Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Karnival Rakyat 1Malaysia di SMK Sungai Pusu
- Anggota JPAM sertai latihan di Titi Hayun
- Warga 2 Divisyen Infantri TD isi Tabung Darah HPP
Karnival Rakyat 1Malaysia di SMK Sungai Pusu Posted: Karnival Rakyat 1Malaysia di SMK Sungai PusuANTARA aksi menarik peserta pertandingan tarik tali sempena Karnival Rakyat 1Malaysia di SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini. MERIAH. Kira-kira 2,500 penduduk sekitar Gombak berkumpul beramai-ramai meraikan Karnival Rakyat 1Malaysia di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini. Program yang bermula seawal pukul 8 pagi itu turut diserikan dengan aktiviti berjalan kaki sempena 1Milion Women Purple Walk 2013. Pada majlis sama, Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas, Datuk Fuad Hassan yang turut melancarkan Tabung Lahad Datu bagi membantu keluarga anggota keselamatan yang berjuang di Sabah. Sebanyak RM1,400 berjaya dikutip sepanjang berlangsungnya karnival tersebut yang berakhir pada pukul 5 petang. |
Anggota JPAM sertai latihan di Titi Hayun Posted: Anggota JPAM sertai latihan di Titi HayunSAIFUDDIN (depan, kanan) menanam pokok bersama Mohtar (depan, tengah) dan anggota JPAM sempena kempen penanaman pokok di Taman Rimba Gunung Jerai, Kedah baru-baru ini. LATIHAN. Seramai 174 anggota sukarelawan dan pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Kedah telah mengikuti latihan mingguan di Titi Hayun, Yan, Kedah baru-baru ini. Peserta terlibat perlu berjalan sejauh 30 kilometer dengan menaiki tangga ke Taman Rimba yang terletak di Gunung Jerai itu. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Saifuddin Abdullah berkata, latihan yang diadakan bertujuan menguji ketahanan fizikal anggota JPAM. Saifuddin seterusnya memberitahu, kempen penanaman pokok di Taman Rimba Gunung Jerai itu turut diadakan pada majlis penutup yang dirasmikan Pengarah JPAM negeri Kedah, Mohtar Samat. |
Warga 2 Divisyen Infantri TD isi Tabung Darah HPP Posted: Warga 2 Divisyen Infantri TD isi Tabung Darah HPPSEBAHAGIAN anggota pasukan 2 Divisyen Infantri TD yang menderma darah sempena Hari Tentera Darat Ke-80 di Pasar Raya Mydin, Bukit Jambul, Pulau Pinang baru-baru ini. SUMBANGAN. Seramai 300 anggota pasukan 2 Divisyen Infantri Tentera Darat (TD) dari Kem Tun Razak menderma darah sempena Hari Tentera Darat Ke-80 di ruang legar Pasar Raya Mydin Bukit Jambul, Pulau Pinang baru-baru ini. Panglima 2 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin berkata, program tersebut merupakan satu acara tahunan yang dilakukan dengan kerjasama Hospital Pulau Pinang (HPP) orang awam menderma darah. Menurut beliau, ia merupakan salah satu tanggungjawab sosial dalam kalangan warga 2 Divisyen Infantri terhadap masyarakat menerusi usaha mengisi Tabung Darah HPP dan dilakukan dari semasa ke semasa. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan