Selasa, 22 November 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Ciri DSLR kompak Olympus

Posted:

Ciri DSLR kompak Olympus

Ciri DSLR kompak Olympus

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

APABILA memerhatikan kelompok generasi muda hari ini yang menghabiskan waktu senggang sama ada di taman-taman awam mahupun di kompleks beli-belah, rata-ratanya mereka membawa sebuah aksesori wajib alaf ini iaitu kamera.

Daripada seringkas-ringkas fungsi kamera kompak hinggalah kepada kamera DSLR yang mewakili tahap pengguna intermediate atau profesional, ternyata kegilaan terhadap fotografi begitu ketara dewasa ini.

Meskipun begitu, sebahagian besar pengguna kamera masih berkehendakkan sesuatu yang relevan dengan gaya hidup mereka. Antara ciri yang sering diidamkan adalah gajet yang mudah dibawa, berkuasa dan mampu memberikan hasil fotografi terbaik.

Pada masa yang sama, pelbagai respons daripada pengguna kamera berprestasi tinggi seperti DSLR telah diterima. Mereka lazim memberi alasan bahawa gajet itu dimiliki atas sebab minat mendalam terhadap fotografi, memuaskan rasa ingin tahu terhadap teknologi canggih dan juga membantu tugasan berskala tinggi.

Hakikatnya, sebahagian daripada mereka hanya terperangkap dalam trend ikut-ikutan semasa dan pengaruh rakan sebaya yang sudah pun memilikinya.

Sebagai contoh, membawa kamera DSLR dalam sesebuah perjalanan atau kembara lasak akan menimbulkan beberapa isu seperti faktor saiz dan berat yang mengambil banyak ruang simpanan serta menjejaskan ciri mudah bawa.

Kesenangan mengendali model DSLR juga bergantung kepada kecekapan penggunanya menukar tetapan dalam situasi yang pantas berubah.


FUNGSI penstabilan imej membantu hasil mod Night Scene yang baik walaupun foto ini diambil tanpa menggunakan tripod.


Dari sudut lain, kamera digital kompak mungkin boleh menjadi penyelamat, namun mampukah ia memberi hasil fotografi yang memuaskan?

Selari dengan permintaan konsumer yang berhadapan situasi sebegitu, pengeluar jenama kamera terkemuka, Olympus (Malaysia) memperkenalkan rangkaian produk terkini mereka melalui siri PEN.

Bermula pada Jun 2009, syarikat tersebut telah mengumumkan model PEN E-P1, sejenis kamera digital dengan lensa boleh tukar menggunakan sistem Micro Four Thirds (MFT).

Tradisi PEN diteruskan dengan pengenalan model E-P2 dan E-P3 yang memiliki keupayaan tambahan seperti pencari pandangan (viewfinder) elektronik resolusi tinggi dan Art Filter.

Sepanjang tahun 2010 juga, rangkaian Olympus PEN Lite E-PL1, E-PL2 dan E-PL3 yang lebih ringan dan kompak menemui peminatnya. Ia diikuti dengan model Olympus PEN Mini E-PM1 yang dilengkapi flash, video HD dan ciri skrin sentuh.

Rombongan fotografi


KESAN istimewa menggunakan filter Grainy Film adalah rakaman imej pegun bertukar menjadi hasil hitam putih yang klasik.


Para petugas media baru-baru ini telah dijemput oleh pihak Olympus (Malaysia) untuk mengikuti rombongan ke Singapura untuk mencuba rangkaian produk PEN. Di republik itu, slogan Happy Photography yang dibawakan jenama tersebut mula diteroka sendiri oleh para wartawan yang masing-masing dipinjamkan dengan kamera siri PEN.

Penulis telah mencuba Olympus PEN Lite E-PL3, iaitu model dengan fungsi pertengahan.

Penolong Pengurus Besar Olympus, Yong Kee Nyap sempat menerangkan mengenai keunikan reka bentuk dalaman kamera sistem kompak (CSC) yang berbeza daripada DSLR.

"Pereka kami tidak menggunakan sustem refleks cermin sebaliknya lensa ditempatkan lebih dekat dengan sensor. Itu membolehkan pihak pengeluar mengecilkan saiz dan berat kamera tanpa perlu mengurangkan upaya sensor," ujarnya.

Itulah keistimewaan E-PL3. Ia memiliki upaya sensor yang lebih besar daripada kamera kompak tetapi kesemua mekanisme itu 'dipadatkan' dalam pakej yang lebih kecil dan ringan. Generasi kamera terbaharu itu juga tidak mengetepikan aspek kepantasan.

Mengambil gambar dalam situasi pelbagai kini lebih mudah dan lekas. Hal itu disumbangkan jentera dalaman yang membenarkan waktu respons pantas, iaitu ketika kamera memfokus saat butang shoot ditekan mahupun ketika melihat hasil paparannya di skrin.

Sistem autofokus (AF) 35 poin terbaharu Olympus didakwa sebagai yang paling pantas dalam pasaran. Pencahayaan AFnya juga amat membantu ketika persekitaran semakin gelap.

Kelebihan itu memberi hasil ketepatan yang baik, biarpun ketika mengambil subjek utama yang tidak berada di tengah-tengah bingkai pandangan.


PENGGUNAAN Dramatic Tone menjadi kegemaran mereka yang mahu menghasilkan seni kanvas dalam warna eksentrik dan seterusnya membawa pelbagai tafsiran penceritaan.


"Pengguna akan dapati panel atas kamera ini menyediakan mod dail untuk fungsi automatik dan manual yang mudah digunakan. Selain itu, terdapat juga butang alternatif mod video HD yang secara ergonomik ditempatkan di kedudukan ibu jari," jelas Yong.

Sesekali ingin merakam detik istimewa, butang rakaman video siap berfungsi dengan sekali sentuh. Resolusi yang ditawarkan adalah memadai untuk tujuan rakaman, lebih-lebih lagi dengan tahap kecerahan dan kontras yang wajar.

Lebih menyeronokkan untuk kesan pada imej pegun adalah pilihan fungsi Art Filters seperti Diorama, Pop Art, Soft Focus, Pale & Light Color, Light Tone, Grainy Film, Pin Hole, Cross Process, Gentle Sepia, Dramatic Tone dan White Edge.

Kesan seni

Bagi model E-PL3, hanya enam jenis filter seni itu disediakan sementara bagi model E-P3, ada 10 pilihan kesemuanya.

Masing-masing memberi suntingan kesan khas yang membuatkan setiap gambar tampil dengan gaya dan warna yang kreatif. Pin Hole, misalnya, menjadikan gambar mempunyai gelung warna yang lebih gelap dan kusam di sekeliling bingkainya, seperti hasil kamera lomo.

"Model kamera point-and-shoot kompak ini membolehkan pengguna menukar lensa. Olympus menyediakan banyak pilihan lensa mengikut keperluan pengguna.


ANTARA petugas media yang diberi peluang mencuba pelbagai jenis kamera Olympus PEN baru-baru ini di Singapura.


"E-PL3 membawa kuasa 12.3 megapiksel dengan sensor imejan Live MOS dan pemproses imej yang lebih mantap," ujar Penolong Pengurus Produk, Bahagian Sistem Imejan Olympus, Tang Kwok Yoon.

Seperkara lagi yang boleh dipuji adalah antaramuka panel kawalan dan navigasi yang tidak leceh. Secara tidak langsung, pengendaliannya boleh memuaskan hati pengguna kamera kali pertama mahupun kelompok pengguna yang lebih berpengalaman.

Menilai secara keseluruhan, E-PL3 mampu memenangi hati ramai pengguna kamera kerana reka bentuknya yang bergaya, nilai kejuruteraan dan prestasinya. Tidak salah kalau meletakkan siri Olympus PEN sebagai gajet kompak yang menghampiri kepuasan penggunaan kamera DSLR.

Ramai juga yang pasti bersetuju pada keringkasan antaramuka, keupayaan AF pantas dan skrin LCD antikilau yang boleh disendeng. Tidak lupa juga pada tawaran ciri mesra pengguna, tindakan responsif yang baik dan kepelbagaian hasil rakaman.

Oh ya, bagi mereka yang 'obses' mengambil gambar sendiri, khususnya yang gemar memuat naik terus ke laman sosial, ternyata reka bentuknya yang kompak dan mudah dikendali sebelah tangan menjadikan minat camwhoring itu sungguh mudah dilaksana!

Full content generated by Get Full RSS.

Amaran pemanasan global

Posted:

Amaran pemanasan global

Amaran pemanasan global


KEMARAU berpanjangan boleh menyebabkan tanaman penduduk dunia terjejas teruk.


BAYANGKAN seketika kemarau yang melanda Texas, Amerika Syarikat (AS), banjir teruk di Thailand dan gelombang haba di Rusia. Ia merupakan tanda-tanda dunia semakin panas dan berdepan pemanasan global.

Itu adalah amaran daripada ahli-ahli sains iklim antarabangsa dan pakar-pakar bencana selepas persidangan di benua Afrika baru-baru ini.

Menurut panel persidangan, dunia perlu bersedia dalam menghadapi cuaca lebih berbahaya dan yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan pemanasan global.

Pakar-pakar tersebut bimbang tanpa persediaan awal, cuaca yang tidak menentu itu akan menyebabkan sesetengah lokasi di dunia tidak dapat dihuni lagi.

Panel Antara Kerajaan berhubung Perubahan Iklim yang merupakan pemenang Nobel telah mengeluarkan laporan khas mengenai pemanasan global dan cuaca tidak menentu pada pertemuan di Kampala, Uganda baru-baru ini.

Ia merupakan pertemuan julung-julung kali ahli-ahli sains yang memfokus mengenai bahaya cuaca tidak menentu seperti gelombang haba, banjir kilat, kemarau dan ribut.

Ia adalah lebih berbahaya berbanding peningkatan suhu dunia.


GELOMBANG haba dijangka akan membuat glasier cair dan menyebabkan air meningkat naik.


Sebagai contoh, laporan tersebut meramalkan gelombang haba yang hanya berlaku sekali dalam satu generasi akan menjadi lebih panas. Ia dijangka berlaku setiap lima tahun pada pertengahan kurun dan pada penghujung kurun ia akan berlaku pada setiap tahun.

Dalam pada itu, di sesetengah tempat seperti Amerika Latin, Afrika dan beberapa negara Asia akan menjadi lebih panas berbanding hari ini.

Menurut laporan itu lagi, hujan ribut yang biasanya berlaku setiap 20 tahun dijangka akan lebih kerap melanda dunia.

Bahan api

Kebanyakan kawasan di AS dan Kanada akan berdepan sehingga tiga kali hujan sekiranya penggunaan bahan api fosil berterusan.

Di rantau Asia Tenggara pula, banjir kilat yang berlaku secara dramatik dijangka akan berulang sebanyak empat kali berbanding sekarang, ramal laporan itu.

"Saya menganggap ia sebagai panggilan menyedarkan kita. Kemungkinan senario yang berlaku pada masa akan datang akan lebih hebat lagi," kata salah seorang penulis kajian tersebut, David Easterling, Ketua Aplikasi Iklim Global untuk Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan, AS.

Laporan berkenaan turut mengatakan pemimpin-pemimpin dunia perlu bersedia dalam menghadapi iklim yang tidak menentu.


TSUNAMI yang melanda Jepun baru-baru ini merupakan antara tanda cuaca dunia semakin tidak menentu.


"Kita perlu berasa bimbang," kata salah seorang ketua penulis laporan berkenaan, Maarten van Aalst.

"Kita perlu bertindak dalam menangani bencana dan mengurangkannya sebelum ia berlaku daripada menunggu dan membersihkannya. Risiko telah meningkat secara dramatik," tambah Pengarah Palang Merah Antarabangsa yang juga merangkap Pengarah Pusat Iklim Palang Merah Belanda ini.

Seorang lagi penulis kajian mengenai isu berkenaan, Chris Field dari Universiti Stanford berkata, ahli-ahli sains masih belum pasti mengenai bencana iklim yang mana satukah menjadi ancaman terbesar kerana cuaca tidak menentu berkait rapat dengan ekonomi serta tempat tinggal manusia.

Katanya, kelemahan masyarakat terhadap bencana alam turut meningkat.

Dia memberitahu The Associated Press dalam satu wawancara: "Sudah jelas peningkatan kerugian akibat bencana alam meningkat.

"Dari segi kematian pula, lebih 95 peratus kematian dicatatkan dari tahun 1970-an sehingga kini adalah dari negara membangun." katanya.


PEMANASAN global turut menjadi punca jerebu yang melanda pelbagai negara seperti China.


Menurut Michael Oppenheimer dari Universiti Princeton, kerugian akibat bencana alam amat tinggi sehingga mencecah AS$200 bilion (RM633 bilion) setahun.

Sejak beberapa tahun lalu, perkembangan sains telah menampakkan peningkatan dan ahli-ahli sains boleh menyumbang dalam memahami pemanasan global dengan lebih yakin.

Ahli-ahli sains kini boleh mempertimbangkan dengan keyakinan mengenai ramalan malapetaka iklim dan gelombang haba masa hadapan.

Menurut laporan itu lagi, hampir pasti gelombang haba menjadi semakin buruk, lebih panjang dan panas, sementara keadaan sejuk semakin menurun.

Aalst berkata, antara cuaca ekstrem yang membunuh dan menyebabkan kerosakan teruk adalah banjir.

Full content generated by Get Full RSS.

Kamkoder mesra pengguna

Posted:

Kamkoder mesra pengguna

Kamkoder mesra pengguna


KAMKODER seberat 220 gram memberi keselesaan dalam pengendalian peranti baru ini.


RAKAMAN video tentu sekali akan memberikan impak yang lebih menyentuh perasaan berbanding merakam imej pegun. Apatah lagi jika melibatkan momen indah dalam kehidupan.

Momen-momen indah seperti menyambut ulang tahun kelahiran, perkahwinan, kelahiran cahaya mata pertama, konvokesyen dan banyak lagi acara akan memberikan seribu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Bahkan, ia boleh ditatapi semula apabila membuat rakaman video melalui kamkoder yang berkualiti tinggi agar ia dapat diimbau kembali tatkala merindui detik indah tersebut.

Pakar pengimejan, Canon, menyedari kepentingan rakaman video berkualiti sekali gus memperkenalkan kamkoder model Legria FS406 yang dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna agar momen indah itu dapat diabadikan.

Kamkoder yang dijana pemproses DIGIC DV II itu sesuai untuk kegunaan harian mahupun ketika mengembara, malah ia menawarkan zoom mencecah sehingga 41 kali dalam memastikan subjek jauh dapat dirakam dengan mudah.

Bagi memudahkan lagi pengguna yang baru berjinak-jinak dalam peranti kamkoder, ia turut menawarkan ciri-ciri seperti petikan kilat video dan fungsi prarekod bagi memastikan momen indah itu tidak terlepas daripada pandangan lensa.

Dilengkapi teknologi lensa Canon, rakaman video kelihatan lebih berkualiti dan jelas untuk memberikan kepuasan kepada pengguna.

Kamkoder itu turut dilengkapi penstabil imej elektronik dengan teknologi mod dinamik untuk memastikan rakaman video tidak bergoyang walaupun tanpa bantuan tripod.

Ia sekali gus dapat menghilangkan perasaan bimbang dan hampa pengguna apabila menatap semula hasil karya mereka tanpa adanya rakaman yang bergoyang.

Kamkoder seberat 220 gram itu memudahkan ia dibawa ke mana-mana, malah amat sesuai dijadikan teman ketika bercuti sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Pengguna juga hanya perlu mencas selama 20 minit untuk menikmati rakaman video yang mengambil masa selama satu jam.

Model kamkoder Canon Legria FS406 dijual pada harga RM999. Kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranti ini boleh melayari laman web www.canon.com.my. - NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved