Jumaat, 30 Disember 2011

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Baik berurut daripada mengemis

Posted:

Baik berurut daripada mengemis

Baik berurut daripada mengemis

Oleh SUHANA VERU
rencana@kosmo.com.my

SELAMA ini tidak pernah terlintas di fikiran Suhaida Abdul Kadir, 25, dia akan menjadi seorang tukang urut refleksologi. Sejak kecil dia bercita-cita mahu menjadi seorang akauntan. Namun, kita hanya mampu merancang tetapi, Allah yang menentukan.

Suhaida yang lebih mesra dipanggil Su menghadapi masalah penglihatan kabur sejak dilahirkan. Doktor mengesahkan dia menghidap katarak kongenital iaitu sejenis penyakit mata yang menyerang bahagian katarak sejak dilahirkan.

Bertitik tolak daripada situ, kedua ibu bapanya tidak pernah berputus asa berulang-alik dari hospital Pekan, Pahang untuk mendapatkan rawatan anak mereka.

Malah, usaha mereka tidak terhenti di situ sahaja sebaliknya kedua orang tuanya itu turut mendapatkan rawatan secara kampung. Dengan usaha mereka berbulan-bulan akhirnya membuahkan hasil yang menggembirakan.

Biarpun bergantung kepada rawatan dan memakai cermin sejak berusia tujuh tahun, gadis yang tidak lekang dengan senyuman berterima kasih kepada ibu bapanya yang tidak pernah berputus asa.

Bahkan, kedua orang tuanya itu tidak pernah membiarkan dia berasa tersisih dengan menyediakan segala kemudahan untuk anak kesayangan mereka.

Dia yang dihantar ke sekolah biasa masih mampu melihat dan membaca walaupun penglihatannya kabur. Namun, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sewaktu berusia 14 tahun masalah mata kabur Su semakin teruk.

"Ekoran masalah itu, saya tidak dapat belajar dengan baik malah, sering kali dimarahi guru kerana gagal menyiapkan tugasan kerja sekolah," ujarnya. Akhirnya dia terpaksa membuat keputusan berhenti sekolah.


SUHAIDA mengurut salah seorang pelanggan wanita di Giant Kota Damansara.


Kemudian pada tahun 2004, dia berhijrah ke Batu Pahat, Johor Bahru bersama keluarga. Bosan kerana terlalu lama duduk di rumah akhirnya dia cuba bekerja di sebuah kedai serbaneka yang terletak berhampiran dengan rumahnya.

Dia dapat bertahan sehingga empat tahun di situ sebelum pada tahun 2008 mula bekerja di sebuah kedai bundle memandangkan gaji yang ditawarkan agak lumayan. Namun, kehidupan Su semakin tertekan apabila mata kanannya semakin kabur sehingga menyukarkannya untuk bekerja.

"Disebabkan keadaan itu, kakak membawa saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketika itu, doktor memberitahu walaupun menjalani pembedahan mata, ia masih tidak dapat menjanjikan harapan yang cerah," katanya yang sentiasa mendapatkan rawatan susulan setiap enam bulan dalam tempoh setahun.

Sejak itu, dia yang merupakan satu-satunya menghidap penyakit itu daripada sembilan adik beradiknya menerima takdirnya itu dengan hati terbuka. Namun, dia tidak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang mencari pekerjaan.

Tiga punca rezeki

Ketika mendapatkan rawatan di hospital Batu Pahat, doktor yang merawat Su memberi pilihan sama ada dia mahu bekerja atau belajar.

"Saya membuat pilihan untuk bekerja namun, saya hanya mempunyai tiga pilihan yang ditawarkan iaitu bidang komputer, pentadbiran dan urut. Saya memilih bidang urut kerana bidang itu tidak terdedah dengan pencahayaan yang banyak kerana kedua-dua mata saya mudah berasa pedih apabila terkena cahaya matahari.

"Seterusnya, doktor berkenaan berbincang dengan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields mengenai perkara itu memandangkan terdapat pusat latihan di MAB yang mengajar kaedah urutan refleksologi," ujarnya.

Sekitar tahun 2009, dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk belajar kaedah mengurut dengan pihak MAB meskipun pada dasarnya dia tidak berminat dengan bidang itu.

Lima bulan pertama belajar di Pusat Ainur, gadis bertudung itu mengakui minat untuk mengurut tidak pernah timbul.

Namun, tanpa disedari setelah dia mengurut pelanggan pertamanya bibit minat itu tiba-tiab datang.

"Ketika itu, kawan saya menyuruh agar mencuba mengurut salah seorang pelanggannya. Pada permulaan disebabkan masih belajar saya agak gementar kerana khuatir pelanggan tidak berpuas hati.

"Alhamdullillah, saya tidak sangka pelanggan perempuan itu sangat berpuas hati dengan hasil urutan saya. Apabila mendapat pujian, terus-terang saya katakan akhirnya saya sudah jatuh hati dengan bidang ini," jelasnya yang mahu belajar bersungguh-sungguh agar dapat mempelajari pelbagai teknik.

Setelah selesai tamat belajar di Pusat Ainur selama 10 bulan dia mendapat sijil dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang urutan.

Untuk mendapatkan kaedah baru dalam bidang tersebut, dia sendiri turun ke kampungnya untuk berurut tradisonal.

"Cara saya belajar di sini dan cara kampung berbeza. Kebiasaan, jika badan rasa sedap setelah diurut selalunya saya akan mengingati cara-cara tukang urut itu mengurut," katanya sambil memberitahu dia kini menerima gaji RM1,000 biarpun bergantung kepada komisen.

Pengalaman

Ditanya mengenai kerenah pelanggan yang terpaksa dihadapi ujarnya, dia berhadapan dengan bermacam-macam jenis pelanggan. Pada masa yang sama, dia mengakui berpeluang belajar bermacam-macam bahasa dengan pelanggan.


SUHAIDA (kiri) bersama seorang rakan sekerjanya di Pusat Terapi Ainur yang beroperasi di Giant Kota Damansara.


"Walaupun baru sahaja memulakan kerjaya ini, sudah banyak pengalaman yang sudah dilalui. Ada yang cerewet lebih teruk lagi ada yang penipu.

Diajak mengimbau kembali pengalamannya itu, Su memberitahu, kebiasaan dia akan mengurut kaki setiap pelanggan yang berkunjung ke kedainya yang terletak di Giant, Kota Damansara tanpa banyak masalah.

"Namun, pada suatu hari, datang seorang pelanggan yang begitu cerewet dan mahu mendapatkan urutan yang terbaik. Setelah selesai mengurut pelanggan itu, saya ingat dia akan membuat pembayaran tetapi, sebaliknya dia tidak mempunyai wang yang secukupnya dan meminta saya agar memberinya masa 10 minit untuk mengambil wang dari kereta.

"Hampir tiga jam saya tunggu pelanggan itu namun, dia tidak muncul-muncul. Sejak hari itu saya sudah tidak mempercayai pelanggan yang memberi alasan sedemikian," katanya sambil memberitahu akan mengikut pelanggan sehingga ke kereta setiap kali mereka memberi alasan seumpama itu.

Ketika ditanya mengenai sikap segelintir OKU yang meminta sedekah, dia berkata:

"Nasihat saya kepada OKU yang masih meraih simpati orang ramai dengan mengemis, carilah alternatif lain dan usaha sendiri. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri," ujarnya sambil melemparkan senyuman.

Full content generated by Get Full RSS.

Memasak dengan Chef Rohani

Posted:

Memasak dengan Chef Rohani

Memasak dengan Chef Rohani

Oleh SUHANA VERU
suhana.veru@kosmo.com.my

SERAMAI 16 peserta yang merupakan rakan perniagaan produk Maggi berpeluang menyertai bengkel memasak bersama pakar perunding makanan terkemuka, Chef Rohani Jelani anjuran Nestle (Malaysia) Bhd. di Bayan Indah, Kampung Palimbayan Indah, Sungai Penchala, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sepanjang bengkel itu, para peserta diajar cara-cara menyediakan masakan secara profesional dengan menggunakan Maggi Splendid 4 selain mengajar cara-cara penghidangan makanan secara profesional.

Bengkel tersebut yang diketuai Chef Rohani mengajar 16 peserta memasak makanan Barat seperti deep dish lamb, vegetable pie dan chicken involtini.

Salah seorang peserta, Izriq Zamri, 22, berkata, bengkel itu banyak mendedahkan mengenai teknik dan petua untuk menghidangkan makanan secara profesional.

"Menerusi bengkel ini, banyak ilmu yang kami pelajari bersama chef. Kami diberikan panduan memasak serta cara-cara penyediaan masakan secara profesional.

"Saya rasa bertuah kerana terpilih dalam program yang diadakan oleh Nestle ini," katanya ketika ditemui Kosmo!.


KEBANYAKAN peserta terpilih mempunyai latar belakang chef namun, ingin menambahkan lagi kemahiran memasak.


Di sebalik jawatan ketua chef yang sudah pasti sibuk dengan tugasnya itu, Izriq sanggup menyertai bengkel itu semata-mata mahu menimba ilmu memasak bersama chef.

"Saya sudah berkecimpung dalam bidang ini sejak 13 tahun lalu namun, saya sentiasa mencari peluang dan ruang untuk memperbaiki bidang memasak agar pelanggan berpuas hati dengan hasil masakan saya.

"Untuk itu, saya sering kali menghadiri bengkel-bengkel seperti ini untuk menambah baik mutu masakan saya," katanya yang kini berkhidmat di restoran Big Plate, Taman Subang Permai.


PANEER (kanan) mengakui tunjuk ajar yang diberikan oleh Chef Rohani sangat berguna biarpun dia sendiri sudah mempunyai pengalaman 12 tahun memasak.


Bagi S. Paneer, 32, penyampaian dalam bengkel tersebut cukup berkesan kerana mereka bukan sekadar mendengar secara teori bahkan, mempraktikkannya.

"Dengan cara ini kami lebih faham dan boleh belajar melalui kesilapan dan penganjuran bengkel tersebut memberi ilmu memasak yang baharu," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Nestle Profesional, Aleena Abdullah berkata, penganjuran bengkel itu merupakan julung-julung kalinya diadakan untuk memberi peluang kepada chef dan pengusaha restoran atau hotel tampil bersama untuk mencari penemuan baharu.

"Oleh itu, buat permulaan kita memilih 16 peserta yang kebanyakannya dari Lembah Klang, Seremban dan Melaka. Pemilihan ini berdasarkan kesetiaan mereka terhadap produk kami," ujarnya sambil memberitahu bengkel itu diadakan secara percuma.

Full content generated by Get Full RSS.

Penkek bluberi

Posted:

Penkek bluberi

Penkek bluberi



HUJUNG minggu adalah masa bersama keluarga. Sekali-sekala saya gemar menyediakan sarapan yang mudah dan menarik perhatian ahli keluarga walaupun pada asalnya ia adalah satu hidangan biasa.

Lempeng atau lebih popularnya penkek merupakan satu hidangan yang sesuai untuk sarapan.

Ia tidak terlalu berat dan anda boleh menambah keseronokan pagi anda dengan menikmatinya dengan pelbagai makanan berkhasiat lain seperti buah-buahan seperti epal, pisang, strawberi, madu, sirap maple, coklat dan lain-lain.

Resipi ini amat mudah untuk diingati dan jika anda seorang yang gemar mencuba, boleh gunakan kreativiti dengan mencampurkan cebisan buah-buahan atau perasa kepada adunan ini.

Adunan tahan antara satu hingga dua hari jika disimpan dalam peti sejuk sekiranya ada lebihan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved