Kosmo Online - Negara |
- Amy Search tutup restoran setelah empat tahun operasi
- Ananda Krishnan dapat RM764.25 juta
- Semua pandangan diambil kira
Amy Search tutup restoran setelah empat tahun operasi Posted: Amy Search tutup restoran setelah empat tahun operasiOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
KUALA LUMPUR - Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah. "Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000. Bagaimanapun pada bulan Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah. Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya. Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini. Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Ananda Krishnan dapat RM764.25 juta Posted: Ananda Krishnan dapat RM764.25 juta![]() INILAH Mahkamah Tinggi Singapura yang membuat keputusan Ananda menang dalam kes samannya semalam. SINGAPURA - Mahkamah Tinggi Singapura di sini menganugerahkan AS$250 juta (RM764.25 juta) kepada pemilik Astro All Asia Networks Plc. (Astro), Tan Sri T. Ananda Krishnan sebagai ganti rugi berikutan kegagalan usaha sama beliau dengan bekas rakan niaganya dari Indonesia, James Riady. Mahkamah Tinggi berkenaan dalam keputusannya kelmarin mengekalkan perintah sebuah pusat timbang tara di sini yang sebelum ini memihak kepada Ananda. Ganti rugi itu diberikan kepada Ananda pada tahun 2010 oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura selepas kerjasama mewujudkan televisyen berbayar oleh kedua-dua pihak menemui kegagalan. Pusat tersebut bertindak sebagai sebuah mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian perniagaan yang rumit. Ananda merupakan orang nombor satu empayar komunikasi Astro di Malaysia manakala Riady pula menerajui Kumpulan Lippo di Indonesia. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Semua pandangan diambil kira![]() MUHYIDDIN (tiga dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian daripada pengetua cemerlang di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang lengkap akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat restu bagi pelaksanaannya yang berupaya membawa anjakan besar terhadap sistem pendidikan negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PPPM merupakan dokumen yang memberi sumbangan besar kerana ia dibawa kepada khalayak masyarakat dan memberi peluang kepada sesiapa yang mahu mengetahui kandungan pelan itu. Katanya, selain itu kementerian tersebut turut mengambil maklum terhadap setiap kritikan dan cadangan yang dikemukakan rakyat untuk penambahbaikan pelan berkenaan. "Sekarang ini kita sudah lancarkan pelan tindakan dan ia bukan laporan akhir. Laporan akhir akan selesai selepas Kabinet luluskan dan sebab itu kita masih di peringkat proses penglibatan," katanya selepas menutup Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Malaysia 2012 dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengetua Cemerlang di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan