Jumaat, 14 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Grafiti budaya seni generasi moden

Posted:

Grafiti budaya seni generasi moden

Grafiti budaya seni generasi moden

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my

BEBERAPA tahun lalu ketika penulis masih lagi menggunakan pengangkutan awam terutama aliran transit ringan (LRT) untuk ke tempat kerja, seringkali mata terpaku ke arah tembok-tembok di sekitar stesen LRT yang dipenuhi lakaran pelbagai perkataan bersaiz besar atau kartun berwarna-warni.

Jika waktu itu ia dianggap sebagai vandalisme, terdetik di fikiran siapakah mereka yang terlibat melakar 'lukisan' berskala besar itu dan bilakah mereka melakukannya? Adakah majlis bandar raya tidak menahan mereka?

Akhirnya baru-baru ini, pertemuan dengan beberapa anak muda yang gilakan seni grafiti di stesen LRT Lembah Keramat berjaya merungkai perasaan ingin tahu penulis mengenai isi hati dan latar belakang pelukis-pelukis grafiti.

Budaya ikutan

Abdul Rashid Abdul Raman, 27, telah menjadikan tembok kosong dekat bawah jejambat LRT tersebut sebagai medium untuk dia dan 19 rakannya yang lain menterjemah kreativiti masing-masing ke dalam bentuk seni grafiti.

"Kami baru sahaja bermula di sini kira-kira dua bulan yang lalu. Sebelum ini aktiviti kami banyak di jalankan di Sungai Klang, Selangor.

"Untuk satu-satu masa, lebih kurang lapan orang daripada kami dapat berkumpul di sini. Ahli-ahli kami datang dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei," katanya memulakan perbualan.

Menurut Rashid yang merupakan seorang pelukis grafik, seni grafiti ibarat budaya ikut-ikutan kerana beliau mengakui, dia sendiri terjebak dengan hobi tersebut akibat tertarik dengan seni grafiti yang dilakukan orang lain.

"Pada mulanya memang saya terikut-ikut tetapi, apabila saya mula mencuba hobi melukis grafiti pada tahun 2007, akhirnya ia menjadi aktiviti kegemaran saya sehingga kini.

"Tambahan pula, selama ini saya banyak melukis seni digital menggunakan komputer dan ia semakin bosan. Grafiti memberi kepuasan kerana saya mempunyai ruang berskala yang boleh saya gunakan secara maksimum," katanya.

Rashid memberitahu, kepuasan melukis grafiti juga adalah disebabkan penerimaan masyarakat masa kini yang mula menghargai seni moden yang dibawakan golongan sepertinya di seluruh dunia.


SELAIN lakaran nama sendiri, orang disayang, pelukis grafiti turut gemar menghasilkan watak-watak kartun.


"Dulu ramai juga rakan saya ditahan majllis bandar raya, tetapi setakat ini saya masih belum pernah berdepan situasi itu.

"Saya mendapat maklum balas positif daripada rakan-rakan yang melihat hasil lakaran saya terutama mereka yang menaiki LRT dan melihatnya ketika melalui kawasan ini," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, dia tidaklah suka membuang masa dengan grafiti semata-mata, sebaliknya dia dan rakan-rakannya akan mengimbangi antara kerjaya dan hobi.

"Jika mempunyai masa, sebulan sekali kami akan habiskan waktu seharian untuk menyiapkan lakaran dan menyembur cat di tempat-tempat tumpuan kami kerana selain daripada itu, kami juga mempunyai kerjaya masing-masing yang memerlukan komitmen yang tinggi.

"Tiada satu proses khusus untuk memulakan grafiti, tetapi selalunya kami akan berbincang untuk memilih tempat kerana tidak semua tempat sesuai untuk melukis grafiti contohnya bangunan. Kawasan LRT menjadi tumpuan kami kerana secara kebetulan, ia mempunyai ruang kosong yang luas untuk kami berkarya. Dari segi corak karya tiada syarat ditetapkan kerana setiap orang bebas menyampai kreativiti," tambah sambil memberitahu untuk sebuah grafiti berskala besar ia adakalanya mengambil masa hingga sebulan untuk disiapkan bergantung kepada jumlah ahli.

Lakaran nama

Ardy Shafiq Mohd. Arshad, 24, atau lebih dikenali sebagai Damis pula memberitahu, dia terlibat dengan grafiti sejak tamat alam persekolahan iaitu ketika berusia 18 tahun.

Anak jati Parit Buntar, Perak itu berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan bakat seninya dan pada masa sama membuka peniagaan salun di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


DARI kiri Nuke, Ardy, Abdul Rashid dan Shah empat sahabat dalam crew Phiberwryte.


"Semasa masih bersekolah lagi, saya sudah tertarik dengan seni grafiti dan ketika itu saya menjadikan dinding di belakang rumah saya untuk melakar dan mengecat apa sahaja yang bermain di fikiran saya ketika itu.

"Dulu, saya takut-takut kalau mahu melukis di tempat awam kerana bimbang ditahan majlis perbandaran," katanya sambil memberitahu mereka tidak menerima sebarang bayaran untuk grafiti yang dilakukan.

Ardy menambah, sejak berhijrah ke Kuala Lumpur, dia mengenali ramai penggiat grafiti profesional melalui laman sosial Myspace dan dari situlah dia terbabit dalam arena grafiti secara serius.

"Pada mulanya semua pelukis baharu tidak dapat membuat lakaran yang cantik tetapi, lama-kelamaan dengan latihan yang kerap saya juga semakin mahir.

"Kebanyakan lakaran grafiti adalah merupakan lakaran nama-nama seseorang sama ada nama pelukis itu sendiri atau nama-nama orang yang bermakna dalam hidupnya selain lakaran yang membawa mesej positif," katanya.

Shah Shahuri, 25, pula memberitahu, dia amat menggemari seni grafiti kerana ia dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat secara percuma kerana ia tidak seperti lukisan biasa yang dipamerkan di galeri-galeri lukisan.

"Saya melukis mengikut kreativiti saya sendiri tanpa rasa tersekat oleh tema-tema tertentu. Saya bebas melukis apa sahaja yang saya suka terutama lakaran nama saya sendiri dan lakaran nama-nama orang yang saya sayangi.


SALAH seorang ahli Phiberwryte menunjukkan hasil seni grafitinya.


"Tetapi, saya tidak melakukannya selalu kerana ia memakan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM200 sebulan untuk membeli cat-cat biasa atau semburan yang pelbagai," katanya.

Tambah Shah, walaupun keluarganya tidak berapa setuju dengan hobinya itu, mereka memberikan kebebasan untuk berkarya asalkan tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti mengambil dadah.

"Ayah saya seorang anggota polis oleh itu apa sahaja yang saya lakukan mestilah mengambil kira nama baik keluarga terutama ayah saya," katanya.

Seorang lagi pelukis grafiti yang hanya mahu dikenali sebagai Nuke, 26 memberitahu, dia terbabit dengan seni grafiti selepas tertarik dengan hasil lukisan grafiti yang dilihat di internet lapan tahun lalu.

"Pada mulanya saya menjadikan bangunan-bangunan tinggal ruang untuk saya berkarya tetapi kini saya mempunyai kumpulan saya sendiri yang mempunyai minat yang saya dalam seni grafiti di sini.

"Menariknya mengenai hobi ini, kami dipertemukan dengan ramai penggiat grafiti dari negara-negara jiran dan dapat berkumpul dan bertukar-tukar pendapat dalam setiap acara rasmi yang dianjurkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Artifak muzium tentera

Posted:

Artifak muzium tentera

Artifak muzium tentera


PAKAIAN yang mengambil inspirasi uniform perang tentera hasil rekaan pereka fesyen Vivienne Westwood.


SELEPAS lebih tujuh tahun menjalani proses pengubahsuaian, akhirnya Muzium Sejarah Tentera Dresden dibuka dengan rasminya awal minggu ini di timur Jerman.

Bangunan neoklasik yang berusia 135 tahun itu, menjalani proses renovasi besar-besaran hasil sentuhan arkitek kelahiran Amerika Syarikat, Daniel Libeskind.

Ia menelan belanja sehingga AS$85 juta (RM268 juta).

Pembukaan muzium itu baru-baru ini memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dua perkara yang menjadi keistimewaan dan tarikan Muzium Sejarah Tentera Dresden.

Pertamanya, hasil kerja unik Libeskind yang memberi sentuhan moden ke atas seni bina bangunan lama itu melalui penggunaan kepingan gelas, konkrit dan besi yang disatukan menjadi sebuah arca gergasi.


INILAH rupa bentuk roket V2 asli yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.


"Libeskind sejak dari awal menegaskan mereka perlu melakukan transformasi ke atas bangunan itu. Ia perlu membawa simbol dan makna yang baharu," kata pembantu Libeskind, Jochen Klein.

Selain keunikan seni bina baharunya, Muzium Sejarah Tentera Dresden kini mula menjadi tumpuan ramai kerana artifak yang mengisi 'perut' muzium itu.

Sempena pembukaannya minggu ini, sebanyak 10,500 artifak berkaitan ketenteraan dipamerkan di muzium tersebut.

"Jika anda tidak melihat bahan artifak yang tulen dalam saiz sebenar, kita mempamerkan artifak yang disediakan dalam saiz miniatur," ujar Gorch Pieken, pengarah akademik muzium itu.

Antara bahan pameran menarik termasuklah senjata yang digunakan semasa perang awal kurun ke-14, roket V2 daripada perang Dunia Kedua dan pelbagai miniatur seperti kereta kebal, jet pejuang dan patung askar.


MINIATUR patung tentera yang dipamerkan di Muzium Sejarah Tentera Dresden.


Salah satu artifak yang turut mendapat perhatian ialah tengkorak yang kelihatan pecah pada bahagian depan muka. Tengkorak tersebut dikatakan milik seorang anggota tentera yang membunuh diri dengan menembak mukanya sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved