Kosmo Online - Negara |
- Kapal selam Scorpene mampu beroperasi dengan baik
- Neelofa mengakui selesa dengan Hans
- Bayi didera mati di pangkuan ibu
Kapal selam Scorpene mampu beroperasi dengan baik Posted: Kapal selam Scorpene mampu beroperasi dengan baik
KOTA KINABALU – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menegaskan sekali lagi bahawa kapal selam Scorpene diselenggara dengan baik dan mampu beroperasi dalam mengawal keselamatan negara. Beliau berkata, sudah banyak operasi menggunakan kapal selam itu dilaksanakan di bawah arahannya. "Perkara ini mengecewakan saya. Saya seru agar dakwaan yang tidak benar ini dihentikan," katanya kepada kumpulan media yang dibawa melawat pangkalan TLDM di sini kelmarin. Kumpulan media itu turut dibawa meninjau kapal selam Scorpene yang dibeli dari Perancis dengan nilai RM3.4 bilion itu. Kapal selam tersebut menggunakan nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Abdul Aziz mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bahawa tindakan beberapa pihak, terutama parti pembangkang, yang sering mempertikai perolehan aset pertahanan negara akan hanya memberi kesan negatif kepada pasukan keselamatan negara. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Neelofa mengakui selesa dengan Hans Posted: Neelofa mengakui selesa dengan HansOleh SITI KAMILAH MUSTAPHA PETALING JAYA – Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, mengakui selesa berkawan dengan aktor terkenal, Hans Isaac, 41, yang disifatkannya antara rakan rapat yang sentiasa dihubungi jika ada kelapangan. Pengacara rancangan Nona terbitan TV3 itu menjelaskan, Hans merupakan kawan lelakinya yang akan dihubungi apabila tidak terlibat dengan sebarang penggambaran. Justeru Neelofa tidak menafikan memang ada keluar bersiar-siar dengan aktor itu jika ada masa terluang. "Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan apa-apa tetapi Hans adalah kenalan rapat saya antara beberapa kawan yang saya ada," jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar Anugerah Skrin 2011 di Mutiara Damansara di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Bayi didera mati di pangkuan ibu Posted: Bayi didera mati di pangkuan ibu![]() ANGGOTA keluarga mengangkat jenazah Nur Irisyafida Balkis untuk dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak, Batu Pahat, Johor semalam. BATU PAHAT – Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi berusia lapan bulan yang mengalami keretakan di tempurung kepala dipercayai akibat didera, meninggal dunia dalam dakapan ibunya di sini kelmarin. Bayi malang itu, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim, meninggal dunia pukul 2.30 petang di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini setelah dimasukkan ke hospital itu pada 11 Oktober lalu. Bayi itu yang turut mengalami patah tangan kanan dan kaki kiri dipercayai didera teman lelaki ibu mangsa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak di sini, pukul 5 petang semalam. Ibu mangsa, Rafidah Mohd. Ashak, 29, berkata, ketika dimasukkan ke hospital Khamis lalu, doktor memberitahu anaknya itu tidak mempunyai peluang untuk hidup. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan