Kosmo Online - Komuniti Kita |
- MAIPs rai pelajar Maahad Tarbiyah Imam Nawawi
- Tradisi berkhatan cara lama diteruskan
- 150 ahli hadir majlis ramah mesra pertubuhan kebajikan
MAIPs rai pelajar Maahad Tarbiyah Imam Nawawi Posted: MAIPs rai pelajar Maahad Tarbiyah Imam Nawawi![]() TUANKU Syed Faizuddin (berdiri, tengah) bersama pelajar selepas melawat dan menyampaikan sumbangan mesin basuh dan wang tunai RM2,000 kepada pengurusan kebajikan pelajar Matin sempena program Jaulah Hijrah MAIPs di Bintong, Kangar, Perlis baru-baru ini. SAMBUTAN. Lebih 100 penghuni Maahad Tarbiyah Imam Nawawi (Matin) diraikan melalui program Jaulah Hijrah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena menyambut Tahun Baru Maal Hijrah di di Bintong, Kangar, Perlis baru-baru ini. Pada program tersebut, MAIPs menyampaikan sumbangan mesin basuh dan wang tunai RM2,000 kepada pengurusan kebajikan sekolah terbabit. Memeriahkan program tersebut ialah keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail. Turut bersama dalam aktiviti berbasikal itu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin dan ketua-ketua jabatan yang lain. |
Tradisi berkhatan cara lama diteruskan Posted: Tradisi berkhatan cara lama diteruskan![]() ZAINAL ABIDIN (kanan) ALAM DEWASA. Seramai 121 kanak-kanak dari kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang diraikan pada Majlis Khatan Perdana baru-baru ini. Terdahulu, mereka dimandikan beramai-ramai menggunakan pancutan hos bomba sebagai simbolik mengekalkan cara tradisi masyarakat Melayu lama dahulunya berendam di dalam sungai. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang turut mengambil peluang memandikan kanak-kanak yang berkhatan. Beliau ketika ditemui memberitahu, ia merupakan majlis ketiga dianjurkan oleh penduduk di kawasan berkenaan yang sekali gus dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk menerusi gotong-royong. |
150 ahli hadir majlis ramah mesra pertubuhan kebajikan Posted: 150 ahli hadir majlis ramah mesra pertubuhan kebajikan![]() ARIFFIN (duduk, empat dari kiri) bersama sebahagian daripada ahli-ahli pertubuhan kebajikan Epanco dan Harimau Keramat pada majlis ramah mesra di Ampang, Selangor baru-baru ini. SEMANGAT. Lebih 150 ahli Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (Epanco) dan Pertubuhan Kebajikan Harimau Keramat Malaysia (Harimau Keramat) beramah mesra dalam satu majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Ampang, Selangor baru-baru ini. Program anjuran Epanco itu bertujuan mengeratkan tali silaturahim antara NGO-NGO di daerah berkenaan seterusnya membincangkan hala tuju dan program tahunan yang bakal dianjurkan. Presiden Epanco, Ariffin Abu Bakar berkata, pihaknya berharap lebih banyak pertubuhan kebajikan baharu diwujudkan di daerah berkenaan di samping bekerjasama untuk menarik lebih banyak golongan muda menyertainya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Harimau Keramat, Mohd. Rizal Abdul Rahim. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan