Jumaat, 21 Oktober 2011

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


50 tahun melawan mitos pil kontraseptif

Posted:

50 tahun melawan mitos pil kontraseptif

50 tahun melawan mitos pil kontraseptif

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

SEBUT sahaja pil perancang pasti ada sahaja konotasi negatif terhadap pil itu di minda sesiapa yang mendengarnya. Pil perancang atau nama lainnya pil kontraseptif oral mula diperkenalkan 50 tahun dahulu membolehkan wanita dan pasangan masing-masing mengawal kehamilan sekali gus mengelakkan kehamilan tidak dirancang.

Sebelum tercetus revolusi farmaseutikal sehingga terciptanya pil itu, pelbagai cara dilakukan bagi mengelakkan kehamilan.

Di Mesir, tercatat di lembaran manuskrip papirus mengenai cara mengelakkan kehamilan iaitu dengan memasukkan pelbagai bahan ke dalam

vagina untuk mencegah kehamilan. Ada di antara bahan tersebut diperbuat daripada najis buaya.

Ahli falsafah Yunani, Aristotle pula ada menerangkan kaedah pencegahan kehamilan dengan mencampurkan minyak zaitun dan madu disapu pada bahagian serviks bagi mengelakkan sperma menembusinya.

Kehamilan terancang

Itu merupakan sebahagian daripada cara-cara kuno untuk mengelakkan kehamilan.

Kini, lebih 100 juta wanita di seluruh dunia mengaplikasikan kontraseptif oral dengan mengambil pil pencegahan kehamilan.

Pengambilan pil itu merupakan pilihan terbaik jika dibandingkan dengan kaedah kuno malah, ia dipercayai boleh membantu menangani isu kehamilan tidak dirancang.

Tidak keterlaluan jika dikatakan pil itu mampu mengurangkan kes pembuangan bayi di negara ini.

Sebelum adanya pil itu, kadar kelahiran sangat tinggi sehingga ada di antara anak-anak ini terabai, tidak mendapat perhatian secukupnya malah, tidak ke sekolah memandangkan ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Menariknya pil itu bukan sahaja berfungsi untuk merancang kehamilan malah, ia memberi perlindungan terhadap kesihatan wanita.

Pakar dan Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Helena Lim memberitahu, penggunaan pil perancang dapat membantu mengurangkan kematian maternal.


MASIH ramai wanita yang malu untuk berbincang atau mengakui mengambil pil perancang.


"Ia juga dapat mengelakkan kehamilan tidak dirancang serta kehamilan berisiko tinggi serta mengurangkan kes pengguguran tidak selamat.

"Malah, ia mampu melindungi wanita daripada penyakit seperti kanser ovari dan endometrium," katanya ketika memberikan ceramah kesihatan bertajuk 50 Tahun Penggunaan Pil baru-baru ini.

Tambahnya, wanita yang mengambil pil pencegah kehamilan akan hidup lebih lama dan kadar kematian rendah daripada pelbagai penyakit termasuk sakit jantung dan semua jenis kanser.

"Pengambilan pil ini juga dapat meningkatkan kualiti hidup wanita kerana dengan perancangan keluarga yang efektif, kesihatan mereka lebih baik, lebih banyak tenaga untuk pembangunan diri, karier dan aktiviti komuniti.

"Selain mencegah kehamilan, pil ini juga memberi manfaat bagi meningkatkan kualiti hidup wanita kerana ia mampu mengurangkan simptom prahaid, mengurangkan pendarahan haid yang banyak dan merawat masalah jerawat," ujarnya.

Mitos pil perancang

Kemasukan kontrasepsi merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan kepuasan hidup bagi 450,000 wanita di 12 buah negara Eropah (1975-1998) kerana ia meningkatkan pelaburan terhadap pendidikan, kebarangkalian untuk bekerja dan paras pendapatan yang juga meningkat.

Pil pencegah kehamilan telah berkembang sejak mula diperkenalkan 50 tahun lalu dengan menampilkan dos yang lebih rendah, lebih inovatif selain memberikan manfaat bukan sahaja kepada wanita demi peningkatan kualiti hidup mereka.

"Banyak persepsi salah dan mitos terhadap pil ini dalam kalangan masyarakat terutamanya wanita dan kesemua tanggapan tersebut melabelkan pil ini mendatangkan keburukan terhadap kesihatan wanita.


SIMPTOM prahaid dan pendarahan haid dapat dikurangkan dengan pil perancang.


"Mitos yang paling popular menyatakan pil kontraseptif ini menyebabkan kanser walhal fakta yang sebenarnya adalah sebaliknya kerana ia melindungi wanita daripada mendapat kanser ovari dan kanser uterus," katanya.

Helena turut memberitahu, bahawa pil kontraseptif bukan sahaja digunakan untuk mencegah kehamilan malah, efektif bagi mengurangkan kesakitan ketika haid, senggugut dan simptom sindrom sebelum haid (PMS).

Selain itu, ia mampu mengurangkan risiko mendapat anemia (keadaan yang sering berlaku terhadap wanita yang mengalami pendarahan yang banyak ketika haid) malah, dapat melindungi wanita daripada kehamilan ektopia, osteoporosis, sista ovari dan kanser ovari.

"Tidak semua pil kontraseptif ini sama. Pelbagai jenis pil kontraseptif untuk wanita boleh didapati di pasaran dan setiap daripadanya mempunyai kebaikan serta fungsi yang berbeza.

"Adalah penting bagi seseorang wanita sebelum membuat keputusan untuk mengambil pil ini mendapatkan nasihat doktor supaya pil yang diambil sesuai dengan keperluan dan tahap kesihatan mereka," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Riang sambil bimbing pembelajaran

Posted:

Riang sambil bimbing pembelajaran

Riang sambil bimbing pembelajaran


AKTIVITI riadah semestinya mendapat sambutan menggalakkan daripada kanak-kanak ini.


WAJAH-WAJAH kanak-kanak kecil disleksia serta-merta kelihatan berseri-seri penuh keriangan apabila kakitangan Procter & Gamble Malaysia (P&G) melawat mereka dengan membawa pelbagai buah tangan yang enak dan menarik.

Sebagai sebahagian dari inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, kakitangan P&G telah mengadakan lawatan ke pusat pemulihan Persatuan Disleksia Malaysia yang terletak di Titiwangsa.

Pusat tersebut menyediakan khidmat pembelajaran pemulihan kepada lebih 30 orang kanak-kanak disleksia berumur di antara enam tahun hingga 15 tahun.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk membolehkan kakitangan P&G mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalah disleksia yang dialami oleh berjuta-juta kanak-kanak dan keluarga mereka di seluruh dunia.

Mereka juga turut sama-sama berkongsi kegembiraan dengan kanak-kanak dan tenaga pengajar dengan pelbagai aktiviti selain memberikan sumbangan berupa wang ringgit.

"Sejak lebih sedekad yang lalu, P&G melalui program tanggungjawab sosial korporatnya Open Minds, telah menyentuh kehidupan lebih 7,000 kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

"Hari ini, terbukti bahawa kami sangat komited untuk membantu meningkatkan mutu kehidupan kanak-kanak ini. Kami komited untuk meneruskan usaha ini pada masa hadapan," kata Pengarah Jualan P&G Malaysia, Swadheen Sharma.

Swadheen turut sama melawat pusat tersebut berserta 20 lagi kakitangan P&G yang lain. Mereka disambut mesra oleh tenaga pengajar dan kanak-kanak di pusat tersebut.

Acara lawatan itu turut dimuatkan dengan pelbagai permainan untuk kanak-kanak dan juga jamuan sarapan pagi yang enak dan sihat, sesi bercerita, serta aktiviti menanam pokok untuk mencantikkan kawasan pusat tersebut.


Sariah (berdiri dua dari kanan) menerima replika cek bernilai RM161,167.87 dari Swadheen (berdiri dua dari kiri) dan Mun Hao (kanan) sambil disaksikan Pengurus Besar Dagangan Guardian Malaysia, Soon Ai Lan (tengah) dan Ketua Perhubungan Luar P&G Malaysia dan Singapura, Zulhaimi Abdul Hamid (paling kiri).


Interaksi

Setiap daripada mereka sangat gembira kerana dapat menjalankan pelbagai aktiviti bersama-sama sambil berinteraksi dengan orang baharu.

"Selain daripada pembelajaran holistik di pusat tersebut, kanak-kanak ini turut dididik dari aspek kerohanian dan psikologi untuk membantu kanak-kanak ini, seiring moto Live, Learn and Thrive.

"Sumbangan kami tidaklah seberapa tetapi kami harap kunjungan kami dapat membantu kanak-kanak ini memulakan kehidupan yang lebih bermakna," kata Swadheen.

Presiden Persatuan Disleksia Malaysia (PDM), Sariah Amirin melahirkan rasa bersyukur dan penghargaan beliau kepada P&G atas segala sumbangan untuk mencantikkan pusat tersebut dengan bunga-bungaan pelbagai warna.

"Kanak-kanak ini sememangnya sangat gembira dan ia boleh dilihat daripada senyuman di wajah mereka.

"Saya gembira kerana ada organisasi korporat seperti P&G yang mengambil berat tentang kebajikan kanak-kanak ini. Sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang tidak bermotifkan keuntungan, kami amat memerlukan sokongan dan ihsan orang ramai serta badan korporat," kata Sariah.

Dalam usaha mewujudkan kesedaran tentang pentingnya intervensi awal di dalam disleksia, P&G juga telah berkolaborasi dengan pasar raya besar Giant dan Guardian di seluruh negara melalui kempen pelanggan The Gift of Learning sepanjang bulan Mei.

Kempen tersebut telah berjaya meraih dana melalui jualan produk-produk terpilih P&G yang bertujuan untuk menyediakan pembelajaran pemulihan percuma kepada kanak-kanak disleksia di pusat-pusat Persatuan Disleksia Malaysia di seluruh negara.

Pada 22 Julai lalu, kempen tersebut telah mengumumkan kejayaan mengumpulkan sebanyak RM161,167.87 pada tahun ini untuk PDM. Sumbangan tersebut telah diterima pihak PDM daripada Swadheen dan Pengarah Pemasaran, GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., yang merupakan pemilik Giant, Ho Mun Hao.


Hubungan kasih sayang antara orang yang baru saja dikenali membolehkan kanak-kanak ini berlatih skil interpersonal mereka.


"Giant senantiasa berusaha untuk menjadikan pasar raya kami sebahagian daripada masyarakat sejak 67 tahun beroperasi.

"Sesungguhnya, rangkaian kami bukan sahaja mampu untuk menyediakan pilihan yang banyak, nilai hebat dan harga rendah, malah turut menyokong dan membantu usaha murni yang dilakukan seperti kempen The Gift of Learning," kata Mun Hao.

Tambahnya, pihak Giant berbangga kerana dapat turut sama dalam kempen yang sangat bermakna bagi meraih dana bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

Sama seperti Giant, farmasi Guardian iaitu rangkaian kedai kesihatan dan kecantikan turut menyertai kempen tersebut.

Guardian telah lama terlibat dalam aktiviti yang menyokong kasih sayang, pembangunan dan kebajikan komuniti tempatan. Ia juga menyokong program yang membantu golongan yang memerlukan bantuan terutama wanita dan kanak-kanak.

Program P&G Open Minds merupakan sebahagian daripada matlamat korporat global P&G yang memberi fokus terhadap usaha kemanusiaan jenama P&G, kakitangan dan asas korporat dalam meningkatkan taraf hidup kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan semenjak bayi sehingga berumur 13 tahun.

Di Malaysia, Open Minds meneruskan fokus untuk membantu dan meningkatkan kualiti masa depan kanak-kanak istimewa ini dengan menyediakan pembelajaran khusus dan kemudahan yang diperlukan agar mereka dapat menjalani hidup, belajar dan meraih kejayaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Produk organik kawal tekanan

Posted:

Produk organik kawal tekanan

Produk organik kawal tekanan


HIMALAYA melancarkan rangkaian produk terkininya Organique yang bersifat organik.


SETIAP lelaki pasti mempunyai cara yang tersendiri untuk melepaskan penat dan tekanan daripada keletihan selepas seharian bekerja di pejabat.

Antaranya bergaul dengan rakan di kedai mamak, menonton wayang, menikmati makan malam di rumah sambil menonton televisyen atau bersukan bersama kawan-kawan.

Tetapi bagaimana pula wanita? Bagaimana mereka melepaskan tekanan daripada selepas bekerja?

Mereka juga boleh melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh kaum lelaki. Tetapi itu sekiranya mereka masih bujang dan tidak mempunyai tanggungjawab seperti perlu menyediakan makan malam untuk keluarga, mengemas rumah ataupun melayan karenah anak.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Embun Elit, pengedar utama bagi produk Himalaya di Malaysia, Marcel Gan adalah amat penting bagi seseorang itu mengawal tekanan untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

"Wanita contohnya memang cukup mahir dalam penjagaan penampilan luaran. Tetapi, harus diingat penjagaan dalaman juga sama penting dan perlu diberi perhatian yang secukupnya," ujar Marcel.

Sehubungan itu, Embun Elit melancarkan satu rangkaian produk baru, Organique oleh Himalaya baru-baru ini.

Produk itu bebas daripada lebih 200 bahan sintetik merbahaya yang boleh memberikan kelegaan daripada tekanan, membersih badan dan membantu memulihkan kesihatan kulit.

Produk Organique oleh Himalaya diiktiraf dengan Ecocert iaitu pengiktirafan kepada produk yang mengandungi dan memenuhi taraf tahap yang tertinggi bagi pertanian organik, pengilangan dan pembungkusan.

Produk Organique merangkumi pelbagai jenis penggunaan seperti syampu, penjagaan kulit, penjagaan badan, penjagaan kaki dan penjagaan gigi.

Kini, anda mampu merawat atau memulihkan diri daripada tekanan dan keletihan dengan penggunaan rangkaian produk Organique.

Organique oleh Himalaya terdapat di Butik Himalaya terpilih dan Watsons di seluruh negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved