Rabu, 4 Januari 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Riza tiup semangat Izreen

Posted:

Riza tiup semangat Izreen

Riza tiup semangat Izreen

BIARPUN dipalit dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan gosip, pemilik nama Muhamad Riza Baharudin atau Riza, 29, tenang menutur kata menjawab satu demi satu persoalan yang dilontarkan pihak media. Seakan sudah bersedia dengan jawapan, Riza tidak kekok berhadapan dengan gerombolan wartawan biarpun 'watak' dirinya sebelum ini sekadar individu di belakang tabir dunia glamor iaitu sebagai jurukamera bebas produksi filem.

Itu lelaki yang kini bergelar tunang Izreen Azminda Aznam, 27, pelakon baharu yang diketahui umum sudah mempunyai pakej kontroversinya sendiri gara-gara mendakwa bercinta dengan aktor Johan Asaari yang bergandingan dengannya dalam drama bersiri popular, Juvana, sedangkan Johan pula tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut!

Justeru apabila perancangan Izreen dan Riza untuk bertunang dicium pihak media, timbul pula kontroversi di pihak Riza. Seperti biasa laman web internet menjadi medan yang kononnya cuba membogelkan kisah sebenar Riza, sekali gus dilihat sebagai percubaan dalam menghalang pertunangan mereka.

Kononnya dalam salah sebuah blog gosip ada individu tertentu yang didakwa menghantar e-mel yang menampilkan kenyataan pencetus daripada seorang pengurus produksi yang hanya dikenali sebagai Rafeda. Dakwa Rafeda dia merupakan tunangan Riza dan Izreen pula dilabelkan sebagai perampas tunang orang dan dalam kes ini tunang Rafeda!

Tidak cukup dengan itu, Riza juga didakwa pernah berkahwin dengan bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud yang mana kes Badrul dan Julia juga pernah menjadi isu panas apabila Badrul meninggalkan Julia yang ketika itu sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Rafeda juga mendakwa dia dan Riza pernah bercuti ke luar negara dan masih menyimpan segala bukti yang berupa gambar-gambar dan rakaman video sepanjang percutian mereka itu. Malah, ada yang lebih kontroversi,

Rafeda turut didakwa pernah mengandung anak luar nikah daripada benih Riza tetapi Riza telah mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan Rafeda kerana ketika itu Riza masih bergelar suami kepada Julia!

Lengkap sudah pakej sebuah kontroversi yang cukup sesuai dijadikan skrip drama atau filem. Namun, seolah-olah kalis segala tohmahan, tuduhan dan fitnah itu, Izreen dan Riza akhirnya membuktikan keutuhan cinta mereka apabila selamat menjalani acara pertunangan pada hari pertama tahun 2012 ini di kampung halaman Izreen di Alor Setar, Kedah.

Riza sanggup buat ujian DNA

Apa yang jelas, Riza berjaya mencairkan hati gadis yang memerankan watak Cikgu Zakiah dalam drama Juvana itu dengan meniupkan semangat.


IBU Riza, Zainon Baba menyarungkan cincin di jari manis Izreen sebagai tanda sudah sah ikatan pertunangan antara Riza dan Izreen.


"Saya banyak beri semangat kepada Izreen apabila banyak orang hentam dia. Semangat itu menguatkan Izreen dan agar dia tidak jatuh," tutur Riza yang ditemui usai acara pertunangan yang disempurnakan dengan Riza membawa lima dulang hantaran dibalas tujuh dulang hantaran oleh Izreen.

Namun, bagaimana pula dengan Riza sendiri yang datang dengan pakej lengkap kontroversi itu? Apakah jawapannya terhadap segala dakwaan yang disifatkannya sebagai fitnah itu?

"Saya tidak pernah bertunang dengan (perempuan bernama) Rafeda!," tegas Riza. Tambahnya: "Keluarga pun terkejut, saya bertunang tak jemput mereka. Kalau nak tuduh biarlah. Mereka boleh cakap semahu hati. Alhamdulillah, jika itu yang mereka cakap.

Menurut Riza lagi, dia sudah menceritakan segala kisah silamnya kepada Izreen. Malah, Riza dengan terbuka mengakui dia pernah berkawan dengan Rafeda dan pergi bercuti bersama gadis itu, namun, dia enggan bercerita lebih lanjut mengenainya.

"Cukup kalau saya beritahu saya sudah cerita kisah silam saya kepada Izreen. Memang saya ada berkawan dan pergi bercuti dengan Rafeda di luar negara tetapi hubungan kami sudah putus tetapi kami tidaklah sampai bertunang," tegasnya lagi.

Tambah Riza: "Dakwaan saya ada anak luar nikah, gugur bayi, itu semua tak betul. Perkara itu saya tidak buat tetapi orang tuduh saya. Orang yang bercakap itu, sepatutnya tampil dan kemukakan bukti. Kalau ada anak itu, saya sanggup buat ujian DNA," katanya.

Namun apa yang menarik, Riza mengakui pernah mengenali Julia selain berterus terang bahawa dirinya pernah dan berkahwin serta mempunyai seorang anak. Sememangnya Riza yang tidak mahu menyembunyikan hakikat status dirinya yang sudah bergelar duda itu.

"Saya pernah berkahwin, tetapi bukan dengan Julia Daud seperti yang didakwa. Memang saya ada berkawan dengan isteri pelakon Badrul Muhayat itu kira-kira lapan tahun lepas, tetapi hubungan itu tidak lama. Ia cerita lama tetapi dibangkitkan semula, saya pun terkejut," ujar Riza.

Menjelaskan isu perkahwinan pertamanya Riza memberitahu, dia berkahwin dengan wanita biasa tetapi hanya bertahan selama dua tahun.

"Saya dikurniakan seorang anak lelaki yang kini dijaga bekas isteri. Saya rasa kecewa sebab keluar benda yang tidak betul. Orang buat cerita, mahu memburukkan saya. Macam saya jahat sangat, macam saya yang buat, sedangkan saya tidak buat," tutur Riza.

Pasrah dengan segala tohmahan, Riza mahu membuka buku baharu dengan cinta baharunya, Izreen. "Orang yang buat (fitnah) itu bukan tuju kepada Izreen tetapi kepada saya. Saya pula bertunang dengan Izreen, jadi tempias itu turut terkena kepada Izreen.

"Harapan saya moga tidak ada orang nak burukkan saya, saya nak mulakan hidup baharu, selepas perkahwinan pertama gagal," ujar Riza.

Izreen enggan ambil tahu

Izreen yang berada di sisi Riza dalam pada itu menegaskan dia tidak mahu terbawa-bawa dengan kisah silam Riza dan yakin dengan pilihan hatinya itu.


CINCIN bertatah berlian tanda Izreen kini sudah menjadi tunang Riza.


"Sepanjang kenal Riza, dia memang lelaki bertanggungjawab, saya tidak mahu ambil tahu kisah silamnya. Saya sedia terima Riza sebagai orang baharu dalam hidup saya," katanya.

Menurut Izreen lagi, apa yang dilihatnya sekarang pada diri Riza semuanya elok belaka.

"Apa yang berlaku sebelum ini dalam hidup Riza saya tidak mahu ambil pusing sebab semua orang ada kisah silam sendiri. Apa yang penting, sepanjang mengenali Riza semuanya elok," jelas Izreen.

Namun bagi Izreen yang mula rapat dengan Riza sejak September tahun lalu, dia tidak boleh menipu dirinya daripada dihantui dengan kisah silam Riza namun dia menegaskan mahu menerima hakikat tersebut dengan hati terbuka.

"Memang (kisah silam Riza) ada menghantui diri saya. Kalau nak cakap apa-apa, perlu ada bukti, gambar percutian Riza dan Rafeda yang tersebar di internet itu, memang saya tahu sebab Riza ada cakap," akui Izreen yang mengakui teruja menanti tarikh pernikahannya yang dijangka menjelang 31 Ogos tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Taylor Lautner mengaku gay?

Posted:

Taylor Lautner mengaku gay?

Taylor Lautner mengaku gay?

PASTI berita ini mengecewakan banyak hati peminat-peminat wanita yang memuja kemunculan dirinya setiap kali dalam siri filem Twilight. Aktor Taylor Lautner yang dipuja ramai wanita kerana bentuk tubuh sasa dan wajah menariknya mengaku dirinya lebih tertarik dengan kaum sejenis!

Lautner, 19, menerima penghormatan apabila dilaporkan menjadi wajah penghias muka depan majalah berprestij, Time edisi untuk tarikh Sabtu ini, 7 Januari 2012. Namun, apa yang menggemparkan adalah Lautner telah membuat pengakuan terbuka menerusi majalah itu bahawa dia sebenarnya seorang gay!

Foto kulit muka depan majalah itu telah pun tersebar di Internet dengan tertera kenyataan yang berbunyi, tired of rumors, the Twilight star opens up about his decision to finally come out (bosan dengan gosip-gosip, bintang Twilight dedahkan tentang keputusannya untuk akhirnya membuat pengakuan terbuka).

Namun, hal itu segera dinafikan pihak majalah Time. "Kulit muka depan yang menampilkan pengakuan Taylor Lautner seorang gay adalah seratus peratus palsu! Ia sebenarnya bermula dengan jenaka di Twitter dan ada pihak bertanggungjawab telah memanipulasi jenaka itu," ulas jurucakap majalah itu, Julie Farin.

Sebelum ini, laman-laman sosial menghebohkan tentang kulit muka depan majalah Time palsu itu dengan selebriti seperti Russell Simons menerusi Twitter miliknya mengucapkan tahniah sebelum dia terkejut apabila mengetahui ia adalah palsu.

"Saya sangat kecewa dengan jenaka jahat tentang status seksualiti individu. Biarlah Taylor Lautner jadi siapa yang dia sendiri mahukan," ujar Simmons.

Wakil Lautner yang dihubungi bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons dan pihak bertanggungjawab memulakan fitnah itu juga gagal dikesan.

Realitinya, Lautner tidak banyak dikaitkan dengan gosip cinta kecuali dengan penyanyi tersohor, Taylor Swift selepas mereka berdua bergandingan dalam filem Valentine pada tahun lepas, namun hubungan itu putus dalam tempoh yang singkat selepas kedua-duanya dikatakan gagal mengekalkan hubungan mereka berikutan sibuk dengan karier masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.

Amanda nafi perampas tunang orang

Posted:

Amanda nafi perampas tunang orang

Amanda nafi perampas tunang orang

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


AMANDA mengakui dirinya mengagumi penyanyi British tersohor di dunia sekarang ini, Adele.


PANGKAL pengenalan pelantun lagu Selamilah Cinta, Amanda Imani, 18, cerita kurang enak melingkari diri. Tertampar dengan kisah berbusana seksi ketika resepsi persandingan Norman dan Memey, Amanda dihantui pula dengan dakwaan perampas tunangan orang.

Lebih rela memutuskan hubungan komunikasi sama ada menerusi telefon mahupun rangkaian sosial dengan bekas teman lelaki yang dikenalinya selama setengah tahun itu, Amanda mahu tutup buku lama. Dia sendiri mengaku tidak selesa dikaitkan lagi dengan bekas kekasihnya yang kini tunangan orang. Katanya lagi, kontroversi yang muncul tidak diminta dan dia enggan terus bercakaran pada isu yang dianggap sudah selesai.

"Malah saya juga telah menjelaskan kedudukan sebenar hubungan saya dan bekas kekasih kepada tunangnya.

"Lebih baik putuskan hubungan dan berikan perhatian kepada kerjaya, itu juga kaedah terbaik untuk tenangkan minda," ujarnya yang ditemui ketika sesi pratonton media konsert Adele Live At The Royal Albert Hall di Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini dan pelancaran album konsert tersebut dalam pakej cakera padat (CD) dan video cakera digital (DVD) yang dijual setiap satu pada harga RM65.90 dan kini sudah berada di pasaran Malaysia.

Turut mengagumi Adele sebagai ikon seni suara yang berketerampilan, tambah Amanda juga pernah mendendangkan lagu penyanyi kelahiran Britain itu.

"Paling saya suka lagu Someone Like You, memang memberikan pengertian paling bermakna dalam hidup saya sebenarnya," katanya yang gemar menyanyikan lagu yang miliki cerita di sebaliknya.

Penyanyi genre soul itu katanya lagi sedang dalam proses merakamkan lagu berbahasa Inggeris berjudul If You Need My Love dan bakal keluar bersama single Cemburu ciptaan sepenuhnya Malique Too Phat.

"Saya ingin mencuba dimensi baharu, sebelum ini selalu dengan irama pop balada. Kali ini muzik yang ditampilkan lebih matang, segar dan ada unsur-unsur rap," ceritanya mengenai single yang bakal keluar pada bulan Januari tahun depan.

Kisah kontroversinya merampas tunang orang muncul ketika hari Amanda ingin berangkat ke China bagi memenuhi undangan Federation International Musicians sempena rakaman televisyen A Beautiful Place bagi sambutan tahun baru 2012.


AMANDA (kanan) menyanyikan lagu When You Believe berduet dengan penyanyi Sri Lanka, Umaria Sinhawansa dalam program A Beautiful Place di Kunming, China baru-baru ini.


Pemenang kategori vokal terbaik wanita, Anugerah Planet Muzik 2011 itu mengakui dirinya masih gugup ketika beraksi di atas pentas di hadapan 10,000 penonton.

"Saya masih gementar untuk mengadakan persembahan tak kira di mana saja, itu buktinya saya masih baru dalam industri ini," ujarnya yang berpeluang berkongsi pengalaman bersama penyanyi lain dari Thailand, India, Kemboja, Sri Langka, Hong Kong dan Indonesia selama seminggu di daerah Kunming, China.

Dalam konsert itu, Amanda membawakan lagu Cindai yang pernah dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza serta sebuah lagu duet When You Believe bersama penyanyi dari Sri Lanka dengan menyarung busana rekaan Wan Huzairil dan Arif Shukor.

Sepanjang berada di China juga, Amanda terpaksa menutup telefon bimbitnya untuk mengelak daripada menerima SMS atau dihubungi sebarang pihak berhubung isu rampas tunang orang itu. Malah, langkah itu dirasakan lebih baik untuk dia fokus sepenuhnya untuk persembahan.

Amanda sebelum ini pernah membawa nama Malaysia ke Bulgaria untuk pertandingan 20th International Pop Music Festival Discovery 2011 di Varna, Bulgaria pada 13 hingga 15 Mei lalu.

Penuntut tahun akhir ijazah sarjana muda komunikasi dan psikologi Kolej Segi itu dijangka melancarkan kalendar 2012 edisi terhad pada 11 Januari di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Katanya: "Saya ingin mencuba imej baharu dan berbeza daripada sebelum ini dan tahun 2012 merupakan babak baharu buat saya bermula semula."

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved