Khamis, 10 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


3 sahabat didakwa rogol gadis bawah umur

Posted:

3 sahabat didakwa rogol gadis bawah umur

3 sahabat didakwa rogol gadis bawah umur

10/01/2013 7:22pm

KANGAR — Tiga sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di sebuah pondok dalam kawasan sawah padi di Jalan Ngulang, Mata Ayer pada 31 Januari 2012.

Mohamad Fitri Salleh, 21, seorang tukang rumah, dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 8.30 malam dan 8.45 malam.

Dua lagi tertuduh yang bekerja sendiri iaitu Nor Azwan Ibeniamin, 23, dituduh melakukan perbuatan itu antara 9 malam dan 9.10 malam manakala Mohamad Yusri Rosli, 19, pula antara 9.20 malam dan 9.30 malam pada tarikh yang sama.

Mereka yang semuanya beralamat di Kampung Baroh dekat sini dituduh secara berasingan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol gadis yang ketika itu berusia 14 tahun empat bulan di lokasi sama.— BERNAMA

Tembak bomoh: Suami isteri, adik ditahan

Posted:

Tembak bomoh: Suami isteri, adik ditahan

Tembak bomoh: Suami isteri, adik ditahan

10/01/2013 7:16pm

SHAH ALAM — Polis menahan sepasang suami isteri dan adik perempuan lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes seorang bomoh ditembak mati di sebuah pangsapuri di Seksyen 8, Kota Damansara dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, pasangan suami isteri itu ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Ara Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 6 petang Selasa lepas.

Beliau berkata, suspek lelaki berumur 43 tahun yang berasal dari Alor Setar, Kedah, merupakan bekas kapten kapal manakala isterinya yang berumur 41 tahun adalah seorang guru.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Mohd. Adnan berkata, adik perempuan lelaki terbabit yang berumur 31 tahun ditahan di rumahnya di Alor Setar kira-kira 7.30 pagi semalam.

"Ekoran tangkapan suspek di Alor Setar pula, polis merampas dua pucuk pistol Glock, dua magazin dan dua kotak peluru di tepi laut Kuala Kuar. Pistol berkenaan dipercayai diguna untuk menembak mangsa," katanya.

Dalam kejadian 9 malam itu, mangsa berumur 43 tahun dan berasal dari Kedah maut di tempat kejadian selepas ditembak lebih dua das dari jarak dekat oleh suspek yang menaiki sebuah kereta.

Mangsa, pengamal perubatan tradisional, datang menumpang di rumah sepupunya di pangsapuri itu untuk memohon kerja sebagai pengawal keselamatan.

"Dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, kami percaya kes ini telah selesai. Motif kejadian dipercayai akibat cemburu dan dendam," katanya.— BERNAMA

Ibu perlu bilik rawatan untuk anak koma 14 tahun

Posted:

Ibu perlu bilik rawatan untuk anak koma 14 tahun

Ibu perlu bilik rawatan untuk anak koma 14 tahun

10/01/2013 6:41pm

BACHOK — Ibu kepada seorang gadis yang koma sejak 14 tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, memerlukan bilik khas di rumahnya untuk merawat anaknya itu.

Siti Suzaini Jailani, 22, kini ditempatkan di atas sebuah katil menggunakan tilam angin, sebilik dengan adik-beradiknya yang lain, dianggap tidak selesa memandangkan usianya semakin meningkat.

Maziah Jusoh, 49, dari Kampung Daramain berkata, kemalangan jalan raya berhampiran rumahnya itu berlaku pada 1999 ketika anaknya berusia tujuh tahun, dalam perjalanan mengaji al-Quran.

Beliau yang tidak bekerja manakala suaminya seorang pengawal keselamatan berkata, tidak mampu untuk membina bilik khas itu memandangkan perbelanjaan yang tinggi untuk menampung keperluan anaknya iaitu RM1,200 sebulan bagi membeli lampin pakai buang, susu dan tiub untuk dijadikan saluran makanan.

"Bilik khas inilah hasrat yang terbuku di hati saya yang masih belum kesampaian," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Maziah berkata, ketika mula mendapat rawatan di hospital, doktor memberitahu peluang untuk anaknya itu hidup amat tipis, namun takdir Allah, anaknya itu masih dipanjangkan nyawa sehingga kini.

Meskipun doktor memaklumkan anaknya mungkin berada dalam keadaan koma sepanjang hayatnya, namun sebagai seorang ibu, beliau tidak berputus asa untuk melakukan apa saja bagi memulihkan anaknya.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved