Jumaat, 2 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pendedahan Hans, Vanida

Posted:

Pendedahan Hans, Vanida

Pendedahan Hans, Vanida

APABILA pelakon-pelakon hebat disatukan dalam sebuah karya seni, hasilnya sudah pasti menjanjikan impak yang terbaik. Malah, idea fantasi misteri yang diadun sedikit dengan elemen komedi di dalam karya terbaharu Afdlin Shauki iaitu Misteri Jalan Lama, menyuntik satu kelainan kepada filem yang hanya menjalani pengambaran selama 28 hari itu.

Watak llya yang dipegang oleh Que Haidar ternyata tidak perlu dipertikaikan lagi. Begitu juga, watak Indra yang dijayakan oleh Hans Isaac dan juga watak puteri bunian yang dibawakan oleh Vanida Imran.

Ternyata watak Indra yang dipegang oleh Hans diakui olehnya mempunyai kesamaan dengan diri sebenarnya.

Bagi Vanida atau lebih senang disapa Vee pula, dia mengaku cukup teruja apabila ditawarkan berlakon sebagai puteri bunian dalam filem Misteri Jalan Lama. Ia juga bukan lakonan pertama Vee dalam cerita arahan Afdlin tetapi sebelum ini isteri kepada Rashidi Ishak itu pernah berlakon dalam filem Setem dan Papadom.

Kosmo! berjaya mendapatkan cerita daripada Hans dan Vanida mengenai filem terbaharu lakonan mereka ini, sekali gus mendedahkan beberapa cabaran dan cerita kurang enak yang berlaku kepada mereka.

Hilang fokus


BABAK cemas membabitkan karakter Indra lakonan Hans Isaac didera kaum Gaus.


Sudah lama tidak melihat kelibat lakonan pelakon kacak Hans Isaac di layar perak. Kali terakhir Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 40, hanya muncul menerusi filem syarikat produksinya, Tall Order Productions iaitu Cuci pada tahun 2008.

Bukan merajuk atau tidak menerima tawaran tetapi menurut Hans dia tidak muncul di layar perak selama beberapa tahun kebelakangan ini kerana sibuk berlakon teater sepenuh masa. Begitupun, pelakon berdarah campuran India, Filipina, Sepanyol dan Serani itu juga mengaku tidak minat dengan genre filem yang ada ketika itu iaitu komedi slaptik dan seram.

"Saya memang selektif dengan kerja. Saya tidak tunggu kerja tetapi saya cari kerja sendiri. Mungkin saya boleh cakap macam ini sebab saya ada pilihan lain iaitu perniagaan saya, Tall Order Productions. Sejak terlibat dengan bidang lakonan lagi saya sudah ada hala tuju tidak mahu fokus pada lakonan semata-mata tetapi dalam masa yang sama bina bisnes sendiri.

"Mengenai filem, saya lebih suka melihat dulu karakter yang akan saya bawa berbanding dengan jalan cerita. Saya terima tawaran untuk membintangi filem ini bukan disebabkan saya baik dengan Adflin tetapi saya suka karakter Indra yang saya bawa begitu juga jalan ceritanya yang bukan hanya mengetengahkan elemen seram semata-mata," katanya ketika ditemui selepas previu filem Misteri Jalan Lama di Cineleisure, Mutiara Damansara.

Mengulas mengenai watak Indra, kata Hans, dia melihat karakter itu seakan-akan menyamai dirinya sendiri. Bersikap antagonis tetapi sebenarnya mempunyai hati yang baik.

Kelainan watak Indra juga berbeza dengan watak yang pernah dilakonkan Hans sebelum ini apabila ia lebih kepada kasih sayang seorang abang terhadap adik angkatnya, llya lakonan Que Haidar.

Dalam pada seronok bercerita mengenai pengalamannya menjayakan filem Misteri Jalan Lama, terselit satu kisah kurang enak yang berlaku kepadanya ketika pengambaran filem itu berlangsung. Hans dikatakan hilang fokus kerana terdapat gangguan daripada pihak luar yang hadir untuk 'menunggu' pasangannya berlakon. Namun hal itu akhirnya dapat diatasi.


JELITA. Penampilan Vanida sebagai permaisuri bunian dalam Misteri Jalan Lama.


"Banyak cabaran yang saya hadapi selama pengambaran filem ini. Selama dua bulan setengah saya tidak boleh cukur jambang. Saya juga kena minum air yang banyak untuk memboyotkan perut saya dan membesarkan badan saya untuk menjayakan watak Indra seorang kaki judi dan pelumba kereta.

"Selain itu, saya juga terpaksa mengambil alih peranan Afdlin sebagai pengarah selama tiga hari kerana dia ditahan wad akibat keracunan makanan. Saya terima tanggungjawab itu sebab dia kawan saya namun pada masa yang sama saya kerap ulang-alik ke hospital untuk meminta pandangannya.

Hans turut diminta untuk mengulas mengenai gandingan pertamanya bersama Que Haidar.

"Walaupun kami tidak rapat, sebagai seorang pelakon saya akui dia memang berbakat. Saya kecewa kerana sekarang dia tidak lagi berlakon," ulasnya.

Mengulas tentang Neelofa pula, kata Hans, dia dan pelakon jelita berasal dari Kelantan itu sedang berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Menurut Hans, jika persahabatan yang terjalin berjalan dengan lancar Hans terima dengan hati terbuka.

"Saya hanya boleh beritahu, kami sekarang sedang mengenali hati budi masing-masing. Saya tidak boleh berkata lebih lanjut kerana ia sensitif," ujarnya yang sebelum ini pernah bercinta dengan model dari Brazil.

Muka dilateks

Memegang watak sebagai puteri bunian, Vee ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, cabaran paling besar yang dihadapinya ketika menjayakan watak itu ialah apabila matanya terpaksa 'dilubangkan' dan seolah-olah dia tidak mempunyai muka.


AFDLIN SHAUKI (kanan) yang menghidupan karakter ketua kaum Gaus berlawan dengan karakter lakonan Que Haidar dalam satu babak menarik Misteri Jalan Lama.


"Selalunya orang akan berlakon dengan mempamerkan reaksi muka tetapi saya terpaksa menumpukannya pada pergerakan badan dan cara saya melontarkan dialog. Tiada reaksi muka langsung dan hampir 80 peratus saya tidak mempunyai wajah dalam filem ini. Muka saya dilatekskan serta mata saya dilubangkan setiap hari pengambaran. Memang saya kena banyak berlakon dengan menggunakan imaginasi. Tetapi itulah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai seorang pelakon, ujarnya.

Bercerita tentang wataknya, kata Vee, dia melakonkan watak sebagai ibu Que Haidar. Selepas suaminya dibunuh dia terpaksa mengambil alih sebagai permaisuri orang-orang bunian sebelum menunggu anaknya Que datang kembali untuk mengambil alih tampuk kepimpinannya.

Apabila diminta mengulas tentang pengacara baharu program Nona iaitu Neelofa dan fara Fauzana, Vee enggan memberi sebarang komen, sebaliknya berkongsi tentang cabaran yang dilalui sepanjang mengacarakan program tersebut.

"Ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana ketika itu saya bukan sahaja bekerja sebagai seorang selebriti, sebaliknya sebagai seorang wartawan," katanya ringkas.

Selepas habis kontrak bersama Nona, Vee tidak putus tawaran lain apabila dia kini terlibat sebagai pengacara untuk program baru Dumex terbitan Astro.

Dia juga kini sibuk dengan promosi sebagai duta susu Dumex, spa True Harmony dan ubat gigi Darlie.

Full content generated by Get Full RSS.

Muzik Stomp gegar KL

Posted:

Muzik Stomp gegar KL

Muzik Stomp gegar KL

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


STOMP telah memulakan persembahan mereka sejak 29 November lalu dan berakhir pada 4 Disember ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


PADA kebiasaannya peralatan seperti tong sampah, baldi atau penyapu adalah peralatan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian di rumah. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa ia boleh berfungsi sebagai alat muzik.

Itulah yang dibuktikan oleh sebuah kumpulan muzik yang dikenali sebagai Stomp. Uniknya tentang kumpulan berkenaan apabila mereka tampil dengan persembahan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menghasilkan ritma muzik yang menarik.

Serba sedikit tentang sejarah kumpulan yang mula dibentuk pada tahun 1991 di Brighton, United Kingdom, ia adalah hasil ilham dan kolaborasi dua orang sahabat iaitu Luke Cresswell dan Steve McNicholas.

Kini setelah 20 tahun ditubuhkan, kumpulan yang dianggotai oleh 12 anak muda daripada pelbagai negara itu telah membuat persembahan di merata tempat termasuk di West End dan Broadway.

Pengarah Persembahan Stomp, Danisha Brown ketika ditemui berkata, sehingga kini sudah 15 juta penonton telah dihiburkan dengan hanya menghasilkan ritma muzik menerusi peralatan seperti tong sampah atau baldi.

"Selain menggunakan peralatan yang biasanya terdapat di setiap rumah untuk menghasilkan pelbagai jenis muzik, kami turut menyelitkan elemen tarian dan komedi dalam setiap persembahan.

"Walaupun ahli Stomp terdiri daripada rakyat pelbagai negara seperti United Kingdom, Denmark, Australia dan Amerika Syarikat, mereka tidak sukar untuk mencari keserasian dalam menghasilkan muzik yang mempersonakan penonton," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Brown, untuk tampil dalam sesebuah pementasan, setiap anggota kumpulan memerlukan kekuatan fizikal memandangkan banyak tenaga dan stamina digunakan semasa membuat persembahan.

Menurutnya, setiap ahli kumpulan tersebut sememangnya memerlukan latihan yang lebih giat sehingga lapan jam sehari serta tempoh sekurang-kurangnya dua bulan bagi membentuk persembahan dengan rentak yang harmoni.

"Memang ia adalah sesuatu yang cukup meletihkan buat kami kerana adakalanya kami terpaksa mengangkat tong yang terlalu berat. Namun, apa yang membuat kami puas apabila penonton suka dengan persembahan yang ditampilkan," ujarnya.

Turut berkongsi tentang pengalaman bersama Stomp adalah Peter Nielsen yang memberitahu sejak menyertai kumpulan tersebut pada tahun 1995, ia telah banyak mempengaruhi kehidupan sehariannya.

Menurut Nielsen, Stomp seolah-olah adalah menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya. Misalnya, cara berpakaian ketika membuat persembahan adalah sama dengan kehidupan di luar pementasan.

"Walaupun latar belakang kami agak berbeza kerana berlainan negara, kami mampu menikmati kehidupan sebagai sebuah keluarga. Apatah lagi kami selalu pergi ke merata-rata tempat untuk membuat persembahan bersama.

"Tentang idea untuk menghasilkan ritma muzik pula, selalunya ia berdasarkan kepada keadaan bunyi yang didengari di sekeliling dan ia telah banyak memberi ilham untuk kami mencipta ritma persembahan,"ujarnya yang merupakan bekas pemain dram sebelum ini.


ANGGOTA Stomp perlu mempunyai stamina yang tinggi untuk membuat persembahan. Mereka menjalani rutin latihan lapan jam sehari.


Kembali ke Malaysia

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebelum ini kumpulan Stomp sebenarnya pernah membuat persembahan di Malaysia.

Ia berlangsung di Istana Budaya pada tahun 2005.

Setelah enam tahun berlalu, kumpulan berkenaan telah kembali semula membuat persembahan di negara ini yang bermula pada 29 November lalu dan berakhir pada 4 Disember ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut Brown, kunjungan mereka ke Malaysia adalah sebahagian daripada siri jelajah Stomp '11 yang dilakukan di beberapa buah negara sempena sambutan ulang tahun yang ke-20 penubuhan mereka.

"Berbanding dengan pementasan pertama dahulu, kali ini kami akan tampil dengan aksi yang lebih menarik lagi.

"Antaranya ialah persembahan empat buah lagu baharu serta penggunaan peralatan tambahan seperti tayar lori, bola keranjang dan sinki dapur," jelasnya.

Mereka memilih Malaysia sebagai lokasi terakhir untuk siri jelajah pada tahun ini sebelum meneruskan perancangan untuk siri persembahan di beberapa buah negara Eropah pada tahun hadapan.

Orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan Stomp boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi Tikcketpro (03-7880 7999) atau menerusi laman sesawang www.ticketpro.com.my. Tiket-tiket berharga RM305, RM265, RM215, RM165 dan RM75 (pelajar).

Full content generated by Get Full RSS.

Adele disaran berhenti merokok

Posted:

Adele disaran berhenti merokok

Adele disaran berhenti merokok


ADELE


BEKAS perokok tegar, penyanyi veteran Boy George menyarankan supaya penyanyi muda popular masa kini, Adele berhenti merokok. Vokalis kumpulan Culture Club itu berhenti merokok sejak awal tahun ini dan atas dasar keprihatinan terhadap bakat Adele dalam dunia muzik hari ini, Boy George merayu penyanyi lagu hit, Rolling in the Deep itu menghentikan tabiat buruknya itu sebelum terlambat.

Ini kerana Adele baru-baru ini telah mengalami masalah dengan vokalnya akibat daripada ketagihannya terhadap rokok.

Ujar Boy George kepada akhbar Daily Mirror: "Jika anda penyanyi, rokok bukan sesuatu yang baik untuk vokal anda. Saya sudah lama cuba berhenti merokok dan syukur kerana akhirnya kini berjaya menghentikan tabiat buruk itu. Jadi saya ingin berpesan kepada ikon masa kini, Adele yang menghadapi masalah vokal akibat merokok itu, hentikan sahaja tabiat buruk itu sebelum ia terlambat."

Adele sebelum ini terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang masalah kesakitan yang dialaminya pada bahagian tekak yang dikatakan impak daripada tabiat merokok sehingga dia terpaksa membatalkan konsert jelajahnya di Eropah dan Amerika Utara baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved