Ahad, 20 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki berat I50kg tamatkan larian 10km

Posted:

Lelaki berat I50kg tamatkan larian 10km

Lelaki berat I50kg tamatkan larian 10km

20/11/2011 6:54pm

GEORGE TOWN — Walaupun berat badannya 150 kg tidak menyukarkan Yong Kah Leong menamatkan larian dalam kejohanan "Allianz Penang Bridge International Marathon (APBIM)" sejauh 10 km di sini hari ini.

Berumur dalam lingkungan 30-an lelaki itu berjaya menyudahkan larian hasil persediaan yang dibuatnya selama tiga bulan sebelum acara itu berlangsung.

Kah Leong yang pertama kali menyertai acara maraton itu berkata, dia menjalani sesi latihan secara berkala meluangkan masa satu hingga dua jam setiap hari berlari sejauh dua kilometer selain mengamalkan pemakanan sihat sejak beberapa bulan yang lalu "Saya juga kurangkan mengambil makanan berkalori tinggi dan ini satu cabaran besar yang saya hadapi," katanya kepada pemberita.

Katanya, biarpun pada mulanya tertinggal jauh di belakang peserta lain namun sorak galakan daripada rakan sepasukan dan peserta lain menguatkan hatinya untuk menamatkan larian dalam masa dua jam lima minit.

"Pada peringkat awal kaki terasa kebas seperti tidak mampu lagi meneruskan larian. Namun rakan-rakan sepasukan tidak jemu memberi semangat sepanjang larian yang memberi kekuatan kepada saya," katanya.

Kah Leong yang bertugas sebagai pengurus acara di Syarikat Proton Bhd berharap semangat yang ditunjukkannya menjadi inspirasi kepada golongan sepertinya supaya kekal cergas menjalani hidup sihat biarpun berat badan berlebihan.

"Dengan azam dan keyakinan diri yang kuat kita mampu mencapai apa sahaja yang kita impikan. Jangan meragui kekuatan diri dan bersedialah untuk melakukan perubahan," tambahnya dengan semangat. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pekerja maut, letupan di Pantai Remis

Posted:

Pekerja maut, letupan di Pantai Remis

Pekerja maut, letupan di Pantai Remis

20/11/2011 5:16pm

IPOH — Seorang pekerja sebuah syarikat menjual besi buruk di pekan Pantai Remis, 120 kilometer dari sini, terbunuh selepas satu letupan berlaku di premis berkenaan hari ini.

Mangsa, Abdul Razak Mohd Nor, 32, dari Pantai Indah, yang cedera parah, meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman berkata dalam insiden 1.38 petang itu, Abdul Razak dikatakan mengetuk beberapa barangan besi di premis tersebut apabila satu letupan kuat berlaku, menyebabkan mangsa tercampak.

Beliau berkata polis masih menyiasat dan mengumpul maklumat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Setakat ini, kematian Abdul Razak diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut, katanya ketika dihubungi.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran yang berlaku selepas letupan itu. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar maut bot langgar batu karang

Posted:

Pelajar maut bot langgar batu karang

Pelajar maut bot langgar batu karang

20/11/2011 5:12pm

LANGKAWI — Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut setelah bot yang dinaikinya melanggar batu karang di persisiran pantai Kok di sini semalam.

Abu Huzaifah Muhammad Hamzah, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra Langkawi dipercayai maut akibat luka parah di badannya dalam kejadian itu.

Mayat pelajar itu ditemui pada Maghrib semalam.

Bapa pelajar itu, Muhammad Hamzah Abdullah yang juga pemilik ladang kuda di sini, berkata kejadian itu merupakan yang kedua membabitkan anaknya yang maut.

Anak sulungnya, Umar Hafidz maut akibat kemalangan jalan raya tidak jauh dari Pantai Kok 10 tahun lepas, katanya.

Semasa kejadian Abu Huzaifah bersama lapan rakannya menaiki bot untuk merehatkan minda selepas beberapa hari menduduki peperiksaan SPM, kata Muhammad Hamzah. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved