Jumaat, 7 Oktober 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tipu: Kontraktor, juruteknik JKR dipenjara

Posted:

Tipu: Kontraktor, juruteknik JKR dipenjara

Tipu: Kontraktor, juruteknik JKR dipenjara

07/10/2011 3:12pm

BUTTERWORTH - Dua lelaki, masing-masing kontraktor dan juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) dikenakan hukuman penjara empat tahun mulai hari ini dan denda RM144,709.65 atas kesalahan membuat tuntutan palsu pada 2005.

Hakim Mahkamah Sesyen Ikmal Hishan Ahmad Tajuddin menjatuhkan hukuman berkenaan setelah mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh.

Beliau juga menetapkan agar kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan pada hari ini dan sekiranya gagal mereka boleh dikenakan hukuman penjara empat bulan.

Tertuduh pertama, Ramli Bakar, 52, seorang kontraktor didakwa membuat tuntutan palsu RM40,303.06 bagi kerja-kerja pemasangan pagar, manakala tertuduh kedua Abdul Rashid Abdullah, 57, seorang juruteknik di JKR Seberang Perai Utara (SPU) dituduh bersubahat dengan memperakui tuntutan yang dibuat Ramli.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada Julai 2005 dipejabat JKR, SPU.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib manakala tertuduh diwakili peguambela R.S.N Rayer. - Bernama

Facebook JBPM inisiatif dekati masyarakat

Posted:

Facebook JBPM inisiatif dekati masyarakat

Facebook JBPM inisiatif dekati masyarakat

07/10/2011 2:55pm

KUALA LUMPUR - Pewujudan akaun laman sosial Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan sekadar ikutan trend masa kini tetapi satu inisiatif bagi mendekatkan pasukan itu dengan masyarakat.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata pewujudan akaun laman sosial itu membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan orang ramai berkomunikasi.

"Dengan adanya laman sosial ini, orang ramai boleh berinteraksi dengan jabatan kita... Ia dapat memasyarakatkan perkhidmatan bomba dan berkongsi idea bagaimana nak pertingkatkan kualiti keselamatan kebakaran di kawasan komuniti masing-masing," katanya.

Terdahulu, Wan Mohd. Nor melancarkan majlis Sambutan Hari Inovasi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, penyerahan sijil pesara dan pelancaran Facebook JBPM Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Seramai 70 anggota JBPM dianugerahkan sijil khidmat cemerlang bersama enam anggota yang telah bersara.

Akaun Facebook JBPM WP diaktifkan pada Julai lepas dengan menggunakan nama 'Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur'. -- Bernama

Samun van di Ijok, pengawal direman

Posted:

Samun van di Ijok, pengawal direman

Samun van di Ijok, pengawal direman

07/10/2011 2:46pm

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan empat lelaki pengawal keselamatan yang bertugas mengawal sebuah van syarikat keselamatan membawa wang tunai RM2.2 juta yang dirompak di Stesen Petronas Ijok, Kuala Selangor semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah memberitahu satu sidang media di sini hari ini bahawa kesemua pengawal keselamatan yang berusia antara 19 hingga 30 tahun itu ditahan di Ijok pada pukul 2.30 petang semalam.

"Setakat ini mereka dianggap sebagai suspek, dan ditangkap bagi tujuan siasatan ...kita ada asas buat tangkapan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian rompakan semalam, polis menerima maklumat pada pukul 9.45 pagi van itu yang membawa wang tunai untuk dimasukkan ke mesin-mesin ATM telah disamun oleh lima lelaki di mana salah seorang daripada suspek kelihatan seperti lelaki dari benua Afrika dan empat daripadanya dipercayai warga tempatan.

Mohd. Adnan berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan menggunakan senjata api. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved