Ahad, 7 Oktober 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kapal George Washington singgah di Malaysia

Posted:

Kapal George Washington singgah di Malaysia

07/10/2012 6:11pm

PELABUHAN KLANG - Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS), USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

Pegawai Pemerintahnya, Kapten Greg Fenton berkata, persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.

"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.

"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan di di Port Klang Cruise Centre, di sini hari ini.

Beliau berkata, anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).

Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok. - BERNAMA

Nelayan wajib sedia jaket, pelampung

Posted:

Nelayan wajib sedia jaket, pelampung

07/10/2012 5:05pm

YAN - Semua nelayan wajib menyediakan jaket serta pelampung keselamatan dalam bot mereka ketika keluar menangkap ikan di laut sebagai persediaan menghadapi sebarang kecemasan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, dalam kebanyakan kes kecemasan sebelum, nelayan yang terselamat ialah mereka yang menggunakan jaket atau pelampung terbabit.

"Jaket keselamatan hanya boleh bertahan enam jam sahaja, jadi nelayan juga perlu menyediakan pelampung bagi membantu mereka jika jaket tidak berfungsi," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Lesen Sampan dan Jaket Keselamatan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Udang, di sini hari ini.

Mohd. Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, peraturan tersebut telah dikuat kuasa oleh kerajaan awal tahun ini namun masih ramai nelayan yang gagal mematuhi arahan itu.

Beliau berkata, kementeriannya dengan beberapa agensi lain seperti Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan Negeri Kedah, akan menggiatkan kempen mengenai kepentingan jaket dan pelampung keselamatan agar aspek membabitkan keselamatan diri dan pekerja dipandang serius.

Beliau berkata, jika ada nelayan yang gagal untuk mematuhi peraturan tersebut mereka akan dikenakan tindakan digantung lesen menangkap ikan selama enam bulan.

Katanya lagi, peraturan serupa juga terpakai bagi nelayan yang menawarkan perkhidmatan memancing di laut kepada orang ramai. - BERNAMA

JPJ sasar pasang 831 kamera AES

Posted:

JPJ sasar pasang 831 kamera AES

07/10/2012 4:15pm

PEKAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad hari ini.

Beliau berkata, setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September lalu.

"Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ, Jabatan Kerja Raya dan polis," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)' di sini.

Ismail berkata, AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

"Bagi negeri Pahang, AES akan dipasang di 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved