberapa penduduk tiba-tiba dijadikan tawanan oleh sekumpulan 50 pengganas yang dipercayai menyelinap masuk dari Kampung Tanduo.

Menurut Ajmain, 35, seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu tiba-tiba datang ke arahnya yang ketika itu duduk di barisan depan bersama kira-kira 60 penduduk lain sebelum dirinya ditampar dua kali dan pengganas itu kemudian mengacukan parang untuk menyembelih lehernya.

"Pengganas itu mengesyaki saya merupakan individu yang melaporkan kemasukan penceroboh ke Kampung Tanduo kepada pihak berkuasa," kata Ajmain ketika ditemui di Fajar Harapan di sini semalam.

Kata bapa kepada seorang anak itu, dia sangat takut dan hanya membayangkan akan mati.

"Kumpulan pengganas ketika itu sangat berang mungkin kerana terdapat beberapa rakan mereka sudah ditangkap di samping kubu kuat pula diserang pihak berkuasa," kata Ajmain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Guna mortar perangkap musuh

Posted:

Guna mortar perangkap musuh

Guna mortar perangkap musuh


DUA anggota tentera berkawal di kawasan yang dipercayai menjadi tempat persembunyian musuh di Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Pengganas Sulu yang dipercayai bergerak pantas dalam kumpulan kecil bertambah tertekan apabila pasukan keselamatan bertindak melancarkan beberapa serangan mortar ke kawasan Sungai Nyamuk dekat sini semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, serangan di kawasan yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian musuh itu dilakukan bagi memastikan pengganas tidak keluar dari kawasan kawalan.

Katanya, perkara itu harus dilakukan sebelum operasi penggeledahan dibuat bagi memastikan keselamatan pasukan keselamatan lebih terjamin.

"Kita harus ingat mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan mengetahui selok-belok jalan di kawasan Sungai Nyamuk selain bergerak dengan pantas.

"Sebab itulah kita perlu lepaskan tembakan bagi memastikan mereka terus berada dalam kepungan. Kita mahu pastikan kumpulan ini tidak terlepas, tetapi dalam masa yang sama pasukan kami perlu berhati-hati," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved