Kosmo Online |
- 3 perompak larikan RM200,000 dalam 5 minit
- Pengikut Al-Arqam dibawa ke Mahkamah Syariah
- Gores dan menang: 78 dakwa rugi RM500j
3 perompak larikan RM200,000 dalam 5 minit Posted: 3 perompak larikan RM200,000 dalam 5 minit05/11/2012 9:43pm KUALA LUMPUR — Tiga perompak memakai topi besbol bersenjatakan dua pistol, menjadikan pelanggan dan pengawal keselamatan sebuah bank di sini sebagai tebusan sebelum melarikan wang tunai hampir RM 200,000 dalam kejadian yang memakan masa lima minit. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, dua daripada suspek, seorang memegang pistol meluru ke dalam bank RHB cawangan Sri Damansara dan menjadikan pelanggan dan pengawal keselamatan yang berada dekat dengan pintu masuk bank sebagai tebusan. Manakala seorang lagi yang bersenjatakan pistol menyerang seorang pengawal keselamatan di bahagian belakang kaunter, dan merampas pump gunnya sebelum menghentak belakang kepala pengawal dengan pistol, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. Arjunaidi berkata, perompak itu kemudian mengarahkan pengawal yang dicederakannya ke sebuah bilik di belakang kaunter untuk mengambil dua beg berisi wang yang terdapat dalam bilik itu, sebelum mereka melarikan diri.— BERNAMA |
Pengikut Al-Arqam dibawa ke Mahkamah Syariah Posted: Pengikut Al-Arqam dibawa ke Mahkamah Syariah05/11/2012 9:01pm SHAH ALAM — Seramai 16 individu, yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Khamis lepas, akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Barat, Kuang pada 20 Disember ini. Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin berkata, kesemua mereka, termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr. Badrulamin Baharon, akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 12© Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu cuba menghidupkan semula pertubuhan yang telah diharamkan itu. "Sebelum ini, mereka telah ditahan hasil siasatan pihak kami selama dua minggu, dan mereka telah dibebaskan dengan jaminan bon RM1,000 dengan seorang penjamin," katanya pada sidang akhbar hari ini. Beliau berkata, berikutan siasatan mengikut Seksyen 12 © enakmen itu, mereka didapati melanggar fatwa Mufti Kerajaan Negeri Selangor dengan menjalankan pelbagai program dalam ekonomi, budaya dan kesenian pertubuhan yang diharamkan itu. Khamis lepas, JAIS menyerbu sebuah perhimpunan yang dihadiri lebih 3,500 orang, dipercayai diadakan sempena ulang tahun ke-75 pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad Ashaari, dan menahan 16 individu itu.— BERNAMA |
Gores dan menang: 78 dakwa rugi RM500j Posted: Gores dan menang: 78 dakwa rugi RM500j05/11/2012 7:48pm KUANTAN — Seramai 78 individu mendakwa kerugian hampir setengah juta akibat tertipu dengan tawaran hadiah menerusi peraduan gores dan menang. Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abdul Aljailani Mohd Sharrill berkata, bagi tempoh Januari hingga semalam, mangsa mendakwa dipaksa membayar sejumlah wang sebelum diberikan hadiah yang dimenangi. "Sebanyak 78 individu membuat laporan kepada pihak kami bagi tempoh berkenaan selepas mendakwa mereka terpedaya selepas peraduan gores kupon itu. "Bagi membanteras kegiatan itu, hari ini kami melakukan satu operasi bersama pihak polis dan Majlis Perbandaran di sekitar bandar Kuantan. "Kami telah menyerbu sebuah premis di Kuantan yang menyimpan pelbagai barangan elektrik, dipercayai digunakan untuk mengumpan individu bagi aktiviti gores dan menang berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini. Abdul Aljailani berkata, seramai lima suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditahan di premis itu. "Kami turut merampas 50 kupon gores dan menang serta pelbagai barangan elektrik," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 20B Akta Perihal Dagangan 2011. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan