Kosmo Online - Negara |
Posted: Kiamat tidak berlaku
SYDNEY - Bumi yang diramalkan kiamat berdasarkan ramalan sebahagian peminat fanatik kalendar kaum Maya di Amerika Tengah didapati tidak berlaku semalam. Akaun Facebook agensi yang mempromosikan pelancongan di Australia, Tourism Australia dihujani dengan pertanyaan sama ada penduduk di negara itu terselamat pada 21 Disember. Australia merupakan antara negara pertama di dunia yang menerima cahaya matahari pada hari yang diramalkan kiamat itu. "Ya, kami masih hidup," kata agensi tersebut di laman berkenaan. Menurut ahli-ahli arkeologi, kalendar Maya yang bermula antara 11 dan 13 Ogos 3114 Sebelum Masihi (SM) akan berakhir pada 21 Disember atau 23 Disember 2012. Bagaimanapun, sebahagian pihak membuat tafsiran kemusnahan Bumi akan berlaku dengan menyebabkan ketibaan hari kiamat pada tarikh tersebut. Negara-negara Asia semalam tidak dilanda bencana alam yang besar dengan penduduk di benua tersebut meneruskan kegiatan harian mereka. Di Taichung, Taiwan, sejumlah pelajar sekolah dan orang dewasa menunggu ketibaan hari kiamat seperti yang diramalkan itu di depan sebuah binaan piramid. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Datuk K pulih cepatOleh NOOR ASHREEN ISMAIL GAMBAR terbaharu dalam laman Twitter Siti Nurhaliza menunjukkan jambangan bunga dengan mesej agar Datuk K cepat sembuh. KUALA LUMPUR – Selepas empat hari menjalani pembedahan, suami penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih terkenal dengan panggilan Datuk K kini sudah boleh berjalan di sekitar wad Hospital Southland, Invercargill di New Zealand tempat beliau menjalani pembedahan. Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak keempat Datuk K, Muhammad Aazief, 14, dalam laman Twitternya semalam. Dalam laman Twitter berkenaan Aazief berasa gembira apabila mendapati ayahnya itu sudah boleh berjalan sedikit demi sedikit. "Papa beransur-ansur dapat berjalan semula," tulis Aazief dalam laman Twitter miliknya itu lebih kurang pukul 1 petang waktu New Zealand (pukul 5 petang waktu Malaysia). Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Mayat bayi rentung ditemui Oleh MAZLINA ABDUL MAJID BEGINILAH keadaan mayat seorang budak perempuan yang ditemui rentung dengan perut terburai di Bukit Chagar, Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus. Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti. "Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai," katanya kepada Kosmo!. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan