Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Penduduk Gombak Setia gotong-royong kenduri kampung
- Polis SPT lawat loji Percetakan Utusan Seberang Jaya
- 568 pelajar dewasa Orang Asli tamat belajar
Penduduk Gombak Setia gotong-royong kenduri kampung Posted: Penduduk Gombak Setia gotong-royong kenduri kampung
GOTONG-ROYONG. Penduduk di Gombak Setia, Selangor mengadakan program gotong-royong kenduri kampung bersama masyarakat baru-baru ini. Pengerusi program, Mohamad Mustafa Latif berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk menghidupkan semula konsep gotong-royong terutama dalam kalangan penduduk bandar. Selain gotong-royong menyediakan makanan, penduduk turut mengadakan aktiviti tazkirah, tahlil dan doa selamat di Madrasah Al-Hilaliah manakala Forum Perdana Ehwal Islam dijalankan di padang Sekolah Menengah Gombak Setia. Full content generated by Get Full RSS. | |
Polis SPT lawat loji Percetakan Utusan Seberang Jaya Posted: Polis SPT lawat loji Percetakan Utusan Seberang JayaAZMAN (lima dari kanan) dan Azli (enam dari kanan) bersama rombongan polis daerah SPT bersama kakitangan Utusan di Loji Percetakan Utusan Melayu di Seberang Jaya baru-baru ini. MELAWAT. Kira-kira 50 pegawai dan anggota polis dari daerah Seberang Perai Tengah (SPT) meluangkan masa melawat Loji Percetakan Utusan Melayu (M) Berhad di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini. Rombongan diketuai Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah dan dalam lawatan hampir sejam itu, mereka diberi penerangan oleh Pengurus Loji Percetakan, Azli Hassan tentang operasi dan proses pencetakan akhbar. Sempena kunjungan itu juga, kira-kira 60 kakitangan Utusan mendaftarkan diri sebagai Rakan Cop menerusi kaunter yang dibuka oleh pihak polis. Full content generated by Get Full RSS. | |
568 pelajar dewasa Orang Asli tamat belajar Posted: 568 pelajar dewasa Orang Asli tamat belajarMOHAMAD bergambar bersama masyarakat Orang Asli pada Majlis Penyampaian Sijil Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi di Jelebu baru-baru ini. BERILMU. Selepas mengharungi pelbagai dugaan, akhirnya seramai 568 pelajar dewasa dari masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan berjaya menamatkan Kelas Dewasa Ibu bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (Kedap). Kejayaan mereka itu lebih bermakna apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri menyerahkan sijil kepada mereka pada satu majlis di Sekolah Kebangsaan Putra, Jelebu baru-baru ini. Mohamad menjelaskan, program Kedap merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan yang berkualiti. Katanya, sejak Kedap dilaksanakan pada 2008, bilangan Orang Asli dewasa yang buta huruf kian berkurangan dan program itu juga semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat berkenaan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan