Isnin, 10 Oktober 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pemandu doktor nyaris maut ditembak

Posted:

Pemandu doktor nyaris maut ditembak

Pemandu doktor nyaris maut ditembak

10/10/2011 10:13pm

KUALA LUMPUR 10 Okt. — Pemandu peribadi seorang doktor nyaris maut selepas ditembak perompak yang meragut beg sandangnya, dalam kejadian berdekatan sebuah klinik di Wangsa Maju, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa yang berumur 25 tahun sedang menunggu majikannya di tepi kereta yang diletakkan berdekatan klinik tersebut.

"Tiba-tiba, mangsa didatangi seorang lelaki memakai topi keledar penuh yang berjalan kaki ke arahnya sebelum cuba merampas beg sandangnya. Namun, mangsa melawan dan berlaku pergelutan.

"Suspek yang berang terus melepaskan satu das tembakan yang mengenai leher mangsa sebelum dapat melarikan beg sandang itu," katanya kepada pemberita, di tempat kejadian.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan membonceng motosikal jenis Yamaha 125Z yang ditunggang rakan jenayahnya, yang menunggu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Zakaria berkata, siasatan awal mendapati suspek datang dari arah Jalan Genting Klang sebelum berhenti di kawasan klinik itu untuk menyamun dan kemudian melarikan diri ke kawasan Wangsa Maju.

Katanya mangsa yang cedera di leher dibantu lima rakan sekerja yang memberi pertolongan kecemasan di klinik tersebut, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. — Bernama

Sindiket dadah P. Pinang tumpas

Posted:

Sindiket dadah P. Pinang tumpas

Sindiket dadah P. Pinang tumpas

10/10/2011 10:05pm

GEORGE TOWN — Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan cubaan melakukan jenayah dengan penahanan lapan orang termasuk seorang wanita dalam dua serbuan berasingan di sebuah hotel di sini hari ini.

Dua pucuk senjata api, 18 butir peluru serta dadah pelbagai jenis turut dirampas daripada mereka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pada mulanya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menahan seorang lelaki di kawasan hotel berkenaan.

Daripadanya, polis merampas sepucuk pistol jenis Walter dengan 15 butir peluru 9mm.

"Serbuan dilakukan pada pukul 12.45 tengah hari. Seorang lelaki yang berada di kawasan hotel berkenaan telah ditahan dan mendapati dia memiliki sepucuk pistol jenis Walter dan 15 butir peluru 9mm.

"Hasil siasatan seterusnya, dua lelaki yang turut berada di sebuah bilik di hotel yang sama ditahan dan ditemui satu beg yang mengandungi sepucuk Revolver dan tiga butir peluru .38," katanya kepada pemberita hari ini.

Ayub berkata, siasatan ke atas kedua-duanya yang berumur 22 dan 26 tahun membawa kepada satu lagi tangkapan di sebuah bilik di hotel itu.

Di situ, polis menahan seorang wanita berusia 29 tahun serta empat lelaki dalam lingkungan 32 hingga 41 tahun dan merampas beberapa pil Eramin 5, ekstasi dan ganja.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 dan Akta Senjata Api 1960.

"Dua daripada suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau sementara siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti kaitan kesemua suspek dan polis tidak menolak kemungkinan mereka merupakan anggota sindiket pengedaran dadah," kata Ayub.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kegunaan senjata api yang dimiliki suspek sama ada digunakan dalam kegiatan jenayah, disewa atau dijual kepada pihak lain. — Bernama

KAYM miliki dua pesawat Eagle 150B

Posted:

KAYM miliki dua pesawat Eagle 150B

KAYM miliki dua pesawat Eagle 150B

10/10/2011 10:03pm

MELAKA — Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mencipta sejarah sebagai institusi pengajian tinggi pertama di Melaka yang memiliki dua buah pesawat Eagle 150B sebagai model pengajaran dan pembelajaran.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata, pesawat berkenaan akan menjadi rujukan secara praktikal kepada pelajar jurusan Licence Aircraft Maintenance Engineer (LAME).

"Ini merupakan sejarah istimewa buat kami terutamanya dalam bidang pengajian Aeronautik melalui Pusat Pembangunan Aeronautik (ADC) KAYM," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Saroni berkata, penempatan kedua-dua pesawat di kolej itu membuktikan keseriusan KAYM dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melahirkan lebih ramai graduan dan golongan profesional dalam bidang aeronautik di negara ini.

Tambah beliau, program itu yang bermula awal Februari lepas itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved