Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 650 murid sertai Khatan Perdana Kota Bharu
- Ceramah menghayati pengertian Maal Hijrah
- Ahli kelab Warisan FC lepak tonton bola di bandar Marang
650 murid sertai Khatan Perdana Kota Bharu Posted: 650 murid sertai Khatan Perdana Kota Bharu
ALAM DEWASA. Seramai 650 murid daripada 27 buah sekolah rendah dalam Parlimen Kota Bharu menyertai Majlis Berkhatan Perdana baru-baru ini. Ia anjuran UMNO Bahagian Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, Klinik Kesihatan Bandar dan Balai Bomba Daerah. Majlis berkhatan itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas, Kota Bharu. Murid-murid yang berpakaian baju Melayu diraikan dengan paluan kompang dan bunga manggar sebelum disirami pancutan air dari sebuah jentera bomba. Full content generated by Get Full RSS. | |
Ceramah menghayati pengertian Maal Hijrah Posted: Ceramah menghayati pengertian Maal Hijrah![]() ORANG ramai mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mohd. Kazim di Permatang Pauh baru baru ini. TEKUN. Lebih 500 tetamu hadir bagi mendengar ceramah perdana sempena sambutan Maal Hijrah 1433 di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pauh, Pulau Pinang baru-baru ini. Ceramah yang disampaikan oleh Mohd. Kazim Alias Al-Hafiz itu merupakan program yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Permatang Pauh dengan kerjasama Badan Keluarga Utusan Melayu (M) Berhad cawangan Seberang Jaya dan jemaah Masjid Jamek Permatang Pauh. Penasihat jawatankuasa penganjur, Salimah Abdullah berkata, program tersebut memberi peluang kepada semua umat Islam di sekitar kawasan itu untuk menghayati semula pengertian Maal Hijrah menerusi ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah itu. Selain mendengar ceramah agama, tetamu juga berpeluang membeli buku agama di samping beberapa cakera padat video yang mengandungi ceramah-ceramah beberapa tokoh agama. Full content generated by Get Full RSS. | |
Ahli kelab Warisan FC lepak tonton bola di bandar Marang Posted: Ahli kelab Warisan FC lepak tonton bola di bandar Marang![]() AHLI kelab Warisan FC bersama ahli keluarga bersantai sambil menonton perlawanan bola sepak di Marang baru-baru ini. ERAT. Pelbagai cara dilakukan untuk merapatkan hubungan sesama ahli persatuan atau kelab termasuk mengadakan aktiviti menonton perlawanan bola sepak menerusi skrin besar. Usaha itu dilakukan oleh kelab bola sepak Warisan FC yang mengajak ahli kelab berkenaan bersama anggota keluarga masing-masing bersantai di sebuah restoran di Bandar Marang, Terengganu baru-baru ini. Sambil menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia, mereka turut berpeluang memenangi cabutan nombor bertuah berupa hamper selain menikmati hidangan beraneka juadah yang disediakan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Warisan FC Marang, Abdul Rahman Yusuf dan pengurus pasukan itu, Mohd. Rasdi Hussain. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan