Kosmo Online - Negara |
- 102 pelarian Rohingya ditahan dalam kelesuan
- Polis sahkan Psy terima ancaman bunuh
- Editor The Australian anggap Xenophon bodoh
102 pelarian Rohingya ditahan dalam kelesuan Posted: 102 pelarian Rohingya ditahan dalam kelesuanOleh NOOR HASLIZA NUSI ![]() SEBAHAGIAN daripada 102 orang pelarian Rohingya yang ditahan polis di Teluk Bahang, Pulau Pinang semalam. TELUK BAHANG - Hasrat kira-kira 120 pelarian Rohingya ke negara ini untuk mendapatkan perlindungan dan pekerjaan terbantut apabila 102 orang daripada mereka ditahan pihak berkuasa ketika cuba menyembunyikan diri di dalam hutan Taman Negara Teluk Bahang di sini semalam. Mereka yang terdiri daripada 64 lelaki, 20 wanita serta 18 kanak-kanak berusia dalam lingkungan setahun hingga 70-an ditemui berkeliaran di tiga lokasi berasingan iaitu di Pantai Teluk Kampi, Hutan Taman Negara Teluk Bahang dan Hutan Simpan Pantai Acheh, Balik Pulau di sini kira-kira pukul 3 petang dan 7 malam. Pelarian terbabit dikatakan mendarat di Pantai Teluk Kampi pada pukul 11 malam kelmarin setelah belayar dari Myanmar selama 13 hari dengan menaiki sebuah bot pukat tunda yang dipandu seorang rakyat tempatan. Bot yang mereka naiki dengan caj mencecah ratusan ringgit seorang itu dikatakan telah mengalami kebocoran sebelum tersadai di pantai berkenaan. Semasa ditahan, kesemua pelarian terbabit dilihat berada dalam keadaan keletihan memandangkan mereka dikatakan sudah tiga hari tidak menjamah makanan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Polis sahkan Psy terima ancaman bunuh Posted: Polis sahkan Psy terima ancaman bunuhTASEK GELUGOR - Polis Pulau Pinang mengesahkan wujud ancaman bunuh ke atas penyanyi rap terkenal Korea Selatan, Psy ketika penyanyi tersebut datang membuat persembahan sempena Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina Barisan Nasional di padang Kolej Han Chiang, George Town pada 11 Februari lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ancaman itu diterimanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali. "Pada 10 Februari lalu, lebih kurang pukul 8 malam iaitu sehari sebelum penyanyi itu membuat persembahan, kita terima satu SMS daripada pengurusnya yang memberitahu ada ancaman bunuh ke atas penyanyi itu. "Dalam SMS itu juga, pengurus Psy meminta kawalan keselamatan ketat diberikan kepada penyanyi tersebut semasa beliau tiba di lapangan terbang sehinggalah pulang," katanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Editor The Australian anggap Xenophon bodoh Posted: Editor The Australian anggap Xenophon bodohMELBOURNE - Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas, Nick Xenophon bertindak 'bodoh atau sengaja mempromosi diri' berhubung episod dia dihalang memasuki Malaysia hujung minggu lalu. Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata, tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah 'bodoh dan tidak praktikal'. Sheridan juga menuduh Xenophon berkempen hanya untuk sebelah pihak dalam politik di Malaysia iaitu untuk pihak pembangkang. Beliau berkata, Menteri Luar, Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan