Kosmo Online |
- Kes denggi dijangka meningkat hingga 2013
- Hampir putus telinga kiri ditetak penyamun
- Polis tahan tiga lelaki rompak kedai cermin mata
Kes denggi dijangka meningkat hingga 2013 Posted: Kes denggi dijangka meningkat hingga 201321/12/2012 8:11pm KUALA LUMPUR – Kes demam denggi yang menunjukkan trend peningkatan sejak empat minggu lepas dijangka terus meningkat sehingga awal tahun depan jika tiada tindakan segera diambil. Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Chong Chee Kheong juga tidak menolak kemungkinan kejadian wabak denggi yang tinggi pada 2010 akan berulang jika situasi sekarang berterusan. Sehingga 15 Disember lepas, sebanyak 20,923 kes dilapor iaitu meningkat 10 peratus berbanding 19,105 kes bagi tempoh sama tahun lepas, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Menurutnya, 10 negeri mencatatkan peningkatan kes berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan Kelantan paling tinggi pada 69 peratus, diikuti Perlis (63 peratus) dan Sabah (61 peratus). Kedah pula mencatatkan peningkatan 59 peratus, Sarawak (52 peratus), Perak (23 peratus), Selangor (17 peratus) dan Terengganu (12 peratus), manakala Johor dan Melaka masing-masing mencatatkan peningkatan tiga peratus, katanya. Beliau berkata, berkata bagi tempoh sama, sebanyak 35 kematian akibat demam denggi dicatatkan berbanding 36 pada 2011. – BERNAMA |
Hampir putus telinga kiri ditetak penyamun Posted: Hampir putus telinga kiri ditetak penyamun21/12/2012 8:08pm KOTA BHARU – Seorang peniaga makanan haiwan hampir kehilangan telinga kiri selepas ditetak seorang lelaki dalam cubaan menyamun kedai mangsa di Bukit Marak hari ini. Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, Mohd Kamarulzaman Ibrahim, 45, mendakwa disembur serbuk lada ketika berjalan ke keretanya oleh suspek sehingga menjejas penglihatan beliau. Mohd Kamarulzaman yang terkejut dengan tindakan itu cuba melarikan diri, namun suspek bertindak agresif mengejar mangsa sebelum menetaknya dengan senjata tajam dipercayai pedang. "Ketika itu, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana mata pedih akibat semburan serbuk lada tersebut, bagaimanapun, saya sempat melihat terdapat seorang lelaki menunggang motosikal datang mengambil suspek sebelum mereka sama-sama melarikan diri. "Sejurus kejadian, saya menggagahkan diri ke kedai rakan... selepas itu, saya memandu bersendirian ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan kecemasan," katanya ketika ditemui di hospital itu. Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Bachok, DSP Ab Rahim Che Ghani berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. – BERNAMA |
Polis tahan tiga lelaki rompak kedai cermin mata Posted: Polis tahan tiga lelaki rompak kedai cermin mata21/12/2012 6:59pm GEORGE TOWN — Polis Pulau Pinang menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kes rompakan kedai cermin mata di Pulau Tikus, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dua daripada suspek yang berusia antara 29 dan 48 tahun itu ditahan di sekitar pusat bandar empat hari selepas kejadian, manakala seorang lagi diberkas di Ampang, Selangor, petang semalam. Bercakap kepada pemberita hari ini, Kong Meng berkata, penahanan kesemua suspek membawa kepada penemuan 264 cermin mata pelbagai jenama bernilai lebih RM100,000 dan polis yakin rampasan itu hanya sebahagian daripada hasil rompakan. Pada kejadian awal pagi Khamis, penjenayah didapati memecah masuk ke premis itu dengan memotong mangga pada pintu masuk sebelum melarikan ratusan pasang cermin mata dengan anggaran kerugian bernilai hampir RM500,000. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan