Kosmo Online |
- 6 kereta tertimbus tanah runtuh, tiada terkorban
- Kerosakan rumah pam selesai diperbaiki – Syabas
- Mufti cadang tangguh alih kubur di Pengerang
6 kereta tertimbus tanah runtuh, tiada terkorban Posted: 6 kereta tertimbus tanah runtuh, tiada terkorban03/01/2013 7:50pm KUALA LUMPUR – Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Balai Polis Putra Height, Subang Jaya, dekat sini hari ini. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang. "Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sehingga kini, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang. – BERNAMA |
Kerosakan rumah pam selesai diperbaiki – Syabas Posted: Kerosakan rumah pam selesai diperbaiki – Syabas03/01/2013 7:48pm KUALA LUMPUR – Kerosakan di dua rumah pam yang menjadi punca krisis air di ibu negara sejak 29 Disember lepas selesai diperbaiki bagi membolehkan ia beroperasi semula, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat-peringkat ke semua kawasan terbabit dalam tempoh lima hari. Katanya, kerosakan di rumah pam Wangsa Maju siap dibaiki pada jam 11.45 pagi semalam, manakala Pudu Hulu Baru selesai jam 5 pagi ini. Kedua-dua rumah pam telah pun beroperasi semula, tetapi rumah pam Wangsa Maju beroperasi pada kapasiti yang lebih rendah iaitu 170 juta liter sehari (JLH) berbanding kadar biasa melebihi 200JLH, katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, bagi membantu penduduk yang terjejas, Syabas menggerakkan sebanyak 40 buah lori tangki air dan menyediakan 174 buah tangki air statik ke kawasan terjejas. – BERNAMA |
Mufti cadang tangguh alih kubur di Pengerang Posted: Mufti cadang tangguh alih kubur di Pengerang03/01/2013 6:51pm KOTA TINGGI - Jabatan Mufti negeri akan menghantar surat cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang, di sini. Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, hasil lawatan ke tapak perkuburan baharu di Punggai, beliau mendapati ia belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar. "Kita harap pihak yang berkenaan dapat perhalusi dahulu perkara ini sebelum urusan pemindahan 1,545 kubur termasuk 940 yang tidak berwaris membabitkan tujuh kampung dipindahkan ke kawasan berkenaan. Beliau berkata demikian selepas majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan perkuburan Islam untuk projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di sini, hari ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan