Sabtu, 12 November 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Piramid Giza ditutup elak pemujaan

Posted:

Piramid Giza ditutup elak pemujaan

Piramid Giza ditutup elak pemujaan

TINDAKAN menutup Piramid Giza dibuat kerana ada pihak yang mungkinmelakukan aktiviti pemujaan di sana


KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir menutup Piramid Giza bagi mengelakkan sebarang aktiviti pemujaan oleh kumpulan yang mahu meraikan tarikh 11/11/11 semalam.

Keputusan itu diambil selepas ia mendapat tekanan daripada pengguna internet negara berkenaan yang mendakwa aktiviti penyembahan akan diadakan di sekitar piramid itu, kata Ketua Jabatan Arkeologi Pharaonic, Atef Abu Zahab.

Majlis Tertinggi Antikuiti mengesahkan penutupan Piramid Gaza kepada pelancong. Namun dalam kenyataan yang dikeluarkannya, penutupan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan selepas musim cuti yang panjang baru-baru ini.

Piramid Giza disenaraikan dalam tujuh keajaiban dunia berikutan status pembinaannya yang unik. Salah satu daripada tiga piramid itu, Piramid Cheop merupakan yang terbesar dan paling terkenal.

Ia menempatkan makam firaun Khufu, iaitu salah satu peninggalan purba terkenal di dunia.

Tarikh 11/11/11 dianggap sebagai keramat. Malah banyak kumpulan merancang mengadakan upacara pemujaan pada pukul 11.11 pagi.

Ribuan orang pula bercadang untuk bertemu dan mengadakan majlis tarian. Malah beberapa laman khas berkenaan tarikh berkenaan turut muncul di laman sosial, Facebook. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

NATO bimbang disiasat ICC

Posted:

NATO bimbang disiasat ICC

NATO bimbang disiasat ICC


MORENO-OCAMPO menegaskan bahawa tuduhan yang dikenakan ke atas NATO akan disiasat secara adil dan bebas.


BRUSSELS, Belgium - Beberapa diplomat negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bimbang badan tersebut mungkin disiasat oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas pendakwa raya ICC menyatakan dakwaan jenayah perang yang dilakukan oleh NATO di Libya akan disiasat secara adil dan bebas.

Diplomat-diplomat berkenaan berkata, tindakan untuk menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut akan melibatkan semakan terhadap semua insiden pengeboman NATO yang menyebabkan kematian orang awam di Libya.

Sebelum ini, pakatan ketenteraan Barat itu berulang kali menegaskan bahawa operasinya di Libya dilancar berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Resolusi tersebut membenarkan semua anggota NATO melakukan segala usaha yang perlu bagi melindungi orang awam dan kawasan penduduk awam yang diancam diserang di negara Afrika Utara itu.

Pemimpin-pemimpin NATO berulang kali memuji ketepatan misi yang dilaksanakan jet-jet pejuangnya. Mereka mendakwa kematian kecil orang awam akibat pengeboman menunjukkan misinya untuk menguatkuasakan zon larangan terbang dan melindungi rakyat Libya berjaya.

Namun, dalam satu taklimat kepada Majlis Keselamatan pada 2 November lalu, pendakwa raya ICC Luis Moreno-Ocampo berkata: "Terdapat dakwaan-dakwaan jenayah yang dilakukan oleh pasukan NATO. Semua dakwaan ini akan disiasat."

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan dengan terperinci tentang dakwaan berkenaan atau siapa yang membuat tuduhan tersebut.

Menurut Moreno-Ocampo, pihaknya kini memberi tumpuan terhadap jenayah yang dilakukan oleh bekas tentera rejim Muammar Gaddafi.

Beliau akan memutuskan sama ada untuk melancarkan siasatan rasmi ke atas NATO selepas memperoleh laporan Suruhanjaya Inkuiri Libya tajaan PBB yang akan disiapkan menjelang Mac tahun depan.

Sementera itu, beberapa pegawai NATO menyatakan, jet-jet perikatan tersebut melancarkan 26,000 misi di antara Mac hingga Oktober lalu termasuk 9,600 misi pengeboman.

Sepanjang tempoh itu, jet-jet NATO telah memusnahkan lebih 1,000 kereta kebal, kenderaan tentera dan senjata, di samping sejumlah bangunan. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Gambar pemandangan dilelong RM13.5 juta

Posted:

Gambar pemandangan dilelong RM13.5 juta

Gambar pemandangan dilelong RM13.5 juta


INILAH foto Sungai Rhine yang dirakam oleh Gursky dan dicetak di atas kaca akrilik.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.

Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie.

Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut.

Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled.

Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved