Sabtu, 12 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tiga beradik dibantu Dr. Rozmey

Posted:

Tiga beradik dibantu Dr. Rozmey

Tiga beradik dibantu Dr. Rozmey

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

ROZMEY (kanan) berbual dengan Muhd. Iqmal (dari kiri), Muhd. Kamil Rizman dan Muhd. Kamil Radzuan di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Kesedihan tiga beradik yatim piatu selepas kehilangan ibu yang maut dalam kemalangan awal pagi kelmarin sedikit terubat apabila mereka diambil sebagai anak angkat oleh seorang pengusaha produk kesihatan terkenal.

Presiden dR. Rozmey Group, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, beliau akan menanggung segala perbelanjaan sara hidup bulanan termasuk belanja sekolah tiga beradik itu.

"Saya berhajat untuk mengambil tiga beradik ini sebagai anak angkat dan perbelanjaan sara hidup setiap bulan akan saya tanggung.

"Sekiranya ketiga-tiga beradik ini cemerlang dalam pelajaran dan mahu melanjutkan pengajian ke universiti, saya juga akan tanggung perbelanjaan untuk menghantar mereka ke sana," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke rumah Abdullah Hassan, 66, bapa saudara kepada tiga beradik yatim piatu iaitu Muhd. Iqmal Roslan, 16; Muhd. Kamil Rizman, 14; dan Muhd. Kamil Radzuan, 13, di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Ibu mereka, Basarah Saad, 45, yang merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Tajar di sini, maut akibat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Behrang, Perak.

Basarah terkorban selepas dia turun dari bas yang dinaikinya untuk membantu mengeluarkan rombongan sekolah yang terperangkap dalam sebuah bas lain yang terbalik.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penoreh getah temui ajal disengat lebah

Posted:

Penoreh getah temui ajal disengat lebah

Penoreh getah temui ajal disengat lebah

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


MOHD AZRI melakonkan aksi Ameen menjirus air ke badannya semasa disengat lebah di ladang getah Kampung Tanah Pinggir Meriang, Nyalas, Jasin semalam.


JASIN – Seorang penoreh getah maut apabila diserang sekumpulan lebah ganas ketika dia dalam perjalanan untuk menoreh getah di ladang getah milik ibunya di Kampung Baru, Tanah Pinggir Meriang, Nyalas di sini pada pukul 3.15 petang kelmarin.

Mangsa, Ameen Md. Tahir, 32, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Bekoh selepas terkena lebih 100 sengatan pada muka dan badannya.

Turut disengat lebah tersebut ialah anak saudara mangsa, Mohd. Azri Abdullah, 31, yang tiba di ladang tersebut kira-kira 10 minit selepas mangsa diserang serangga berkenaan.

Dia bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami bengkak pada belakang badan akibat puluhan sengatan lebah tersebut.

Mohd. Azri berkata, mangsa menuju ke ladang berkenaan menunggang motosikal bersendirian dari rumah ibunya di Kampung Abbey kira-kira enam kilometer dari ladang itu pada pukul 3 petang manakala dia hanya keluar 10 minit kemudian juga dengan menunggang motosikal.

"Ketika hampir tiba di ladang, tiba-tiba saya diserang sekumpulan lebah dan disengat pada muka serta badan. Saya terus memecut laju bagi melarikan diri namun lebah-lebah ini berterusan menyengat saya.

"Namun, kira-kira 200 meter, saya memberhentikan motosikal apabila melihat motosikal arwah terbalik di atas jalan manakala arwah sedang kelam-kabut menjirus badannya dengan air di tepi sebuah tong bagi mengelakkan sengatan lebah," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, Ameen kemudian melompat ke dalam tong berisi air itu namun, lebah tersebut masih dapat menyengatnya kerana air di dalam tong berkenaan sedikit.

Mohd. Azri memberitahu, akibat tidak tahan sakit disengat, dia dan Ameen yang membonceng motosikalnya beredar dari situ namun, kumpulan lebah tersebut terus mengekori dan menyengat mereka sehingga kira-kira 300 meter lagi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Gemar menyendiri punca penyakit mental

Posted:

Gemar menyendiri punca penyakit mental

Gemar menyendiri punca penyakit mental

KUALA LUMPUR – Golongan yang suka menghabiskan masa seorang diri tanpa menghiraukan kewujudan ahli keluarga dan sahabat handai berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental.

Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Jabatan Psikiatri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain menjelaskan, disebabkan sikap gemar menyendiri itu, masa yang sepatutnya dihabiskan bersama rakan atau keluarga dibazirkan dengan perbuatan yang tidak berfaedah seperti melayari Internet atau bermain permainan video.

"Pada saat golongan ini berada dalam kesusahan, mereka akan berhadapan dengan kesukaran kerana tidak tahu bagaimana untuk meminta tolong kerana kurangnya kemahiran berinteraksi.

"Masalah yang tidak berjaya diselesaikan itu seterusnya akan dipendam, menyebabkan mereka murung dan seterusnya menjadi pesakit mental," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa pesakit mental di negara ini akan meningkat sebanyak 16 peratus menjelang 2020.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved