Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Majlis khatan anjuran persatuan ibu tunggal
- 48 pelajar UniMAP sertai program anak angkat
- Perda hulur bantuan baju sekolah kepada pelajar miskin
Majlis khatan anjuran persatuan ibu tunggal Posted: Majlis khatan anjuran persatuan ibu tunggal![]() SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menyertai majlis khatan beramai-ramai di Laguna Pancing Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani, Merbok baru-baru ini. PRIHATIN. Seramai 50 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah menyertai majlis khatan beramai-ramai anjuran Persatuan Ibu Tunggal Projek Perumahan Rakyat 2, Daerah Kuala Muda di Laguna Pancing Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Pengerusi persatuan itu, Zainab Husain berkata, inilah kali pertama pihaknya menganjurkan program itu dengan kerjasama Pengarah Urusan Kemelong Holdings Berhad, Datuk Dr. Husaini Yaacob. "Kami gembira kerana dapat mengendalikan program ini dengan baik sekali dan semua kanak-kanak berjaya dikhatankan secara tradisional," katanya. Menurutnya, persatuan itu ditubuh kira-kira setahun lalu dan bilangan ahli kini mencecah 120 orang dan mereka yang berminat menjadi ahli boleh menghubungi talian 019-4439 613. |
48 pelajar UniMAP sertai program anak angkat Posted: 48 pelajar UniMAP sertai program anak angkat![]() KU BALI (dua dari kanan) bersama pelajar jurusan Sains Komputer dan Pengurusan UniMAP di Kampung Bunga Emas Timur, Perlis baru-baru ini. ERAT. Seramai 48 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjayakan program kemasyarakatan bersama penduduk di Kampung Bunga Emas Timur, Simpang Empat, Kangar, Perlis baru-baru ini. Melalui program tersebut, pelajar menjadi anak angkat kepada 26 buah keluarga di kampung tersebut selama tiga hari dua malam bagi menyelami pengalaman hidup masyarakat di kampung. Selain itu, pelajar dan penduduk turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, memasak dan melakukan rondaan kampung bagi mengeratkan hubungan sesama mereka. Turut hadir menerima rombongan para pelajar UniMAP terbabit ialah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Kampung Bunga Emas, Ku Bali Ku Daie. |
Perda hulur bantuan baju sekolah kepada pelajar miskin Posted: Perda hulur bantuan baju sekolah kepada pelajar miskin![]() ABDUL JALIL (empat dari kiri) berbual dengan ibu beberapa kanak-kanak yang menerima bantuan pakaian seragam sekolah di Bukit Mertajam baru-baru ini. BANTUAN. Seramai 190 pelajar miskin dari sekitar kawasan di Bukit Mertajam menerima bantuan pakaian seragam dan peralatan sekolah di Pejabat Parlimen Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin. Sumbangan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) itu disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Sumbangan itu merupakan amalan Perda setiap tahun sebagai satu kerja kemasyarakatan membantu mengurangkan beban penduduk miskin yang memerlukan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan