Rabu, 28 Disember 2011

Kosmo Online - Horizon


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Berseronok dalam kedinginan salji

Posted:

Berseronok dalam kedinginan salji

Berseronok dalam kedinginan salji

BAYANGKAN gaya hidup masyarakat kota metropolitan dan desa yang tidak terkejar-kejar lantaran rentak harian yang diperlahankan mood bercuti dan suhu dingin. Begitu juga dengan suasana romantis saat berehat di hadapan ruang pendiangan api, menikmati makanan hangat yang lazat, bermain salji dan menaiki kenderaan luncur salji.

Biarpun tenaga fizikal dan rasa teruja itu dipengaruhi keinginan santai berehat dan bermalas-malasan, itu tidak bermakna musim sejuk ini hanya membataskan anda di dalam kediaman. Bagi yang berkemampuan dari segi kewangan dan bersemangat kembara, musim ini juga menjadi momen terbaik untuk menghabiskan waktu bersama keluarga dan insan tersayang di destinasi bermusim sejuk.

Lokasi yang mungkin termasuk dalam senarai percutian sehingga Februari tahun hadapan tentunya resort ski popular. Kalau ramai pelibur di negara beriklim sejuk membuat keputusan untuk ke destinasi tropika yang mataharinya terus memancar terik, pasti ramai dalam kalangan kita yang mahu juga menikmati keseronokan dalam musim salji.

Karnival Musim Salji Quebec

Semenjak aura kehidupan Perancis membentuk koloni di Quebec, masyarakatnya menjalankan tradisi tahunan meraikan kulinari dan kebersamaan. Di wilayah istimewa Kanada itu, sebuah karnival musim sejuk yang meriah dianjurkan setiap tahun sejak tahun 1824.

Sentiasa melaksanakan pengisian baharu untuk menambah tarikannya, festival tersebut kali ini bakal berlangsung dari 27 Januari hingga 12 Februari 2012. Sesuai untuk dikunjungi semua lapisan usia, antara aktiviti yang dapat disaksikan dan disertai adalah mandian hangat, perarakan malam, luncur salji, fusbol, pertandingan mengarca salji, persembahan hiburan serta bermain ski.

Quebec sememangnya destinasi musim sejuk yang ditunggu-tunggu! Oh ya, kalau datang berdua dengan si dia tersayang, bolehlah menuju ke Ice Palace kerana di situ janji kesetiaan dan kasih sayang dapat diperbaharui bersaksikan seni bina fantasi yang dibuat secara keseluruhan daripada bongkah ais.

Kehangatan onsen


Para pelancong teruja menaiki kereta luncur salji yang ditarik oleh rusa kutub di wilayah Lapland dekat utara Finland.


Onsen bermaksud kolam air hangat dalam bahasa Jepun, namun istilah itu juga merujuk kepada premis mandian umum dan rumah penginapan yang terletak berdekatan dengan punca air semula jadi tersebut.

Jepun terletak dalam zon gunung berapi aktif, maka terdapat ribuan onsen di seluruh pulau tersebut. Secara tradisinya, ia menjadi tumpuan orang awam untuk membersihkan diri, namun kini tarikan onsen telah menjadi magnet pelancongan di Negara Matahari Terbit itu terutamanya dalam kalangan pelancong dari luar negara.

Bergantung kepada pilihan masing-masing, pengunjung boleh mencuba mandian onsen di ruang terbuka (rotenburo) atau mandian di premis tertutup. Sebagai cadangan untuk pasangan romantis, mereka boleh memilih untuk menginap di bilik hotel yang mempunyai akses peribadi ke ruang onsen yang privasi.

Onsen yang terletak di kawasan kampung juga adalah disyorkan kerana ia menawarkan pengalaman ideal bagi mengisi momen santai sekali gus melenyapkan stres akibat kesibukan gaya hidup urban.

Festival Sirap Maple

Pilihan destinasi ini adalah untuk mereka yang mahu meraikan musim sejuk dalam kelazatan dan kemanisan. Sirap maple dari wilayah timur laut Amerika Syarikat, New England. Negeri-negeri terlibat seperti Vermont, Massachusetts dan New Hampshire menjadi tuan rumah kepada banyak acara yang berkait rapat dengan industri pengeluaran sirap maple mereka.

Terkenal ke serata dunia, produk kebanggaan mereka itu terasa lebih enak jika dirasa apabila berada di festival berkenaan, berbanding mendapatkannya di para-para pasar raya. Pengunjung boleh terus merasai kesegaran dan kemanisan sirap maple yang dituang terus ke atas salji lantas menjadi gula-gula beku.

Pengunjung yang datang berpasangan dipelawa untuk mengikuti aktiviti dalam pakej bersiar-siar Sirap Maple New England. Antara pengisiannya adalah lawatan ke ladang pembuatan gula maple, Santuari Hidupan Liar Moose Hill, Muzium Maple Vermont atau Parker's Maple Barn di Mason.


SIRAP maple dibotolkan secara langsung dan dijual kepada pengunjung sempena Festival Sirap Maple New England.


Safari rusa kutub

Pernahkah anda melihat singa, kuda belang dan gajah di safari Afrika? Jika pernah, cuba fikirkan kelainan dengan mengikuti ekspedisi safari berbeza sempena musim sejuk ini di Lapland - sebuah kawasan terpencil di penghujung utara negara Sweden dan Finland.

Pastikan tubuh dibaluti pakaian panas yang tebal apabila mahu menuju ke destinasi istimewa ini. Dalam kereta salji yang ditarik rusa kutub yang jinak, dakaplah insan tersayang masing-masing saat ia merentasi landskap yang diselaputi keputihan salji.

Jika bercadang untuk tinggal di Lapland lebih lama, aktiviti safari rusa kutub boleh digabungkan dengan aktiviti musim sejuk yang lain seperti melawat lokasi melihat Cahaya Utara (aurora borealis) yang indah di hamparan langit luas. Sebuah penginapan unik bernama Ice Hotel di perkampungan Jukkasjärvi di Sweden juga menawarkan pengalaman inap desa yang menarik.

Pasar Krismas

Jerman sangat terkenal dengan pasar Krismas. Dikenali dengan nama Christkindlmarkt atau Weihnachtsmarkt, lokasi pasar sentral di Nürnberg merupakan salah satu daripada pasar paling tua dan tradisional di negara itu.

Tahun ini, pasar popular itu dibuka dari 25 November hingga 24 Disember. Sepanjang tempoh itu, orang ramai akan bersesak di rangkaian lorong yang dibentuk daripada susunan banyak pondok jualan dan gerai.

Pelbagai jenis barangan ditawarkan - daripada aksesori perhiasan diri, barangan rumah hinggalah kepada dekorasi Natal dan masakan tempatan. Terdapat gerai-gerai khusus yang mempamerkan dekorasi Krismas yang tipikal seperti figura dan arca yang diukir secara langsung daripada bongkah kayu. Bagi yang ingin merasa hidangan, bolehlah mencicip GermanLebkuchen, iaitu roti halia bersama kopi panas.

Spa termal


SEORANG pengendali kereta luncur salji sedang memperkemas ikatan pada rusa kutub peliharaannya.


Ketika musim panas, Slovenia menjadi destinasi terkenal buat pelibur yang mahu menikmati pengalaman rawatan spa dan mandian. trend itu didorong oleh tawaran harga yang rendah berbanding banyak lokasi di keseluruhan Eropah.

Dalam musim sejuk pula, aktiviti itu masih boleh disertai tetapi sebaik-baiknya ia dilakukan di dalam premis. Terdapat banyak pusat spa kesihatan termal untuk dipilih. Sama ada berehat-rehat dalam buih jakuzi atau 'menyerahkan' tubuh kepada kepakaran tukang urut yang melegakan urat serta otot, semua itu bakal menjanjikan kepuasan.

Kemudian, akhiri sesi bersiar-siar dengan menikmati secawan teh atau coklat hangat di bilik penginapan sambil menyaksikan emping halus salji yang turun dari jendela kaca. Sesiapapun pasti kembali dari percutian tersebut dengan kedamaian dan kesegaran minda, fizikal dan emosi.

Full content generated by Get Full RSS.

Kota romantis pengunci cinta

Posted:

Kota romantis pengunci cinta

Kota romantis pengunci cinta


JUTAAN mangga terdapat di sekitar Menara Seoul yang menjadi lambang penyatuan cinta.


MENDAPAT tugasan untuk menyertai rombongan pelancongan ke negara 'ginseng' ini pada 25 November hingga 30 November anjuran QS Travel, ia bagaikan mimpi buat penulis. Perasaan pastinya teruja untuk melihat sendiri apa yang ada di negara yang mana artis-artisnya menjadi igauan anak remaja Malaysia.

Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea pada jam 6 pagi yang ketika itu bersuhu 5 darjah celcius, penulis seperti tidak percaya sudah berada di bumi Seoul.

Menyertai lebih 50 orang peserta rombongan, kami disambut baik oleh pemandu pelancong yang dikendalikan oleh QS Travel Sdn Bhd dan Ziarah Sutera Holdings, iaitu Sue Yen dan Daniel.

Membawa seribu satu perasaan berikutan ini kali pertama penulis menjejakkan kaki di Korea, maka segala perkara mahu dirakam menerusi lensa kamera, sehinggakan cuaca yang sejuk langsung tidak diendahkan.

Menyelusuri jalan raya di kota Korea itu, ia sebenarnya membuatkan hati penulis kagum!

Bandar raya itu terlalu bersih. Malahan, tiada langsung sampah yang berterbangan di bumi Korea, bahkan tiada tong-tong sampah disediakan di tepi-tepi jalan ataupun di hadapan deretan kedai.

Orang Korea gemar blind date

Memulakan langkah pertama di Korea dengan melawat Seoul Tower di Namsan Mountain, pusat kota Seoul, Korea Selatan, ia merupakan sebuah lokasi yang dijadikan tempat untuk warga Korea 'mengunci' cinta mereka agar terus utuh dan berkekalan.


MENARA Seoul menawarkan pemandangan sekitar bandar raya itu dari ketinggian 236 meter.


Di sini terdapat berjuta jenis kunci dan mangga, yang telah ditinggalkan oleh ribuan pasangan muda-mudi yang sedang hangat bercinta sejak ia dipopularkan mulai tahun 1990-an lagi.

Jadi tidak hairanlah jika dikatakan masyarakat Korea sangat romantis bila menyentuh bab cinta kerana mereka sendiri membina satu kubu cinta setinggi menara Seoul.

Menurut Sue Yen, permulaan cinta remaja Korea kebiasaannya bermula dengan blind date yang diatur oleh mereka untuk bertemu dengan lelaki yang serasi.

Bagaikan sudah menjadi tradisi, acara perjumpaan blind date sememangnya dinantikan oleh anak-anak remaja di sini.

Walaupun tidak ramai yang berjaya sepenuhnya mencari cinta dengan cara sebegini, namun mereka tetap mahu mencuba setiap kali berada di sekolah menengah.

Kubu cinta Winter Sonata

Keesokan harinya, rombongan kami dibawa ke Pulau Nami, sebuah pulau yang cukup terkenal selepas penggambaran drama bersiri Winter Sonata, sebuah drama Korea yang mendapat sambutan hangat di Malaysia sekitar tahun 2002

Pulau tanpa penduduk itu terletak di tengah-tengah Sungai Han dan ia yang berfungsi semata-mata bagi tujuan pelancongan dikatakan milik orang perseorangan.

Melihat kekacakan Bae Yong Jun dan kejelitaan Choi Ji Woo yang membawakan watak Kang Joon-sang dan Jun Yu-jin dalam drama Winter Sonata itu, penulis tercari-cari jua kelibat-kelibat wajah sebegitu di sana, namun ternyata bukanlah mudah.

Setiba di Pelabuhan Gapyeong, perjalanan perlu diteruskan menaiki feri menyeberangi Sungai Han yang mengambil masa kira-kira lima minit. Ferinya amat unik apabila dihiasi bendera negara-negara di dunia yang pelbagai rupa dan corak.


PENULIS sempat mencuba pakaian tradisional dipanggil hanbok.


Kibaran bendera pelbagai negara itu sesuai dengan slogan pulau berkenaan, kita semua bersaudara.

Bagi penulis, kunjungan ke pulau kecil itu sewaktu ia belum dilitupi salji kurang menyeronokkan kerana persekitarannya hampir sama seperti kebanyakan pulau lain.

Khabarnya waktu terbaik dan paling romantis situ ialah pada musim bunga kerana keindahannya lebih terserlah.

Pulau Nami boleh dikatakan 'kosong' kerana tarikan ke sana hanyalah disebabkan drama bersiri itu dan kisah percintaannya. Di sini pengunjung boleh memilih menaiki kereta api, kereta atau basikal untuk meneroka keindahan persekitaran.

Antara ginseng dan batu jed

Seperti masyarakat China, rakyat Korea juga sangat mempercayai kehebatan ginseng.

Cuma bagi kita masyarakat Melayu, ginseng bukanlah berada dalam senarai utama penawar kesihatan.

Jadi ketika dibawa melawat ke sebuah kilang penghasilan ginseng, maka tidak ramai yang berminat untuk membelinya, melihat pada harganya yang mencecah ribuan ringgit sudah tentu ia semakin melunturkan semangat kami.

Selepas melawat kedai dan kilang ginseng, kami semua dibawa melawat ke sebuah kedai menjual batu jed.

Ketika di sini, apa yang penulis nampak hampir semua pelancong yang menyertai rombongan kami mengambil peluang memborong batu-batu jed yang sudah dijadikan rantai, cincin dan gelang.

Biarpun harganya tinggi, namun rata-rata mereka sanggup mengeluarkan kad kredit masing-masing untuk memiliki barangan kemas itu.

Sebelum bertolak pulang, kami dibawa membeli-belah di Dongdaemum Market, memandangkan kunjungan kami berlangsung pada musim sejuk, maka kebanyakan kedai-kedai di Dongdaemum hanya menjual barangan untuk musim sejuk sahaja.


KEINDAHAN Pulau Nami dipaparkan penuh pesona dalam drama bersiri Winter Sonata.


Di sini penulis dapat melihat sendiri kegigihan golongan sederhana di Korea mencari rezeki, biarpun ramai yang mengatakan masyarakat Korea tidak pandai berbahasa Inggeris dan sukar untuk melayan tetamu dari negara lain namun, sebenarnya mereka mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian pelancong.

Hanya mengucapkan salam perkenalan annyung haseyo, ia sebenarnya sudah cukup membuatkan mereka tersenyum mesra. Apatah lagi, apabila kita menggunakan ungkapan yang sedikit nakal seperti saranghae (saya cinta kamu) ataupun jungmal chohayo (saya suka kamu), ia makin memudahkan kita untuk mendapatkan harga yang murah.

Apa yang pasti perjalanan ke Korea sungguh menghiburkan, biarpun penulis hadir sebagai memenuhi tugasan yang diberikan oleh ketua dan tidak mempunyai tempoh persediaan yang lama sebelum berangkat, namun syukur segala-galanya di sana berlangsung dengan baik.

Buat kota Korea dan semua yang telah memberikan kerjasama di sana, gamsa hamida (terima kasih) penulis ucapkan!

Full content generated by Get Full RSS.

Damai alam di Teratak Riverview

Posted:

Damai alam di Teratak Riverview

Damai alam di Teratak Riverview

Oleh BASIR ABU BAKAR


LENGKAP dengan dewan kecil yang mampu memuatkan sehingga 400 orang, Teratak Riverview sering menjadi pilihan untuk aktiviti korporat dan kem bina semangat.


TERLETAK nun di utara negeri Selangor, Hulu Selangor mungkin kurang popular sebagai lokasi persinggahan untuk destinasi cuti-cuti. Namun, jangan terkejut Hulu Selangor yang terletak 68 kilometer dari Kuala Lumpur atau sekitar dua jam perjalanan memandu kereta, mempunyai lebih daripada 14 lokasi menarik untuk dikunjungi.

Hulu Selangor yang terletak di utara Lembah Klang dan berkeluasan 174,047 hektar menjanji lokasi libur yang pasti tidak membosankan sesiapa sahaja yang mahu merasainya.

Lokasi tumpuan yang dituju ialah Teratak Riverview, Kampung Simpang Empat Dalam, Hulu Bernam, Selangor yang telah beroperasi sejak dua tahun dahulu.

Sekilas pandang, Mukim Hulu Bernam nampak biasa tanpa lokasi pelancongan yang menarik. Namun, hanya jauhari mengenal manikam.

Jika diteroka hingga ke penghujung mukim, di sebalik hutan yang menutupi pemandangan Sungai Bernam, terserlah keindahan alam semula jadi yang pasti menggamit sesiapa sahaja.

Syarikat Teratak Bernam Riverview Sdn. Bhd. milik Muhamad Nur Hakim Kasim, merupakan pusat destinasi rehat yang dimajukan sejak tahun 2005 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008. Setiap pengunjung yang tiba pasti akan disambut mesra oleh pemilik resort Teratak Riverview, Hakim yang berusia 55 tahun bersama kakitangannya.

Depan Sungai Bernam

Teratak Riverview merupakan sebuah resort mini yang menawarkan tempat penginapan mampu sewa oleh pengunjung dengan pakej penginapan yang berbaloi untuk wang anda. Resort yang terletak berhadapan dengan Sungai Bernam itu sangat unik kerana lengkap dengan calet kayu, jambatan gantung dan tempat perkhemahan yang luas serta fasiliti yang cukup lengkap untuk keselesaan pengunjung.

Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini antaranya program motivasi, program hari keluarga, meredah hutan, latihan berenang, jalan malam, memancing, rentas halangan, ekspedisi pacuan empat roda, berbasikal, kayak dan tubing.

"Selain menyediakan calet dan asrama, kami juga turut menyediakan sewaan bagi barang keperluan seperti ruang dapur dan khemah untuk kegunaan pengunjung yang mahu bermalam di sini," ujarnya.


JAMBATAN gantung yang terdapat di Teratak Riverview.


Jelas Hakim, keindahan Sungai Bernam yang lebar dan jernih menyebabkan lokasi tersebut juga sering menjadi pilihan orang ramai untuk melakukan rentas hutan, berbasikal, motocross dan menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke Air Terjun Lubuk Kawah.

Teratak Riverview juga menawarkan kemudahan bagi agensi-agensi kerajaan atau syarikat korporat yang mahu mengadakan kursus, seminar, mesyuarat atau hari keluarga.

Terdapat satu bangunan asrama, dewan serbaguna yang boleh memuatkan kira-kira 400 orang, dewan kecil untuk 100 orang dan dewan makan yang besar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved