Isnin, 17 September 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kelapa hibrid jana lebih hasil

Posted:

Kelapa hibrid jana lebih hasil

SEJAK tahun 1983, Rumayah Mamun, 64, bergelumang dalam dunia jualan kuih-muih. Sebelum bergelar isteri, Rumayah memang arif menghasilkan kuih Melayu tradisional hasil pembelajaran daripada ibunya.

Pada awal perniagaan, wanita yang dilahirkan di Kuala Lumpur itu memilih nasi lemak berlauk sebagai mata pencarian.

Akibat faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, Rumayah terpaksa menjalani pembedahan kaki dan bercuti berniaga untuk tempoh tiga bulan.

Sekembalinya beliau ke lapangan penjualan nasi lemak, beliau dapati telah muncul peniaga lain yang menjual menu serupa. Berkat kesabarannya, Rumayah menukar hala kepada perniagaan laksa dan kuih.

"Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan sehingga ke hari ini menerusi jualan kuih-muih. Walaupun perniagaan ini dianggap biasa kebanyakan orang tetapi sambutan yang diperoleh amat memberangsangkan," perlahan suara Rumayah ketika ditemui di Pasar Tani Batu Muda, Batu Caves, Selangor baru-baru ini.


BUANI menjual kelapa tua pada harga 80 sen sebiji kepada pemborong dan harganya meningkat apabila tiba di kawasan bandar.


Secara kasarnya, kuih Melayu buatan Rumayah tiada bezanya dengan yang lain. Daripada 20 jenis kuih yang dipamerkan, kira-kira 10 jenis kuihnya berasaskan kelapa.

Saat ditanya tentang perihal itu, Rumayah yang sibuk membuka bungkusan kuih lopes untuk dicelup ke dalam bekas berisi kelapa parut menyatakan, tanpa kelapa, kuih Melayu hilang enaknya.

"Orang Melayu kita memang terkenal dengan masakan berasaskan kelapa. Selain kuih, lauk-pauk lain seperti gulai dan rendang juga menggunakan santan kelapa.

"Kuih-muih yang dijual seperti lopes, cucur badak, tepung bungkus, lepat ubi, lepat pisang, pulut panggang dan banyak lagi sudah tidak dapat dipisahkan daripada kelapa.

"Hendak menerangkan sebab musabab secara ilmiah saya tidak pandai tetapi apa yang saya tahu kuih tradisional dan kelapa saling melengkapi dan tanpanya ia tidak sempurna," cerita Rumayah yang masih membuat kuih lopes dengan cara merebus dan bukannya mengukus seperti yang menjadi amalan masyarakat hari ini.

Dalam seminggu, kuih-kuih Rumayah dijual di tiga buah pasar tani berbeza. Jualan kuih-muih tersebut dilakukan oleh anak lelakinya di Pasar Tani Batu Muda pada hari Rabu, Pasar Tani Gombak setiap Khamis dan Pasar Tani Taman Melawati, Hulu Kelang pada hari Sabtu.

Sebanyak lima hingga enam kilogram (kg) kelapa parut digunakan bagi menampung produksi kuih-muih Rumayah setiap hari.

Berkongsi mengenai bekalan kelapa, Rumayah pantas menjawab Pasar Sentul merupakan satu-satunya lokasi dia mendapatkan bekalan kelapa dari awal penglibatannya dalam perniagaan sehingga hari ini.


KELAPA matag antara kelapa hibrid yang difokuskan kepada perusahaan air kelapa muda.


Stok kelapa

Beliau tidak pernah rasa sukar bagi mendapatkan stok meskipun segelintir pihak menyifatkan kelapa sebagai bahan mentah yang sukar didapati terutama di bandar-bandar besar dan pada musim perayaan.

Dalam senyuman, Rumayah berbicara: "Peniaga kelapa di pasar itu pun sudah biasa dengan saya. Bayangkan sejak saya dan dia muda, sampai kami berdua bergelar warga emas, urusan jual-beli kelapa masih kukuh.

"Cuma sekarang saya tidak lagi ke sana kerana tidak kuat berjalan. Dalam tempoh dua hari sekali, anak saya akan membeli kelapa di situ. Sekarang ia dijual pada harga RM5 untuk satu kilogram.

"Setakat ini kualiti kelapa yang dijual itu masih sama. Dia hanya menjual kelapa parut putih yang bersih dan tidak seperti sesetengah peniaga yang mencampurkan isi kelapa yang kurang baik."

Menjejak ladang kelapa di Malaysia tidaklah sukar namun tanpa disedari, bayang pohon kelapa sebenarnya semakin suram. Satu persatu pokok daripada keluarga palma atau arecaceae itu tumbang menyembah bumi.

Mendedahkan kisah sebenar di sebalik kegusaran itu ialah pemilik ladang kelapa berkeluasan 0.8 hektar di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor, Buani Roski, 63. Ujarnya, ramai peladang tempatan menggantikan tanaman kelapa dengan kelapa sawit yang dilihat lebih komersial dan popular dalam pasaran.

Angin perubahan itu sekali gus mewujudkan kesulitan bagi pemborong memenuhi permintaan kelapa yang saban hari kian meningkat daripada pengguna. Kesannya, harga kelapa di pasaran khususnya di ibu kota melonjak kepada harga tidak munasabah.

"Pada musim perayaan terutamanya Aidilfitri, harga kelapa tua pasti melambung dan sekarang susah bagi pemborong mendapatkan bekalan. Mereka menampung jualan dengan membeli kelapa dari luar negara seperti Indonesia dan Thailand.


MAJORITI kuih-kuih tradisional Rumayah dicampur dengan kelapa parut bagi memenuhi selera masyarakat tempatan.


"Memandangkan kelapa gugur serentak pada masa tertentu, adakalanya pada musim perayaan kelapa tidak mampu mengeluarkan hasil. Jadi, kelapa-kelapa saya awal-awal lagi sudah ditempah pemborong yang membelinya pada harga 80 sen bagi sebiji kelapa tua.

"Setiap tiga bulan, kira-kira 3,000 biji buah kelapa dapat dibekalkan kepada pemborong. Secara keseluruhan saya mempunyai 120 pokok dan setiap pokok mengeluarkan tiga tandan kelapa," jelas Buani yang memberitahu setiap hektar ladang ditanam dengan 60 pokok sahaja.

Usia sebatang pokok kelapa yang subur boleh melebihi 25 tahun. Kesemua pohon kelapa kepunyaan Buani telah pun berusia 36 tahun. Beliau mula menanam pokok-pokok itu pada tahun 1976. Kesesuaian tanah dan cuaca membantunya untuk terus mengeluarkan hasil.

Kelapa hibrid

Kekurangan bekalan kelapa dalam negara tidak disangkal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Situasi sebenar menyaksikan negara terpaksa mengimport bekalan kelapa dari negara-negara jiran bagi menampung permintaan yang semakin tinggi.

Timbalan Pengarah bahagian Pengurusan Perosak dan Penyakit MARDI, Dr. Azmi Man menyatakan, keluasan ladang kelapa di seluruh Malaysia kini melebihi 99,957 hektar dengan negeri Perak dan Sabah mencatatkan tanaman tertinggi.

Peralihan peladang kepada kelapa sawit berpunca daripada faktor keuntungan yang kurang memberangsangkan yang diperoleh daripada perusahaan kelapa. Dalam setahun, kelapa tradisional negara hanya mencatatkan hasil 4,000 hingga 5,000 biji.

"Kerajaan sedar dilema yang dialami industri kelapa, jadi kami giat menggalakkan peladang mengusahakan kelapa hibrid yang mampu menjana pengeluaran dan pendapatan lebih tinggi.

"Kelapa matag dan mawa antara kelapa hibrid yang semakin popular. Kita mengeluarkan benih-benih baka baharu ini dan gantikan pokok kelapa tradisional dengan kelapa hibrid.

"Dalam setahun, kelapa hibrid berupaya menyumbangkan keluaran sebanyak 20,000 hingga 25,000 biji kelapa kepada industri kelapa negara," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Azmi, kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK - 10) telah pun merangka pelan bagi meningkatkan kos pengeluaran kelapa hibrid.

Walaupun perkembangan kelapa hibrid dilihat menggalakkan, tiada jangka masa ditetapkan bagi memastikan kelangsungan bekalan yang cukup untuk penduduk negara tanpa perlu bantuan kelapa import.

Pencemaran sungai di Jawa Barat

Posted:

Pencemaran sungai di Jawa Barat

SUNGAI Citarum merupakan kawasan tumpuan bagi penduduk Sukamaju untuk membasuh pakaian.


HAMPARAN sawah padi yang menghijau, layang-layang berterbangan di udara dan suara kanak-kanak ketawa keriangan menghiasi suasana kampung Sukamaju yang terletak di bahagian Jawa Barat, Indonesia.

Namun di sebalik suasana indah itu, bau busuk menusuk hidung penduduk di situ. Longgokan sampah dan plastik yang mengalir dalam aliran Sungai Citarum membunuh keindahan kampung tersebut.

Sungai sepanjang 297 kilometer itu dianggap sebagai tong sampah akuatik yang merentasi Kepulauan Jawa dan pusat bandar raya Indonesia iaitu Jakarta.

Dilabel sebagai kawasan yang tercemar di dunia oleh agensi suruhanjaya kerajaan tempatan dan badan bukan kerjaan (NGO) yang terlibat dengan tahap kebersihan, sungai tersebut merupakan satu-satunya sumber air kepada 15 juta rakyat Indonesia walaupun ia berisiko kepada kesihatan dan tanaman penduduk di negara itu.

WALAUPUN kerajaan Indonesia telah melancarkan projek memulihara Sungai Citarum sejak 15 tahun lalu, sungai yang menjadi sumber air republik itu masih tercemar.


Sungai tercemar

Di Sukamaju, terdapat sebuah telaga di dataran kampung itu yang dijadikan tempat tumpuan orang ramai membersihkan diri. Telaga tersebut disambung terus dari terusan berdekatan.

Seorang penduduk kampung, Noor, 40, mempunyai tompok putih pada lengan beliau sejak enam bulan yang lalu.

"Setiap hari saya membasuh pakaian di sungai ini dan pada mulanya lengan saya hanya mengalami gatal-gatal. Ini merupakan kesalahan kilang-kilang yang telah menyebabkan sungai tercemar.

"Saya tidak mempunyai wang untuk berjumpa doktor dan sehingga kini saya tidak tahu penyakit yang saya hidapi," ujarnya.

Sukamaju terletak tidak jauh dari pusat bandar Jawa Barat iaitu Bandung. Lembangan Bandung merupakan salah sebuah pusat bersejarah dalam perkembangan industri tekstil di republik itu.

Di lembangan itu, terdapat 1,500 kilang yang menumpahkan 280 tan sisa toksik sehari ke Sungai Citarum.

Terusan Sukamaju terletak di antara sawah padi dan air dari terusan itu mengalir melalui sawah yang bertukar warna hitam.

"Ini terjadi kerana pewarna tekstil dari kilang-kilang. Warna-warna itu berubah pada setiap dua jam bergantung kepada pembuangan pewarna yang telah digunakan dan ia telah memberi kesan kepada kualiti padi yang ditanam," luah Deni Riswandani tidak hati.

Menurut Deni, kini hasil padi di kawasan tersebut telah menyusut sehingga 50 peratus. Di pinggir sawah padi, terdapat sebuah bangunan besar yang berwarna kelabu yang turut dilengkapi dengan beberapa cerobong dan dikelilingi kawat berduri.

Di sebelah pantai pula kelihatan sebuah injap yang telah disambung ke tapak kilang sisa toksik yang dialirkan ke sawah padi.

"Kebiasaannya kilang-kilang tidak boleh melupuskan sisa toksik ke dalam air tanpa merawatnya terlebih dulu. Secara teori, mereka seharusnya dikenakan hukuman berat akibat perbuatan ini. Kerajaan berpura-pura melakukan pemeriksaan tetapi pada dasarnya tiada apa yang berubah," jelas Deni.

SUNGAI yang kotor menyebabkan penduduk Sukamaju terdedah kepada pelbagai penyakit yang turut membawa maut.


Penyakit akibat pencemaran

Menurut Ketua Biro Wilayah Persekitaran Jawa Barat, Windya Wardhanbi, mereka mengamalkan kawalan intensif dan memantau kilang-kilang itu.

"Di dasar Sungai Citarum, terdapat logam berat dan mendapan yang mungkin disebabkan oleh kilang-kilang ini.

"Sungai itu juga mengandungi merkuri, plumbum, zink dan krom yang boleh menjadi salah satu faktor kepada penyakit kanser, kerosakan organ, jangkitan pada bayi serta kanak-kanak dan ia boleh membawa maut," jelas Windya.

Menurut kajian, kesan daripada merkuri dan plumbum boleh menyebabkan penyakit sendi seperti reumatoid artritis dan penyakit buah pinggang, sistem pendarahan dan sistem saraf.

Penduduk telah meminta pampasan kerana tanaman padi mereka rosak. Persatuan Tekstil Indonesia menegaskan, sumbangan industri itu kepada pencemaran sungai tidak lebih daripada antara 15 hingga 25 peratus.

"Pencemaran sungai terjadi daripada hasil sisa domestik dan plastik. Jadi, tidak adil menuduh industri kami sebagai penyumbang utama kepada pencemaran sungai di negara ini," jelas Kevin Hartanto selaku Ketua Persatuan Tekstil Bandung.

Tegasnya, mudah untuk mengira bilangan kilang-kilang tetapi tiada siapa yang mahu mengira bilangan manusia yang tinggal di tepi sungai dan membuang sampah ke dalam sungai setiap hari.

Pembersihan Sungai Citarum dan 22 anak sungai telah menjadi satu keutamaan oleh pihak pemerintah Indonesia. Mereka telah melancarkan projek untuk memulihara sungai selama 15 tahun.

"Kita perlu belajar beberapa kaedah untuk menangani isu ini dari negara Perancis, Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan. Negara-negara ini mengalami pencemaran air di bahagian pertama abad ini. Bagaimanapun, mereka mempunyai pelan jangka masa panjang untuk menangani masalah ini," kata pakar sumber air Bank Pembangunan Asia (ADB), Thomas Panella. - AFP

Fabrik kapas sejukkan tubuh

Posted:

Fabrik kapas sejukkan tubuh

SEBAIK menyarungkan baju kurung motif bunga merah jambu, Nur Amira Sabahruddin, 6, tersenyum di depan cermin. Kemudian, dia lantas mengemaskan jalinan tocang yang diikat oleh ibunya.

"Saya suka baju kurung ini, ia cantik. Ibu beli untuk saya pakai pada hari raya dan pergi mengaji. Baju ini tak panas. Kalau berpeluh pun badan tak gatal," luah Nur Amira mengenai baju kurung kain kapasnya.

Pelajar Sekolah Tadika Kemas Lembah Jaya Selatan, Ampang, berkenaan merupakan peminat tegar pakaian yang berasaskan kain kapas. Setakat ini, dia memiliki lebih daripada 20 pasang gaun, baju kurung dan baju T yang diperbuat daripada kain kapas pelbagai corak serta warna.

Bersesuaian dengan jiwa kanak-kanaknya, anak tunggal tersebut sedikit cerewet ketika memilih pakaian. Dia menggemari baju warna ceria dan tampak comel berbanding pakaian warna gelap dan suram.

Ibu kepada Nur Amirah, Zuliana Ernie Zainon, 33, memberitahu, kebanyakan pakaian anak tunggalnya menggunakan kain kapas bermula daripada baju kurung, baju seragam sekolah hinggalah kepada gaun kasual.

Kata petugas pentadbiran di sebuah syarikat swasta itu, pakaian berasaskan kain kapas memberikan keselesaan berpanjangan kepada anaknya.

Elak masalah ruam

"Maklumlah, kanak-kanak aktif bermain dan melakukan macam-macam aktiviti terutamanya di luar rumah. Dek terlalu aktif, mereka akan cepat berpeluh. Sebab itu, saya memastikan Nur Amirah memakai pakaian yang sesuai.

"Lagipun, saya ingin mengelakkan kulit badannya daripada mengalami gatal-gatal atau ruam. Selain itu, pakaian yang diperbuat daripada kain kapas mudah dicuci dan ideal dipakai memandangkan cuaca di Malaysia yang panas serta lembap sepanjang tahun," jelas wanita kelahiran Sungai Petani, Kedah, yang gemar membeli koleksi busana tradisional kain kapas di butik Maira Collection, Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Tambah Zuliana, biasanya baju kurung kain kapas motif bunga kecil dan warna terang dibeli khas untuk anak perempuannya itu manakala busana polos pula menjadi pilihannya.


PENGGUNA kini berpeluang memiliki koleksi kain kapas yang hadir dalam pelbagai warna dan corak.


"Saya suka membeli baju kurung yang polos di bahagian atas, sementara kain bahagian bawah berjalur atau berpetak-petak. Justeru, bagi menyuntik seri pada baju, saya akan menghiasinya dengan taburan manik, labuci mahupun batu permata yang berwarna-warni," kata Zuliana yang menjahit perincian di bahagian kolar, pergelangan tangan dan kaki baju.

Menurut Profesor Madya Psikologi dan Kinesiologi di Universiti Park, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), W. Larry Kenney, kain kapas merupakan salah satu fabrik yang membantu menyejukkan badan ketika cuaca panas mahupun sewaktu berpeluh.

"Bagi mengelakkan badan berasa panas pastikan anda memilih pakaian kain kapas yang tidak terlalu tebal, warna lembut dan potongan longgar. Material kapas memang dikenal pasti dapat membantu mengurangkan masalah ruam dan bintik-bintik merah pada kulit badan," jelas Kenney dalam satu temu ramah kesihatan bersama agensi media antarabangsa.

Secara ringkasnya, kain kapas dihasilkan daripada pokok kapas yang lazimnya tumbuh di kawasan tropika dan subtropika. Di sekeliling biji kapas terdapat gentian lembut yang diproses untuk dijadikan benang. Benang-benang itulah yang digunakan bagi menghasilkan fabrik yang lembut dan menyerap peluh.

Namun begitu, sehingga kini belum ada pihak yang dapat mengenal pasti detik sebenar wujudnya pokok kapas. Sesetengah ahli sejarah mendakwa pokok berkenaan mula ditanam 7,000 tahun lalu di Mehrgarh dekat dataran Kachi, Pakistan. Ia dibuktikan melalui penemuan serat kapas yang terpelihara dalam manik tembaga.

Pada tahun 800 Masihi, didapati pedagang Arab mula menjual kain kapas di Eropah manakala pada tahun 1492 Masihi, pokok kapas ditanam di Pulau Bahamas sebelum ia berkembang ke Florida dan Virginia, AS, sekitar tahun 1607. Seterusnya penanaman pokok kapas dan perusahaan kain kapas meluas di serata negara termasuklah di India dan Jepun.

Fabrik berkualiti

Menurut Pengurus Pemasaran Jakel Kuala Lumpur, Shafarhan Abdul Kahar, pengguna sentiasa dinasihatkan supaya memilih koleksi kain kapas yang berkualiti dan gred A. Mutu perlu diambil kira bagi mengelakkan kain menjadi 'berbulu' dan warnanya pudar selepas beberapa kali cucian.

"Tidak dinafikan sesetengah pelanggan hanya memilih kain kapas yang dijual pada harga yang murah, corak menarik dan warna lembut atau terang. Aspek kualiti dan sifat kain pula diabaikan begitu saja. Sepatutnya ketika membeli, pengguna harus meneliti dan merasai permukaan kain sama ada ia kasar atau lembut.

"Atas faktor itu, di Jakel kami menawarkan seleksi fabrik kapas berkualiti dan kekal baik meskipun ia digunakan beberapa kali.

"Selain itu, kami juga mengingatkan pembeli supaya merendamkan kain kapas terlebih dahulu sebelum ia dihantar kepada pembuat baju," jelas Shafarhan yang menyatakan tujuan rendaman itu adalah untuk merapatkan jalinan benang kain bagi mengelakkan potongan menjadi singkat dan mengecut sesudah ia menjadi pakaian siap.

Pada masa yang sama, pembeli juga disarankan membasuh pakaian kapas menggunakan tangan berbanding mesih basuh.

Menyentuh soal jenis kain kapas yang terdapat di gedung Jakel, sambil menunjukkan koleksi kain kapas corak cetakan renda Perancis, polka dot, jalur dan motif daun parsli, Shafarhan menyatakan pembeli berpeluang mendapatkan kain kapas kategori viscose, Swiss, Inggeris, Polynosic, Kasa Rubiah, sulam dan linen.

Kebanyakan kain kapas di Jakel diimport dari Korea, India dan Jerman. Setiap negara itu menghasilkan mutu jalinan benang yang berbeza tetapi jika diukur dari segi kualiti, kain kapas dari India mengatasi standard mutu kain kapas negara lain.

"Kain kapas bukan saja popular di negara yang beriklim panas mahupun lembap sepanjang tahun malah diterima baik di Eropah dan AS.

"Kelompok pereka fesyen akan menghasilkan pakaian berasaskan kain kapas terutamanya pada musim bunga dan musim panas," terangnya ketika ditemui Kosmo! di Jakel, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Kelengkapan kamar

LAZIMNYA baju kurung kain kapas yang polos bertukar anggun dengan tatahan perincian manik, labuci mahupun batu permata di bahagian kolar, pergelangan tangan atau kaki baju.


Jika kebanyakan individu lebih cenderung mengusahakan perniagaan menjual kain dan pakaian kapas, Jamilah Ibrahim, 47, pula mempunyai pandangan sebaliknya. Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu, mengambil keputusan menjalankan bisnes kelengkapan kamar kanak-kanak yang berasaskan kain kapas.

"Sebelum membuka butik Cotton Picking Craft & Design, saya terlebih dahulu berniaga di pasar lambak Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur, pada setiap hari Ahad.

"Saya menawarkan pelbagai jenis barangan untuk bilik bayi dan kanak-kanak seperti bantal peluk, selimut, cadar, alas tilam dan beg menyimpan lampin. Menariknya, kesemua produk ini menggunakan kain kapas berkualiti dan direka serta dijahit oleh saya sendiri," jelas Jamilah yang kini mempunyai dua cawangan butik Cotton Picking Craft & Design yang beroperasi di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan Ukay Boulevard, Hulu Klang, Ampang, Selangor.

Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata itu, barangan yang berasaskan kain kapas baik untuk kesihatan dan keselesaan kanak-kanak. Permukaan kainnya lembut, menyerap peluh dan tidak berbulu.

Memahami sifat kanak-kanak yang tertarik pada corak dan warna yang terang serta ceria maka Jamilah cukup menitikberatkan soal pemilihan fabrik ideal. Lulusan Ijazah Perakaunan dari Universiti of South Australia itu berkata, lazimnya dia mengimport kain kapas cetakan flora, abjad, pengangkutan, haiwan, angkasa lepas dan kartun dari Eropah, AS dan Australia.

"Bagi saya, fabrik kapas dari Australia menepati konsep perniagaan saya. Ini disebabkan kain kapas di sana hadir dalam warna terang dan gambar kartun ceria yang ideal buat kanak-kanak.

"Sementara itu, kain kapas Eropah dan AS pula banyak bermain dengan warna-warna lembut serta motif bunga dan polka dot," terang Jamilah yang turut menawarkan pakaian kanak-kanak, hamper dan perkhidmatan sewaan kelengkapan untuk majlis cukur jambul.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pertemuan semula bekas pelajar SMKPW

Posted:

Pertemuan semula bekas pelajar SMKPW

BEKAS pelajar SMKPW bergambar semasa majlis perjumpaan semula di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.


MERIAH. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putri Wilayah (SMKPW) bertemu pada majlis perjumpaan semula baru-baru ini.

Majlis diadakan di rumah salah seorang bekas pelajar, Normala Abd. Aziz di Putera Heights, Subang Jaya.

Normala berkata, majlis itu diadakan setiap tahun bagi mengumpulkan bekas pelajar SMKPW.

Mereka yang hadir pada hari itu melibatkan bekas pelajar tahun 1981 dan 1982.

Ia adalah perjumpaan kali kedua bekas pelajar SMKPW pada tahun ini. Pada Februari lalu, bekas pelajar dari tahun 1981 hingga 1985 sekolah itu mengadakan pertemuan di Flamingo Bowling Centre, Kuala Lumpur.

Program Merdeka 1Malaysia SK Puchong Utama 2 meriah

Posted:

Program Merdeka 1Malaysia SK Puchong Utama 2 meriah

KOHILAN (dua dari kiri) bersama Handon (tiga dari kanan) dan Zaleha (dua dari kanan) pada majlis Program Merdeka 1Malaysia di SK Puchong Utama 2, Puchong, Selangor baru-baru ini.


SEMANGAT. Kira-kira 1,000 orang tetamu termasuk ibu bapa memeriahkan Program Merdeka 1Malaysia yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Utama 2, Taman Puchong Utama, Puchong baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pihak Human Nature and Development Society (Hands) itu bertujuan memberi kesedaran kepada murid dan masyarakat tentang kemerdekaan yang dinikmati hari ini selain memberi pendedahan dan informasi terhadap sejarah penubuhan negara.

Guru Besar, Handon Asaari berkata, program itu diadakan sebagai pengisian sempena Sambutan Hari Malaysia yang disambut di seluruh negara.

"Selain dapat membina hubungan erat antara sekolah dengan pihak luar, program itu juga mampu memupuk semangat perpaduan kaum yang merupakan tunjang kemakmuran negara," ujarnya.

Program tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, penanaman 55 batang pokok, perbarisan dan pertandingan mewarna.

Merasmikan majlis itu ialah Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay. Turut hadir, penaung Hands, Tan Sri Zaleha Ismail.

Merdeka Raya penghubung antara kolej dan masyarakat

Posted:

Merdeka Raya penghubung antara kolej dan masyarakat

SEBAHAGIAN daripada pelajar menyertai acara sepak raga pada program Merdeka Raya di Jempol baru-baru ini.


MESRA. Pelbagai cara dilakukan pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini untuk mendekatkan pelajarnya dengan masyarakat setempat.

Salah satu institusi pendidikan yang menjalankan usaha tersebut ialah Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan dengan menganjurkan program Merdeka Raya di Taman Sri Mahsan, Jempol baru-baru ini.

Program berkenaan disertai lebih 500 pengunjung dengan melibatkan 200 pelajar kolej yang beramah mesra dengan para penduduk sekitar.

Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran kolej tersebut, Enar Ishak berkata, sambutan kemerdekaan dan Aidilfitri dengan komuniti luar itu merupakan kali pertama dianjurkan pihak kolej itu.

"Kita berharap pendekatan itu akan dapat mempromosikan kolej selain menjalinkan hubungan baik sesama masyarakat setempat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Puitis cara dua pria

Posted:

Puitis cara dua pria

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

PENERBIT Selut Press, Nurul Asyikin (tengah) bersama dua penulis Rahsia 2 Pria, Mohammad Syukri (kiri) dan Mohd. Wafi berharap koleksi puisi dan cerpen mereka mampu menarik golongan muda-mudi untuk meminati karya puisi daripada penulis baharu.


MINAT y ang mendalam terhadap bidang puisi membuatkan dua anak muda ini tidak pernah mengambil pusing mengenai kata-kata orang sekeliling mengenai minat mereka. Atas inisiatif sendiri, mereka berdua juga telah menjual naskhah risalah-risalah karya mereka kepada rakan-rakan terdekat serta peminat penulisan bebas di seluruh tanah air.

Baru-baru ini sebuah syarikat penerbitan buku-buku alternatif tanah air, Selut Press telah membuka ruang kepada dua penulis muda tersebut, Mohammad Syukri Borhan, 28 dan Mohd. Wafi Zainodin, 23, untuk mengembangkan bakat penulisan puisi dan cerpen mereka menerusi karya bertajuk Rahsia 2 Pria.

Penerbit Selut Press , Nurul Asyikin Abdul Hamid memberitahu, syarikat penerbitan miliknya memberi peluang kepada penulis-penulis muda untuk menghasilkan karya penulisan, sekali gus mewujudkan corak penulisan baharu dalam setiap karya.

"Pemilihan Mohammad Syukri dan Mohd. Wafi sebagai penulis bersama dalam buku Rahsia 2 Pria ini berdasarkan kepada cara penulisan mereka yang nyata berbeza dengan penulis puisi dan cerpen yang lain.

"Tidak ramai penulis lelaki yang mahu mencuba untuk menulis puisi, mungkin kerana puisi pada asalnya bersifat keluhan peribadi penulis mengenai kehidupan mereka. Namun, tidak bagi mereka berdua kerana mereka membawa sesuatu topik atau isu yang dekat dan sering dialami pembaca," jelasnya pada majlis pelancaran buku Rahsia 2 Pria di Shah Alam baru-baru ini.

Rahsia 2 Pria mengandungi sebanyak 147 karya puisi dan cerpen hasil karya dua penulis itu yang menceritakan mengenai liku-liku kehidupan mereka yang mempunyai hubung kait dengan kehidupan manusia lain.

Mohammad Syukri sebelum ini pernah muncul dengan sebuah naskhah yang bertajuk Telegram yang telah diterbitkan olehnya sendiri, manakala Mohd. Wafi pula popular dengan karya Dua Bulan Sehari.

SESI pelancaran buku Rahsia 2 Pria berlangsung meriahdi sebuah restoran di Shah Alam baru-baru ini.


Menurut Mohd. Wafi yang menggunakan nama pena Adi Wafi, beliau dan Mohammad Syukri mempunyai idea yang penulisan berbeza dan berharap idea kolaborasi mereka mampu menarik pembaca yang meminati karya puisi yang lebih moden.

"Bahasa yang ditonjolkan dalam buku Rahsia 2 Pria merupakan bahasa Melayu moden dan setiap perkataan yang kami lontarkan mempunyai ekspresi tersendiri walaupun ada pihak yang kurang bersetuju dengan gaya penulisan kami," ujar anak jati Kuantan, Pahang itu. Mohd. Wafi merupakan pemegang ijazah sarjana muda perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Rahsia 2 Pria dilancarkan pada 8 September lalu dan telah mendapat tempahan lebih daripada 100 naskhah tidak sampai seminggu buku itu berada di pasaran.

Bagi Mohd. Syukri atau nama penanya Mosyuki Borhan, idea-idea penulisan yang terhasil dalam buku tersebut merupakan antara idea yang jujur dan telus daripada mereka.

"Kira-kira 80 peratus hasil karya saya dalam buku ini merupakan kisah hidup saya sendiri dan pembaca juga memberi maklum balas yang baik mengenai karya kami," jelas pemegang ijazah sarjana muda hotel dan pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tekanan pertahan emas lebih dirasai

Posted:

Tekanan pertahan emas lebih dirasai

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

TUGAS mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2013 menjadi keutamaan skuad Harimau Muda Malaysia.


TEKANAN mempertahankan emas temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar pastinya lebih dirasai pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee sekiranya impian 'berguru' di Brazil menjadi kenyataan.

Apa tidaknya, peluang meraih pengalaman beraksi di Liga Brazil pastinya mengundang 1,001 kecaman peminat fanatik tempatan sekiranya Harimau Muda gagal menterjemahkannya menjadi satu kejayaan di bumi Myanmar tahun depan.

Enggan melatah dengan situasi itu, Kim Swee sebaliknya menegaskan anak-anak buahnya sentiasa bijak mengendalikan tekanan selaku juara bertahan 'ibu segala emas' (emas bola sepak) pada temasya sukan SEA buat kali kedua berturut-turut.

"Sebagai juara bertahan, kami perlu melakukan sesuatu serta selalu berada di hadapan.

"Saya percaya pasukan lain seperti Indonesia, Thailand dan juga Myanmar sebagai tuan rumah tidak hanya 'duduk diam' tanpa sebarang persiapan rapi.

"Jadi, saya yakin kami mampu mengendalikan tekanan sebagai juara bertahan dengan sempurna tidak kira sama ada dapat menimba ilmu di Brazil ataupun tidak," katanya kepada Kosmo! semalam.

Hasrat Harimau Muda 'berguru' di Brazil sebagai persiapan awal mempertahankan emas temasya Sukan SEA sebelum ini mendapat 'lampu hijau' pelbagai pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Biarpun pendedahan di Brazil dilihat memberikan impak lebih positif buat anak-anak buahnya, Kim Swee menjelaskan bahawa situasi itu belum muktamad selagi belum mendapat 'hitam putih' daripada pihak-pihak berkenaan.

"Saya sendiri akan ke sana (Brazil) terlebih dahulu bagi mengenal pasti sama ada sesuai atau tidak Harimau Muda pergi ke Brazil. Jika hanya mendapat skuad bawah 17 tahun sebagai lawan pun tiada guna juga.

"Biarpun Brazil dilihat pilihan yang bagus, keberkesanan menimba ilmu di Slovakia seperti mana sebelum ini juga tidak boleh diketepikan sebegitu sahaja," tegas Kim Swee.

Pengajaran berguna buat Harimau Muda

Posted:

Pengajaran berguna buat Harimau Muda

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KIM SWEE mahu pemainnya segera bangkit selepas tewas kepada Home United dalam saingan Liga S kelmarin.


PENGENDALI skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee mengakui skuad kendaliannya meraih pengajaran berguna selepas gagal mengekalkan momentum kemenangan sebaik tumpas 0-3 kepada Home United dalam aksi Liga Singapura 2012 di Stadium Yishun, Singapura malam kelmarin.

Biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan, Kim Swee menegaskan Harimau Muda perlu bijak mengatasi kelemahan terutamanya ketika menyerap asakan pantas lawan.

Kepintaran pemain Home United memanfaatkan sepakan penjuru, katanya, juga mengundang padah sehingga gagal meraih tiga mata berharga.

"Biarpun kecewa, sedikit sebanyak kekalahan ini dijadikan iktibar buat kami bagi mengenal pasti beberapa kelemahan.

"Jadi, saya menuntut kebangkitan pemain apabila berdepan Woodlands Wellington di tempat lawan pada Sabtu depan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam perlawanan kelmarin, Frederic Mendy muncul wira pelawat apabila meledak dua gol pada minit ke-37 dan 53 sekali gus muncul penjaring terbanyak Liga S setakat ini dengan 19 gol.

Penyerang veteran, Indra Sahdan Daud kemudiannya melengkapkan kemenangan bergaya Home United menerusi jaringan menarik pada masa kecederaan.

Dengan keputusan itu, Home United kini memintas kedudukan Harimau Muda di tangga keempat liga apabila mengutip 35 mata, tiga mata di depan skuad muda negara yang begitupun kurang beraksi dua perlawanan.

Selepas berdepan Wellington, Harimau Muda akan melayan kunjungan Balestier Khalsa (27 September) dan Gombak United (30 September) di Stadium Yishun.

Bagi aksi sepanjang Oktober pula, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan (20 Oktober) sebelum melayan kunjungan Geylang United empat hari kemudian. Mereka akan menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 1 November depan.

Dakwaan tidak berasas - Rozi

Posted:

Dakwaan tidak berasas - Rozi

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

ROZI (tengah) menganggap dakwaan terhadap skuad T-Team sebagai tidak berasas.


PENGURUS T-Team, Rozi Mamat terkejut dengan dakwaan pihak tertentu bahawa lima pegawai termasuk penolong jurulatih pasukan berstatus kelab itu masih belum menerima elaun yang tertunggak sejak tiga bulan lalu.

Beliau menyifatkannya sebagai satu dakwaan berat dan mempunyai niat tertentu sehingga boleh menjejaskan reputasi pasukan berkenaan.

"Saya sangat sedih dan dakwaan ini cukup berat, ada niat yang tidak baik dan cuba menangguk di air keruh pada pasukan (T-Team) yang sedang dilanda kemelut.

"Dakwaan ini tidak berasas dan tidak benar, saya tak tahu daripada mana mereka mendapat laporan ini. Kalau ada mana-mana pemain atau jurulatih yang tak dibayar gaji atau elaun, tolong beritahu saya. Sebenarnya kita sentiasa mengambil berat tentang kebajikan mereka," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Kejohanan Lumba Basikal Terengganu Century Ride sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu semalam.

Rozi diminta mengulas laporan akhbar mengenai kekesalan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terhadap pengurusan T-Team yang didakwa gagal melunaskan tunggakan elaun lima pegawai termasuk penolong jurulatih pasukan itu sejak tiga bulan lalu.

"Setahu saya, hanya tiga pegawai di peringkat pengurusan pasukan itu yang masih belum dibayar elaun untuk bulan Ogos, bukannya tertunggak tiga bulan seperti mana didakwa.

"Hanya tiga orang sahaja pegawai yang belum menerima elaun, itu pun hanya untuk bulan Ogos. Kita bukan tak ada duit malah kita sedia untuk bayar kepada mereka, cek pun dah dikeluarkan cuma terbantut seketika kerana masalah teknikal," ujarnya.

Beliau menambah, apa yang lebih penting, orang yang terlibat secara langsung dengan pasukan diberi keutamaan.

Katanya, gaji dan elaun para pemain mesti dibela malah pihaknya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga kebajikan para pemain pasukan berkenaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Akhbar Ireland minta maaf

Posted:

Akhbar Ireland minta maaf

AKHBAR Daily Star menyiarkan gambar separuh bogel Kate Middleton di Ireland kelmarin.


DUBLIN - Penerbit akhbar Daily Star di Ireland semalam meminta maaf kerana menyiarkan gambar separuh bogel Kate Middleton yang merupakan isteri pewaris kedua takhta Britain, Putera William.

Akhbar itu kelmarin menyiarkan gambar Kate sedang berjemur tanpa memakai coli di sebuah rumah di Perancis.

Kate kini memakai gelaran Catherine, Duchess of Cambridge selepas berkahwin dengan William.

Gambar tersebut pada mulanya disiarkan majalah Closer di Perancis.

Ia dirakamkan oleh seorang paparazi ketika William dan isterinya itu bercuti di sebuah rumah di negara tersebut.

Pemohonan maaf itu dikemukakan oleh syarikat Independent News & Media (INM) yang menerbitkan akhbar berkenaan.

"Bagi pihak INM, saya menawarkan permohonan maaf saya," kata Ketua Eksekutif INM, Joe Webb.

Beliau berkata, pihaknya akan melancarkan siasatan bagi memastikan kesilapan yang sama tidak berulang.

Permohonan maaf itu dibuat ketika William dan isterinya itu tiba di Kepuluan Solomon semalam selepas pasangan diraja tersebut melawat Malaysia.

Sejumlah besar penduduk meraikan ketibaan mereka di Honiara, ibu kota kepulauan tersebut.

Lawatan itu dilakukan sempena jubli intan pemerintahan nenda William, Ratu Elizabeth II.

William turut memeriksa barisan pasukan polis diraja Solomon.

Pasangan diraja itu juga menghadiri jamuan negara di Rumah Kerajaan di Honiara. - Agensi

Wajah Nakoula disiar di YouTube

Posted:

Wajah Nakoula disiar di YouTube

GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan Nakoula (kiri) duduk bersama Gurji.


LOS ANGELES - Wajah penulis skrip filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Nakoula Basseley Nakoula disiarkan di laman YouTube semalam.

Gambar tersebut menunjukkan dia duduk bersama pelakon Anna Gurji di set filem Innocence of Muslims yang mengaibkan Nabi Muhammad.

Akhbar Mail on Sunday di Britain turut menyiarkan gambar tersebut.

Nakoula dilahirkan di Mesir dan merupakan penganut Kristian Koptik.

Dia yang berusia 55 tahun kini tinggal di California, Amerika Syarikat (AS).

Nakoula pernah mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu di YouTube.

Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di Lebanon.

Dalam akhbar itu, Gurji yang memegang peranan sebagai isteri Nabi Muhammad berkata, dia kini bimbang tindak balas terhadapnya ekoran filem tersebut.

Menurutnya, dia ditipu Nakoula kerana pada mulanya diberikan peranan sebagai isteri seorang lelaki bernama George.

Bagaimanapun, katanya, nama George itu ditukar kepada Muhammad.

Dalam perkembangan yang sama, Nakoula kini sedang bersembunyi, kata pihak berkuasa AS.

Menurut laporan agensi berita AP, Nakoula sebelum ini disoal oleh para pegawai runding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos, California kelmarin.

Dia disoal berhubung kes perlanggaran pembebasannya secara bersyarat ekoran menggunakan komputer untuk membocorkan sebahagian kandungan filem tersebut.

Menurut seornag jurucakap syerif, Steve Whitmore, selepas soal siasat itu, dia menaiki sebuah kereta meninggalkan pejabat tersebut.

"Selepas itu, anggota-anggota kami meninggalkan Nakoula di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

"Kami tidak tahu ke mana dia pergi," katanya.

Nakoula telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.

Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.

Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran daripada para pegawai perunding cara.

Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu. - Agensi

Angelina Jolie lawat kem pelarian Syria di Iraq

Posted:

Angelina Jolie lawat kem pelarian Syria di Iraq

JOLIE (dua dari kanan) berbual dengan seorang wanita di sebuah kem pelarian Syria di Baghdad kelmarin.


BAGHDAD - Bintang Hollywood, Angelina Jolie menemui Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari kelmarin untuk membincangkan langkah-langkah penjagaan para pelarian Syria di Iraq.

Menurut Kementerian Luar Iraq, kedua-dua mereka berbincang tentang langkah-langkah yang diambil pemerintah negara ini untuk memastikan kebajikan pelarian Syria.

Menurut Hoshyar, terdapat lebih 20,000 pelarian Syria di negara ini.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menyatakan, bilangan pelarian Syria di negara-negara jiran negara itu melebihi 250,000 orang.

Jolie yang merupakan Utusan Khas UNHCR turut berbual dengan beberapa orang yang mendapat perlindungan di sebuah lokasi yang menempatkan para pelarian Syria di sini.

Sebelum berkunjung ke Iraq, Jolie telah melawat para pelarian Syria di Jordan, Lebanon dan Turki.

Peperangan di Syria yang berlaku sejak Mac tahun lalu telah menyebabkan lebih 20,000 orang terbunuh.

Pertempuran berlaku pada setiap hari antara kumpulan pemberontak yang menentang tentera Syria.

Para pemberontak itu menuntut Presiden Bashar Al-Assad meletakkan jawatan selepas beliau gagal melaksanakan pembaharuan politik dan kebebasan bersuara. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pengorbanan Nurul buat suami

Posted:

Pengorbanan Nurul buat suami

PADA saat Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin membuat pengumuman menamatkan khidmat bersama stesen televisyen TV3, lebih tepat sebagai kakitangan syarikat Media Prima kurang dua minggu lalu, banyak pihak yang terkejut.

Ramai yang beranggapan Nurul meletakkan jawatan kerana tertekan akibat digesa memohon maaf atas keterlanjuran penggunaan perkataan 'daif' dalam skrip laporan lintas langsung sewaktu Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada awal September lalu.

Muncul juga versi konon dia bakal berhijrah ke stesen televisyen lain kerana diberi imbuhan lebih lumayan, selain ada perkara berbangkit yang kurang disenangi Nurul sepanjang enam tahun sembilan bulan berkhidmat sebagai wartawan penyiaran untuk kebanyakan produk majalah stesen TV3.

Ironinya, tiada satu pun spekulasi yang bertebaran itu sahih. Hanya tuan punya badan yang cukup sinonim sebagai pengendali program Majalah 3 sejak empat tahun lalu itu ada jawapan mengapa keputusan tersebut diambil.

Dalam kebanyakan laporan sebelum ini, seperti mana yang ditegaskan Nurul, dia berhenti bukan kerana tekanan.

"Dikritik merupakan perkara biasa yang harus dilalui oleh mana-mana pelapor, dan ia tidak memberi tekanan kepada saya sehingga perlu membuat keputusan drastik untuk berhenti.

"Saya juga tidak pernah atau sedang ditawarkan untuk berhijrah dengan stesen televisyen lain. Ia juga tiada kena-mengena dengan soal bayaran," ujarnya petah saat ditemui dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.

Wanita berusia 28 tahun itu kemudian menjelaskan, keputusan untuk meninggalkan lapangan kewartawanan secara rasmi telah dibuat sehari selepas dia memakai tudung, iaitu pada tarikh 21 Ramadan yang lalu. Dia kemudian menghantar surat peletakan jawatan dengan notis sebulan sebelum tamat perkhidmatan pada awal September lalu.

"Sehari selepas memakai tudung, saya nekad untuk berhenti secara rasmi dan hanya meneruskan karier secara sambilan. Selain ia merupakan satu pengorbanan buat suami, Raja Amir Raja Azwa, saya sendiri dengan rela hati mahu memberi fokus terhadap rumah tangga. Itu sebenarnya faktor yang membuat saya berhenti," jelasnya tanpa selindung.

Tambah Nurul, selepas lebih enam bulan bernikah, dia dan suami berasa bagai ada yang tidak kena dengan kehidupan mereka. Ini kerana kesibukan mereka berdua tidak memberi ruang untuk dia dan suami menikmati kehidupan normal sebagai suami isteri.

"Jadi kami duduk berbincang. Sesuatu harus dikorbankan dan saya memilih untuk berbuat demikian. Selepas setahun lebih berkahwin, saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk saya berhenti.

SELEPAS meletakkan jawatan di TV3, Nurul Syuhada tidak menolak sekiranya ada tawaran untuk mengembangkan kariernya dengan stesen televisyen lain.


"Sementelah saya juga berasa masih muda dan mahu membuat perkara lain seperti melanjutkan pelajaran," tambah Nurul lagi.

Mengaku rasa cinta terhadap bidang penyiaran masih ada, Nurul merasakan membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai wartawan penyiaran bukan sesuatu yang mudah, namun dia harus berani untuk keluar daripada kepompong kehidupan sebelum memegang status isteri.

Bukan dikongkong suami, sebaliknya kata Nurul, dia memerlukan ruang untuk diri sendiri berehat daripada kesibukan yang telah meragut banyak masa senggangnya.

Jelas Nurul lagi, sebelum berumah tangga, dia tidak pernah berasa lelah untuk sentiasa sibuk di lokasi, malah amat mencintai dunia kewartawanan. Enam tahun sembilan bulan bergelar wartawan penyiaran adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku dalam hidupnya. Dia mengakui dunia kewartawanan telah mengajar 1,001 perkara tentang kehidupan selain memberi banyak pengalaman yang tidak mungkin diperoleh dalam pekerjaan lain.

Jika ramai khalayak melihat aura dan pesona dirinya di kaca televisyen, namun realitinya, sebelum didandan lawa dan siap sebagai produk untuk dipertontonkan, Nurul sebenarnya melakukan segala perkara asas seperti - bermula daripada mencari bahan, mengatur temu janji, membuat skrip dan semua kerja belakang tabir.

"Ia memenatkan, namun hal itu akan selalu membuat saya rindu tentang dunia kewartawanan kerana saya tak pernah menganggap diri sebagai seorang personaliti televisyen. Saya merupakan seorang wartawan penyiaran, dan itu juga jawatan yang tertulis dalam kontrak kerja saya," katanya berseloroh.

Ditanya bagaimana kehidupannya selepas berhenti kerja, sambil ketawa si manis berlesung pipit ini memberitahu, dia belum terasa bahang kebosanan lagi. Ini kerana Nurul berasa masih baru berhenti kerja dan sedang sibuk menguruskan keperluan ibu bapanya yang bakal menunaikan haji.

Kini, Nurul hanya mengendalikan program Malaysia Hari Ini (MHI) pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Sengaja dia memilih MHI berbanding Majalah 3 kerana program tersebut (Majalah 3) menuntut komitmen yang besar berbanding MHI yang hanya memerlukan dia berada di set dua kali seminggu dan untuk tempoh waktu yang tidak panjang.

Ditebak adakah stesen televisyen lain telah menawarkan pekerjaan kepadanya, pantas dia menggeleng, dan sekali gus memberitahu: "Belum, mungkin sebab muka saya ini terlalu sinonim dengan TV3. Tapi jika ada yang berminat, saya tidak menolak, hanya ia bukan dalam masa terdekat. Buat masa ini, saya masih selesa bersama TV3 dan mahu menjalani rutin hidup normal yang baru bermula."

Sementara menjawab persoalan tentang program bagaimana yang diimpikannya jika diberi peluang pada masa hadapan, Nurul tidak mengambil masa yang lama untuk berkongsi keinginannya.

Katanya: "Kalau ada peluang, saya teringin punya program masakan dan bual bicara seperti program Rachel Ray. Saya memang bukan pakar masakan seperti peserta program masakan Masterchef, tapi saya begitu tertarik untuk punya program masakan kerana berpendapat memasak perlu ada seni dan sains memasak. Dalam masa yang sama, jika mengikut format seperti Rachel Ray, ada bual bicara tentang isu semasa. Hal ini yang membuat saya berangan punya program seperti ini."

Kisah peribadi

Selepas setahun lebih memegang status isteri, ujar Nurul, hal yang paling membahagiakannya apabila dia tidak lagi perlu berhadapan dengan persoalan tentang kisah peribadinya. Faham benar bahawa sebagai orang terkenal kisah peribadi antara yang paling ingin digali banyak orang, namun ada kala, kata Nurul, dia lelah melayan hal seumpama itu, terutama yang memberi impak kepada keluarga.

"Saya kira beberapa tahun sebelum berkahwin merupakan antara tahun paling sukar untuk saya apabila kisah cinta saya terus digali. Berbeza selepas berkahwin, saya rasa sangat selesa apabila semua hal peribadi tidak lagi dipersoalkan.

"Saya juga punya suami untuk melindungi dan membimbing saya. Malah, saya suka apabila orang lebih menghormati saya sebagai seorang wanita yang memegang status isteri dengan memanggil saya puan," katanya sambil tersenyum manis.

Kini selepas punya banyak masa untuk diluang sebagai seorang isteri, dia berasa teruja memasak untuk suami selain melayan kehidupan harian mereka dengan sempurna

The Wanted puji Psy

Posted:

The Wanted puji Psy

BARISAN anggota The Wanted, (dari kiri) Jay McGuiness, Nathan Skyes, Max George, Tom Parker dan Siva Kaneswaran. Mereka kini berada di Malaysia.


THE Wanted merupakan antara artis dan selebriti terkenal yang dilaporkan turut terpesona dengan fenomena Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Psy.

The Wanted yang berkesempatan berkolaborasi dalam membuat 'tarian kuda' bersama Psy pada parti yang berlangsung sebelum majlis MTV Video Music Awards 2012 di Staples Center, Los Angeles baru-baru ini memuji Psy.

"Psy gila, dalam bentuk yang bagus," ujar salah seorang anggota The Wanted, Jay McGuiness pada sidang akhbar di Manila, Filipina, pada 13 September lepas bersempena konsert julung-julung kali The Wanted di sana yang berlangsung pada keesokan harinya.

Menariknya, Psy baru sahaja menandatangani kontrak di bawah pengurusan yang sama dengan The Wanted iaitu Schoolboy Records yang diketuai Scooter Braun, yang juga menguruskan kerjaya nyanyian penyanyi tersohor, Justin Bieber.

Selain McGuiness, The Wanted yang popular dengan lagu seperti All Time Low dan Chasing The Sun dan turut dianggotai Max George, Siva Kaneswaran, Tom Parker dan Nathan Sykes bakal menemui peminat mereka di Malaysia.

Kemunculan di Sunway Lagoon

Pada pukul 8.15 ini, malam buat pertama kalinya lagu popular The Wanted, Glad You Came, bakal bergema secara langsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Ia direalisasikan menerusi konsert yang dijangka meriah dan hebat dibawakan oleh JS Concert Productions.

Konsert tersebut dihangatkan lagi dengan kemunculan artis pembuka tirai iaitu bekas anggota band Click of Five, Kyle Patrick selain DJ Goldfish and Blink.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert tersebut, peminat yang mahu menonton The Wanted secara langsung boleh melayari laman web www.jsconcert.com atau https://www.facebook.com/JSConcertProductions, atau hubungi talian 03-7880 7999.

Rita enggan jumpa Ayu

Posted:

Rita enggan jumpa Ayu

Oleh HARYATI KARIM

RITA kini hanya mahu meneruskan kelangsungan hidup bersama dua permata hatinya, Airit Rafqa Arjuna (depan) dan Airit Rayyan Rizqin.


"BUAT apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung. Saya harap selepas ini mereka jangan kacau hidup saya dan anak-anak!"

Itu kata-kata tegas pelakon Rita Rudaini yang diluahkan kepada Kosmo! ketika ditemu bual pada 14 September lalu.

Dia mengulas mengenai kenyataan birasnya, pelakon Ayu Raudhah, sebelum ini yang mahu bersemuka dengannya bagi menjernihkan perselisihan faham antara mereka berdua.

Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, sebelum ini didakwa kononnya menulis kenyataan menempelak Ayu di akaun Twitternya.

Antara tulisan Rita di Twitter adalah seperti berikut: "Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant. Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil."

Apa yang menjadikan ia hangat adalah apabila suami Ayu yang juga kembar kepada Aidil Zafuan, iaitu bintang bola sepak Zaquan Adha, menulis di akaun Twitternya mengatakan ada orang sedang meroyan.

Biarpun tulisan itu tidak menyebut sebarang nama, tetapi ia seolah-olah suatu respons yang ditujukan kepada Rita.

Apa yang menarik, Rita memberi respons terhadap Zaquan, 25, seolah-olah mengiyakan status kemelut terbaharu dirinya dan Ayu, 28.

Balas Rita menerusi Twitternya: "Sudah-sudahlah, kalau kau orang tidak kacau orang, orang tak kacau kita. Bila kutuk sedikit dah meroyan. Selepas itu tuduh kita pula yang meroyan. Adoii family 69 ni."

Twitter untuk Aidil

Ayu dalam kenyataannya kepada Kosmo! sebelum ini pada 12 September lalu menegaskan, dia tidak tertekan dengan kenyataan Rita.

Katanya lagi, tindakan Zaquan membalas kenyataan Twitter Rita itu adalah berniat untuk melindungi dirinya (yang kini hamil tiga bulan) supaya tidak mengalami tekanan.

Namun begitu, Rita ada jawapan terhadap kemelut terbaharu itu.

Kata Rita, Ayu dan Zaquan tersilap faham kerana tulisan di Twitternya itu sebenarnya ditujukan kepada Aidil dan bukan untuk Ayu.

"Saya tidak tujukan kenyataan yang dibuat di Twitter kepada Ayu, tetapi kepada suami saya, Aidil. Saya tidak faham kenapa ada orang lain pula yang terasa," ujarnya.

Tambah Rita, dia tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa termasuk Ayu dan meminta orang ramai yang tersalah anggap dengan kenyataannya agar membaca semula tulisannya di Twitter.

"Kalau ikutkan saya tidak tulis nama sesiapa pun. Rasa kelakar pun ada bila pihak di sana (Ayu) serang saya. Akaun Twitter saya adalah untuk saya dan peminat, kenapa pihak di sana intai apa yang saya tulis?" soalnya.

Tegas Rita lagi, dia tidak pernah memfitnah dan mencari masalah dengan sesiapa. Selepas berhadapan dengan masalah rumah tangga bersama Aidil, Rita hanya ingin hidup tenang bersama anak-anak.

"Saya tidak kisah apa yang mereka ingin katakan mengenai saya, saya ingin tahu siapa yang tersalah anggap dengan kenyataan saya, orang ramai atau Ayu?

"Sebelum menuduh saya, sila cermin diri sendiri kerana saya tidak pernah ambil tahu hal mereka. Allah Maha Adil, saya percaya saya berada di pihak yang benar," ucapnya.

Perbicaraan mahkamah

Rita, ibu kepada dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin, tiga tahun dan Airit Rafqa Arjuna, 10 bulan, hasil perkahwinannya dengan Aidil, memberitahu, dia lebih rela berdiam diri. Ini kerana setiap kali mengeluarkan kenyataan, dia pasti mendapat mesej berbaur ugutan.

"Jika pihak di sana keluarkan kenyataan, saya tidak kisah tetapi apabila saya buat kenyataan, saya akan dapat mesej ugutan. Mereka kata saya raih simpati, berhati busuk, seolah-olah saya tidak boleh bersuara.

"Siapa yang kacau siapa sebenarnya? Saya bukannya robot, biarlah masa yang menentukan segalanya, Allah tidak akan tutup keburukan terlalu lama," luah Rita berbaur sayu tetapi tegas.

Sementara itu, kemelut rumah tangga Rita dan Aidil dijangka semakin hangat apabila tuntutan hak penjagaan anak-anak Rita dan Aidil bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 25 September ini.

Pada 3 Oktober ini pula bakal berlangsung perbicaraan kes nusyuz mereka di Mahkamah Rendah Pe

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved