Selasa, 20 Disember 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Sensasi Saluran HyypTV

Posted:

Sensasi Saluran HyypTV

Sensasi Saluran HyypTV

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

KEHIDUPAN hari ini yang sentiasa dilengkapi capaian teknologi serba canggih secara tidak langsung memberikan alternatif kepada pengguna dalam menikmati pelbagai kandungan media kegemaran mereka.

Dengan hanya satu klik di hujung jari, pelbagai kandungan media seperti muzik, fail dan informasi dapat diperoleh melalui pembangunan peranti berteknologi tinggi.

Bahkan, tiada lagi istilah waktu perdana seperti dalam diari kehidupan penonton yang terbiasa menanti segmen kegemaran mereka

di depan peti televisyen.

Mereka kini mempunyai kebebasan menonton pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian waktu melalui pengenalan kemudahan perkhidmatan televisyen berbayar.

Salah satu perkhidmatan televisyen berbayar yang sedang meningkat naik dalam menawarkan pelbagai saluran menarik kepada penonton adalah HyppTV yang dimiliki Telekom Malaysia Bhd. (TM).

Naib Presiden Eksekutif Media Baru TM, Jeremy Kung, berkata, HyppTV merupakan perkhidmatan rangkaian televisyen berbayar yang semakin mendapat sambutan orang ramai terutamanya penduduk bandar.

"HyppTV merupakan sebahagian daripada perkhidmatan menarik yang ditawarkan kepada pengguna apabila menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi.

"Sungguhpun perkhidmatan UniFi menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi, HyppTV boleh diakses melalui televisyen bagi memberi pengalaman tontonan baharu kepada pengguna," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


JEREMY menjelaskan cara penggunaan perkhidmatan televisyen berbayar HyypTV yang semakin mendapat sambutan ramai.


Beliau memberitahu, penyiaran kandungan dalam perkhidmatan tersebut dilakukan secara digital melalui fiber optik.

Melalui teknologi tersebut, katanya, tontonan rancangan kegemaran mereka dapat ditonton dengan lebih pantas, jelas dan berkualiti tinggi.

"Penonton juga tidak perlu lagi memuat turun rancangan kegemaran mereka kerana kami menggunakan medium penstriman.

"Ia amat bersesuaian dengan gaya hidup pengguna pada hari ini yang inginkan sesuatu kandungan dengan lebih pantas," katanya.

Dalam pada itu, keadaan cuaca tidak menentu bukan lagi halangan kerana ia masih boleh beroperasi dengan baik tanpa menjejaskan kualiti siaran.

Variasi saluran

Jeremy memberitahu, HyypTV menawarkan lebih 76 saluran menarik pelbagai genre terus kepada pengguna mengikut mood dan cita rasa mereka.

Katanya lagi, perkhidmatan televisyen berbayar itu menggabungkan rancangan berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India yang ideal buat kelompok sasaran penonton berbilang bangsa di negara ini.

"Antara genre yang ditawarkan kepada mereka termasuk fesyen, gaya hidup, berita, filem, hiburan dan percutian.

"Pengguna yang melanggan perkhidmatan UniFi secara automatik akan menikmati 15 saluran percuma," ujarnya lagi.

Selain daripada saluran percuma tersebut, pengguna boleh melanggan sebanyak 32 saluran perdana yang ditawarkan kepada mereka bermula pada harga RM3 sehingga RM9.


MUTV dapat memberi informasi terkini mengenai Manchester United.


Melalui saluran perdana, mereka boleh mendapatkan rancangan-rancangan menarik dari saluran seperti Warner TV, iConcerts HD, BabyFirst TV, Universal Channel, MTV Live HD, BBC Lifestyle dan MUTV.

Jeremy menambah, terdapat juga 14 saluran Video On Demand yang menayangkan filem-filem pecah panggung terkini, siri terbaharu dan dokumentari menarik.

Sebagai contoh, katanya, pengguna boleh menonton siri CSI yang cukup popular, satu jam selepas tayangan di Amerika Syarikat (AS).

"Ini memberikan kelebihan kepada pengguna menikmati rancangan kegemaran mereka dengan pantas.

"Bagi memudahkan lagi pengguna agar tidak ketinggalan menonton rancangan kegemaran melalui saluran ini, ia dilengkapi ciri-ciri seperti pause, rewind dan forward," ujarnya lagi.

Platform pengkarya

Bagi mereka yang gemar berinteraktif dan inginkan kelainan dalam tontonan televisyen, HyypTV turut menyediakan saluran interaktif kepada pengguna.

Terdapat beberapa aplikasi menarik dan saluran interaktif yang boleh digunakan pengguna termasuk laman sosial Facebook, trymasak dan TED.

Beliau menambah, trymasak merupakan antara saluran digemari pengguna apabila mereka boleh mencuba pelbagai resipi masakan menarik.

Katanya lagi, pengguna dapat mempelajari pelbagai teknik masakan melalui saluran tersebut tanpa memerlukan buku resipi.


LEBIH 76 saluran boleh dipilih pengguna apabila melanggan HyypTV.


Dalam membantu industri kandungan digital tempatan, Jeremy menambah, HyypTV turut menyediakan platform kepada pengkarya tempatan mengetengahkan produk mereka.

"Kita mengalu-alukan individu ataupun syarikat dalam membangunkan aplikasi untuk diketengahkan melalui saluran interaktif.

"Ia dilakukan untuk memberi platform kepada pengkarya ini untuk memeriahkan lagi industri kandungan digital," jelasnya.

Menyentuh mengenai perancangan HyypTV, beliau memberitahu, pihaknya sentiasa prihatin terhadap permintaan pengguna.

Katanya, terdapat banyak rancangan menarik terdapat dalam pasaran dan pihaknya akan menambah baik dari semasa ke semasa.

"Dalam pada itu, kita juga sedang menjalankan pelbagai penyelidikan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut melalui platform telefon pintar dan tablet.

"Saya berharap ia dapat direalisasikan pada tahun hadapan untuk melebarkan lagi sayap perkhidmatan HyypTV," ujar Jeremy.

Perkhidmatan UniFi kini ditawarkan melalui tiga pakej kediaman. Pakej-pakej tiga serangkai berkenaan adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan dan VIP20 pada RM249 sebulan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bulan bertukar jingga selama 51 minit

Posted:

Bulan bertukar jingga selama 51 minit

Bulan bertukar jingga selama 51 minit


KEINDAHAN bulan dibayangi tompok gelap dalam fenomena gerhana minggu lalu.


KEKECEWAAN para pemerhati bulan di Kuala Lumpur pada 16 Jun lalu yang tidak dapat melihat secara keseluruhan proses gerhana bulan kerana dibayangi awan tebal dapat diubati dengan fenomena sama yang berlaku baru-baru ini.

Gerhana penuh iaitu apabila bulan berada dalam kawasan umbra bumi dapat disaksikan oleh hampir 5,000 orang yang berkumpul di Planetarium Negara tepat pada pukul 10.32 malam.

Berlangsung selama 51 minit, durasi tersebut agak pendek berbanding pada bulan Jun lalu iaitu 1 jam 40 minit tetapi ia cukup memberi kepuasan kepada orang ramai untuk melihat sendiri proses tersebut.

Proses gerhana bermula pada pukul 7.34 petang waktu tempatan dan berakhir pada pukul 1.30 pagi pada keesokannya.

Ujar Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Lau Chen Chen, 31, ia bermula dengan keadaan berawan. Bagaimanapun, Ia beransur-ansur dapat dilihat dengan jelas sehingga proses tersebut berakhir.

Ia adalah gerhana penuh yang dapat dilihat di Malaysia kerana di beberapa bahagian bumi lain, pemerhati bulan hanya dapat melihat proses tersebut secara separa iaitu sama ada sebelum atau selepas gerhana penuh.

Perbezaan itu berlaku kerana kedudukan bumi dan lintasan bulan yang dilihat dari bahagian yang berbeza. Ciri-ciri fenomena tersebut seperti kedudukan bulan dan masa boleh diramal melalui pengiraan tetapi pergerakannya tidak boleh dikawal.


DUA orang pelajar mendapat peluang istimewa melihat fenomena gerhana bulan menggunakan teleskop di Sydney, Australia.


Bagi menentukan waktu sesuatu fenomena, pihak Angkasa akan merujuk pada laman sesawang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk melihat masa fenomena. Waktu yang ditunjukkan adalah waktu universal.

Kemudian, para penyelidik di Angkasa akan menukarkan waktu tersebut pada waktu tempatan dan melakukan simulasi, sekiranya akan berlaku kenampakan di Malaysia.

Lebih jelas

Mungkin terdapat kata-kata yang mengatakan bahawa tidak perlu ke Planetarium Negara kerana fenomena tersebut boleh dilihat dengan mata kasar sahaja.

"Melalui pandangan mata kasar, perubahan warna sahaja dapat dilihat manakala kelibat planet Musytari seperti satu titik terang," kata Chen Chen kepada Kosmo!

Tetapi, dengan penggunaan teleskop yang disediakan di Planetarium Negara, pencinta sains angkasa dapat meneliti fenomena tersebut secara lebih terperinci, sehingga dapat melihat permukaan bulan yang berkawah.

Jasad planet Musytari yang memiliki lebih 60 buah bulan dapat dilihat dengan jelas bersama-sama empat bulan utamanya.

Sementara itu, para peminat sains angkasa di barat Amerika Syarikat, Hawaii, Australia dan sebahagian besar benua Asia lain turut menyaksikan fenomena cakerawala itu yang bermula pada pukul 1406 Waktu Min Greenwich.


RAKAMAN menarik dari Jambatan Golden Gate, San Francisco, Amerika Syarikat.


Di barat Amerika Syarikat, seri bulan yang kemerah-merahan berlaku apabila sedikit cahaya matahari sampai ke permukaan selepas melepasi atmosfera bumi.

Disebabkan lapisan atmosfera menyerakkan cahaya biru, hanya cahaya merah singgah ke bulan menjadikan satelit semula jadi itu berubah ke warna merah lembayung.

Dilihat penduduk dunia

Gerhana penuh itu jelas kelihatan di seluruh Australia, Asia Tenggara, China, Japan dan sebahagian besar timur Rusia di Pergunungan Ural.

David Sayre yang menjalankan perniagaan firma perhubungan awam di Hawaii berkata, cuaca di Oahu berawan dan hujan tetapi ia reda tepat pada masa gerhana berlaku.

Dia bangun pada pukul 3 pagi seperti biasa tetapi pada hari tersebut, dia melangkah keluar rumah untuk menyaksikan fenomena yang berlaku setengah jam selepas itu. Pada waktu itu, tiada seorangpun di kawasan kejiranannya yang bangun daripada tidur.

"Selepas memastikan ia akan bertukar menjadi warna merah kejinggaan, saya rasa lebih baik jika saya ambil kamera dan rakam. Dapat melihat (gerhana bulan) dari luar rumah sangat cool," tambah Sayre, 47.

Di halaman Balai Cerap Griffith, Los Angeles pula, hampir 300 orang yang kebanyakannya memegang cawan berisi kopi berkumpul dan berselimut untuk menyaksikan fenomena tersebut dalam kedinginan udara pagi.


SEKUMPULAN remaja bergilir-gilir menggunakan teleskop untuk melihat kejadian gerhana bulan di Beijing, China.


Sementara itu, di cerun berdekatan papan tanda Hollywood yang memberikan pemandangan jelas ruang langit, kelihatan orang ramai bertenggek dengan tujuan yang sama.

Pihak balai cerap turut berada di situ untuk membuat pengumuman ketika fenomena itu mula berlaku. Secara spontan, orang ramai bertepuk tangan sebaik fenomena itu berakhir.

Pengkaji bulan di China memerhatikan fenomena tersebut dari Planetarium Beijing dan menurut Balai Cerap Astronomi China, ia adalah pemandangan terbaik gerhana bulan dalam tempoh 10 tahun.

Kali terakhir gerhana bulan dapat disaksikan jelas di Amerika Syarikat adalah pada 15 Jun 2011 tetapi ia tidak kelihatan di negara tersebut. Selepas ini, penduduk Amerika Syarikat hanya akan dapat melihat gerhana bulan spada 15 April 2014.

Full content generated by Get Full RSS.

Siri putih Samsung Note

Posted:

Siri putih Samsung Note

Siri putih Samsung Note


SPESIFIKASI
SAMSUNG GALAXY NOTE
Harga: RM2,299
Sistem operasi:Android 2.3 (Gingerbread).
Kamera: 8 megapiksel dan 2 megapiksel.
Dimensi: 14.685 x8.295 x 0.965 sentimeter.Paparan skrin: 13.46 sentimeter.
Berat: 178 gram.


TATKALA menunggu kemeriahan Hari Natal yang menjelang tiba, pasti ramai akan terbayang keputihan salji yang amat sinonim dengan perayaan berkenaan.

Bahkan, tradisi memberi hadiah sempena perayaan yang jatuh pada bulan Disember itu sentiasa dinanti dengan penuh sabar terutamanya kanak-kanak.

Dalam memberi senyuman kepada penggemar peranti berteknologi tinggi, syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung menampilkan peranti terbaharu Samsung Galaxy Note dengan siri warna putih.

Gajet kegilaan ramai itu merupakan telefon pintar pertama menggunakan teknologi Super AMOLED berdefinisi tinggi memberikan pengimejan lebih jelas dan berkualiti tinggi sekali gus memberikan pengalaman baharu kepada pengguna.


PENGGUNAAN pen stylus membolehkan suntingan gambar yang


Dengan paparan skrin sentuh berukuran mencecah sehingga 13.46 sentimeter (sm), pengendalian peranti terbaharu ini akan lebih mudah dan lancar. Ia juga disertakan dengan sebatang pen stylus untuk memberi kepuasan optimum.

Walaupun, Samsung Galaxy Note kelihatan agak besar berbanding telefon pintar yang berada di pasaran, sehingga membuatkan orang tertanya sama ada tablet ataupun telefon pintar, ia masih mudah dikendalikan.

Mereka yang gemar melayari Internet turut akan merasai kelainan apabila penggunaan bar tatal (scroll) pada tetingkap paparan skrin amat minimum sekali.

Model terbaharu yang mempunyai kerangka nipis dengan padanan warna putih menyerlahkan lagi keanggunan peranti janaan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread itu.


KEMASAN reka bentuk nipis dan elegan.


Dalam pada itu, pengenalan teknologi S Pen dengan pelbagai aplikasi menarik seperti S Memo, S Planner dan S Choice memberikan pengalaman menarik kepada pengguna.

Untuk memberikan rakaman berkualiti tinggi, ia juga dilengkapi kamera beresolusi 8 megapiksel dengan flash LED.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved