Sabtu, 5 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harga ikan, sayur naik mendadak

Posted:

Harga ikan, sayur naik mendadak

Harga ikan, sayur naik mendadak

PENGGUNA terpaksa membeli barangan basah di Pasar Besar Alor Setar, Kedah pada harga yang lebih mahal semalam.


ALOR SETAR - Harga barang keperluan harian, terutamanya barang basah, di negeri ini seperti ikan dan sayuran naik mendadak didakwa berpunca daripada banjir besar yang melanda Thailand sejak Oktober lalu.

Kebanyakan peniaga memberi alasan pemborong terpaksa menaikkan harga kerana Thailand merupakan pengeksport utama barangan berkenaan ke negara ini.

Seorang peniaga, Mohd. Zakuan Nasir, 25, berkata, dia terpaksa menaikkan harga barangan walaupun menerima rungutan daripada pembeli.

"Kerana banjir di Thailand, harga cili merah naik mendadak. Kalau dulu sekilogram cili merah kami jual antara RM8 hingga RM10 tapi bila berlaku banjir, harga itu meningkat kepada RM15 sekilogram," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar di sini semalam.

Harga sayur sawi di pasar berkenaan bagi setiap sekilogram adalah RM3.50 berbanding sebelum ini RM2.50, tomato RM5 (RM4), limau nipis RM5 (RM3), kacang bendi RM3 (RM1.50) dan timun RM3.50 (RM2).

Seorang lagi peniaga, Abdul Salim Sheikh Mohamand, 52, pula berkata, peniaga juga terpaksa menaikkan harga ikan kerana bekalan ikan semakin berkurangan disebabkan ketiadaan bekalan ikan dari Thailand.

"Keadaan sekarang ini sedikit gawat kerana bekalan ikan kurang, sebab itu harga naik. Kalau ikan banyak, harga akan murah," kata Abdul Salim.

Bagi harga ikan pula, bawal dijual RM6 sekilogram berbanding RM5 sebelum ini, bawal hitam RM25 (RM22), jenahak RM30 (RM25), siakap RM25 (RM22) dan selayang RM8 (RM6).

Sementara itu, di Kuala Terengganu, bekalan minyak sawit di daerah ini didapati berkurangan sejak beberapa hari lalu apabila rak-rak minyak masak di beberapa buah pasar raya didapati kosong atau kalau ada pun jumlahnya terhad.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati orang ramai merungut kerana mereka terpaksa pergi ke beberapa buah kedai sebelum dapat membeli minyak masak kerana bekalannya dikatakan berkurangan sejak seminggu lalu.

Seorang kakitangan kerajaan, Fauzi Muhammad, 26, memberitahu, sejak beberapa hari lalu minyak masak di kedai runcit di kampungnya telah kehabisan menyebabkan dia terpaksa mencari bekalan itu di pasar raya.

"Tetapi saya agak hampa apabila kebanyakan pasar raya juga kehabisan stok dan beberapa buah lagi pasar raya didapati bekalannya pula terhad," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang pekerja sebuah pasar raya yang hanya dikenali sebagai Ain memberitahu, bekalan minyak peket satu kilogram sudah terputus bekalan sejak lebih seminggu lalu.

"Minyak botol lima kilogram pula sudah kehabisan semalam (kelmarin) tetapi pada hari ini (semalam) stok baharu sampai tetapi hanya sedikit," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Gajah liar ancam kampung

Posted:

Gajah liar ancam kampung

Gajah liar ancam kampung

Oleh FARHATUL KHALIDAH
ZAINAL ABIDIN
berita@kosmo.com.my


TANAMAN penduduk seperti getah dan pisang musnah akibat diceroboh gajah liar di Kampung Keladan, Rompin kelmarin.


ROMPIN – Penduduk Orang Asli Kampung Keladan berhampiran Kampung Aur di sini kerugian besar apabila dua ekor gajah liar memusnahkan tanaman mereka kelmarin. Gajah yang dipercayai datang dari Hutan Simpan Bukit Ibam itu telah memusnahkan tanaman sara hidup seperti pisang, anak pokok kelapa sawit, getah, buluh, kelapa dan pokok pinang.

Kejadian itu menyebabkan penduduk mula bimbang dengan keselamatan nyawa mereka kerana serangan itu berlaku pada sebelah malam. Seorang penduduk, Awang Mansur, 49, berkata, dia melihat kelibat dua ekor gajah itu pada waktu malam apabila haiwan itu masuk ke kebunnya dan memusnahkan pokok getah, pinang dan pisang. Katanya, dua ekor gajah dipercayai ibu dan anak itu mengeluarkan suara yang kuat hingga mengejutkannya daripada tidur lalu mengundang rasa cemas mereka sekeluarga yang berada di rumah yang terletak 10 meter sahaja dari kebun.

"Saya sempat membakar mercun untuk menghalau gajah tersebut tetapi tidak berkesan sebaliknya haiwan itu terus mengganas dengan memusnahkan tanaman selain memakan umbut kelapa sawit dan getah," katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Lachai Chukin, 76, pula berkata, dia tidak mengetahui punca anjing peliharaannya menyalak sejak dua malam berturut-turut sehinggalah diberitahu jirannya tentang kejadian serangan gajah itu.

"Saya ingat rumah saya dimasuki pencuri tetapi rupa-rupanya kebun saya diceroboh gajah menyebabkan pagar yang menempatkan tanaman pisang rosak," katanya. Katanya, dia terkejut apabila melihat kesan tapak kaki dan najis gajah berselerak di dalam kebunnya pagi kelmarin hingga mengundang rasa takut kepada keluarganya setiap kali menjelang malam. "Saya mungkin akan menjadi mangsa keganasan haiwan ini jika ia tidak dipindahkan semula ke habitat asal," katanya.

Jala Heng, 64, berkata, kampung itu pernah dimasuki kumpulan gajah pada awal tahun lalu namun tanaman mereka tidak musnah teruk seperti yang berlaku kelmarin. Katanya, penduduk percaya kumpulan gajah itu masih berada di kawasan belakang kampung berkenaan kerana sering terdengar suara gajah dan ia dipercayai keluar pada waktu malam untuk mencari makanan. "Siang mungkin gajah berkenaan akan ke hutan tetapi bila malam, ia keluar merayau-rayau ke kebun-kebun berhampiran rumah penduduk," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Aur, Nura Hamidi Mat berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) digesa supaya mengambil tindakan segera dengan memindahkan gajah-gajah liar itu ke habitat yang lebih sesuai kerana nyawa penduduk di situ terancam. Nura Hamidi berkata, penerokaan hutan di kawasan hutan simpan Bukit Ibam dipercayai menjadi punca utama gajah itu keluar dari habitat asalnnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pertahankan kesatuan ummah

Posted:

Pertahankan kesatuan ummah

Pertahankan kesatuan ummah


NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berdoa selepas selesai menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram, Mekah kelmarin.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam perlu terus mempertahankan kesatuan ummah yang merupakan tunjang kepada kekuatan Islam.

Perdana Menteri berkata, banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan umat Islam selain kekuatan yang ada boleh dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada di dalam mahupun di luar negara.

"Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut hari ini. Perutusan itu disiarkan dalam blognya, www.1Malaysia.com.my.

Menyifatkan kesatuan ummah merupakan pengajaran terpenting yang terkandung dalam sambutan Aidiladha, Najib berkata, perintah Allah S.W.T yang mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan zikir yang sama, jelas menunjukkan umat Islam adalah umat yang bersatu.

"Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T, maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidiladha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam," katanya.

Perdana Menteri bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang mengerjakan haji di tanah suci juga menyarankan agar sambutan Aidiladha dapat diraikan melalui semangat 1Malaysia yang turut memperlihatkan kepentingan nilai-nilai pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara.

Sementara itu, di Mekah, operasi membawa jemaah haji Malaysia ke Arafah kira-kira 21 kilometer dari bandar itu tamat pada kira-kira pukul 5 pagi semalam (10 pagi waktu Malaysia) dan semua 28,000 jemaah haji Malaysia sudah berada di Arafah untuk berwukuf.

Bagi ibadah wukuf, jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari (waktu Zuhur, pukul 12.05 waktu Mekah) dan kemudian berangkat ke Muzdalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved