Jumaat, 15 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kempen MyDaftar beri manfaat kepada rakyat - Najib

Posted:

Kempen MyDaftar beri manfaat kepada rakyat - Najib

Kempen MyDaftar beri manfaat kepada rakyat - Najib

15/02/2013 10:05pm

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kempen MyDaftar bagi membantu golongan tidak memiliki dokumentasi pengenalan diri sebagai khidmat yang memanfaatkan ribuan penduduk di negara ini.

Beliau berkata, kempen yang dilancarkan bagi menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India di negara ini telah menerima pengiktirafan khas dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kempen MyDaftar untuk menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India menerima pengiktirafan PBB. Satu perkhidmatan yang memberi manfaat kepada beribu-ribu orang," kata Najib dalam tweet terbaru beliau hari ini.

Najib melancarkan Kempen MyDaftar peringkat kebangsaan pada Februari 2011 bagi membantu menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India yang tidak mempunyai sijil kelahiran, kad pengenalan diri atau kewarganegaraan. — BERNAMA

Siaran RTM KPKK-Astro Njoi akan diperluas

Posted:

Siaran RTM KPKK-Astro Njoi akan diperluas

Siaran RTM KPKK-Astro Njoi akan diperluas

15/02/2013 10:03pm

KUALA KLAWANG — Program perluasan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui satelit Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)-Astro Njoi akan diperluaskan ke kampung tradisi dan kampung baru selepas kejayaan di perkampungan Orang Asli.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini akan memberi peluang kepada masyarakat kampung tradisi dan kampung baru untuk menikmati kemudahan ini di kawasan mereka.

"Kita akan pilih untuk mengagihkan 500 set lagi perkhidmatan ini di kampung tradisi dan kampung baru. Setakat ini kita telah memasang 800 set di perkampungan Orang Asli di Jelebu.

"Setakat ini kita telah agihkan perkhidmatan ini di pedalaman Sarawak sebanyak 2,000 set manakala di Sabah 1,800 set," katanya pada majlis pelancaran program perluasan siaran RTM, KPKK-Astro Njoi ke perkampungan Orang Asli peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, di Kampung Ulu Kelaka dekat sini, hari ini.

Program ini yang mula diperkenalkan pada Jun 2012 adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Astro bagi memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli serta masyarakat pedalaman di Sabah dan Sarawak bagi mengatasi masalah tidak mendapat siaran.

Menerusi program ini, masyarakat berkenaan akan menerima set televisyen dan dekoder Astro Njoi secara percuma.

Menurut Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata tujuan kemudahan ini diberikan kepada masyarakat Orang Asli kerana hendak mengatasi masalah tidak mendapat siaran memandangkan kebanyakan yang terlibat ialah perkampungan masyarakat Orang Asli.

"Selepas ini kita merancang untuk memberi kemudahan ini di Gua Musang, Kelantan dan diikuti di seluruh negara secara berperingkat. Kita akan tumpukan di kawasan tertentu yang menghadapi masalah tidak mendapat siaran mengikut keperluan," katanya. — BERNAMA

Manila gesa kumpulan bersenjata di Lahad Datu pulang

Posted:

Manila gesa kumpulan bersenjata di Lahad Datu pulang

Manila gesa kumpulan bersenjata di Lahad Datu pulang

15/02/2013 10:01pm

KUALA LUMPUR — Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata, pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.

"Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat di perairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.

Andal berkata aktiviti kumpulan ini tidak dipersetujui kerajaan Filipina. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved