Selasa, 22 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lebih 23,000 rumah dibina SPNB

Posted:

Lebih 23,000 rumah dibina SPNB

Lebih 23,000 rumah dibina SPNB

22/11/2011 4:09pm

KUALA LUMPUR — Sebanyak 14,467 unit kediaman melalui projek Rumah Mampu Milik (RMM) dan 8,648 unit projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) telah dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertanggungjawab melaksanakan kedua-dua projek berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan Senator, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, ia melibatkan kos RM1,268.5 juta untuk projek RMM dan RM604 juta untuk RMR.

Ini membabitkan pembinaan unit rumah dan kos sepanjang 2008 hingga 2011, katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kepada soalan tambahan Mohd Jidin mengenai projek rumah terbengkalai, Donald berkata, ia berlaku disebabkan faktor seperti kekangan kewangan di pihak kontraktor dan masalah reka bentuk.

Donald berkata, SPNB telah diminta melantik kontraktor berkualiti bagi mengelak projek yang dijalankan daripada menghadapi masalah.

Menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), beliau berkata projek yang dijalankan adalah melalui proses tender terbuka dan melalui proses yang adil. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pahang diramal banjir Disember ini

Posted:

Pahang diramal banjir Disember ini

Pahang diramal banjir Disember ini

22/11/2011 4:07pm

KUANTAN — Cuaca di Pahang yang mengalami hujan dan mendung ketika ini dijangka tidak akan mengakibatkan banjir dalam tempoh terdekat ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang, Md Kamsan Hamdan berkata cuaca hujan dijangka berterusan sehingga esok, namun tidak dibimbangi akan menyebabkan banjir seperti yang sedang berlaku di Terengganu ketika ini.

"Hujan didapati turun di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin, namun pihak Jabatan Meteorologi Pahang menjangkakan ia belum boleh menyebabkan banjir," katanya kepda Bernama di sini, hari ini.

Md Kamsan berkata, hujan lebat hanya diramalkan berlaku pada Disember ini yang mungkin menyebabkan berlakunya banjir di beberapa daerah di Pahang.

"Bagaimanapun kita meminta orang ramai supaya bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi banjir dan pihak kami akan sentiasa memantau keadaan cuaca," katanya.

Beliau berkata, pemantauan di sungai-sungai utama di Pahang juga mendapati masih berada di paras normal. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

4,000 kampung WiFi tahun depan

Posted:

4,000 kampung WiFi tahun depan

4,000 kampung WiFi tahun depan

22/11/2011 4:06pm

KUALA LUMPUR — Kira-kira 4,000 kampung WiFi dijangka diwujudkan di seluruh negara pada akhir tahun depan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, kini terdapat hanya 1,400 kampung WiFi di Perlis, Sabah dan Sarawak.

"Kita juga dalam proses untuk membina menara elektronik di Sabah dan Sarawak, dengan itu hasrat kita untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah komuniti Internet adalah boleh.

"Pada masa yang sama, kita akan beri peluang untuk usahawan kecil dan sederhana mendaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi dalam talian bagi menjalankan projek ini" katanya pada sesi soal jawab selepas pelancaran Dapatkan Perniagaan Dalam Talian Malaysia anjuran Google Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata purata kos projek ini bagi setiap kampung ialah kira-kira RM25,000 hingga RM32,000. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved