Isnin, 5 September 2011

Kosmo Online - Urban


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Mesej alam sekitar Genting Highland

Posted:

Mesej alam sekitar Genting Highland

Mesej alam sekitar Genting Highland

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR

KEINDAHAN dan panorama indah alam sekitar yang dinikmati di muka bumi ini akan pudar sekiranya manusia tidak menjaga dan memuliharanya sebaik mungkin.

Kepada yang prihatin dengan nasib alam, pelbagai cara dilakukan. Ada yang berkempen, tidak kurang juga mengekspresikan rasa tanggungjawab itu dengan medium seni.

Mengambil idea itu, baru-baru ini pusat peranginan terkemuka di Genting Highlands, Resort World Genting mengambil inisiatif menganjurkan Festival Seni Genting 2011 yang berlangsung pada 12 hingga 4 September lalu.

Festival itu melibatkan 32 seniman tersohor negara yang menampilkan 43 hasil seni yang terdiri daripada lukisan, arca dan fotografi. Kesemua mereka menggunakan hutan rimba sebagai elemen karya dan sumber inspirasi.


PAMERAN ini memberi panduan kepada pengunjung cara-cara menjaga dan menyayangi alam sekitar.


Antara yang mengambil bahagian ialah Tew Nai Tong, Sharifah Zuriah Aljeffri, Prof. Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaacob, Sivarajah Natarajah, Raja Azhar Raja Lop Idris, Patrick Lasak, Ismail Latiff, Ismadi Salehuddin, Yap Poh Sim dan ramai lagi.

Mengulas mengenai Festival Seni Genting 2011, Timbalan Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Katherine Chew berkata, usaha ini merupakan satu pendekatan pihaknya mempromosi seni dan alam sekitar secara serentak.

Katanya, matlamat mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar memandangkan pusat peranginan itu dikunjungi hampir 20 juta pengunjung setiap tahun.

Seni hargai alam


MATERIAL yang diperbuat daripada besi juga merupakan antara elemen yang dapat menjaga dan memulihara alam sekitar.


Pameran itu dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu Hanya Untuk Matamu, Siri Alam Sekitar Genting 2011 dan Seni Pemasangan Bagi Pemuliharaan Alam Sekitar dan Persekitaran.

Kebanyakan karya seni, kata Katherine, berjaya memaparkan keindahan hutan hujan tropika negara ini yang berusia kira-kira 130 juta tahun.

Justeru, sebanyak 27 buah lukisan daripada sembilan artis tempatan mengambil tempat dengan memaparkan keindahan Genting Highlands.

Daripada puluhan karya, Katherine berkongsi tentang sebuah lukisan yang dihasilkan oleh Datuk Chuah Thean Teng.

Thean Teng disifatkan sebagai seorang penggiat seni yang tiada tolok bandingannya.

"Sebagai menghargai jasa beliau dalam bidang seni, lukisan beliau dipamerkan.


KEBANYAKAN lukisan menggunakan warna-warna lembut seperti biru dan hijau.


"Selain itu, lukisan ini juga merupakan lukisan yang paling istimewa memandangkan ia adalah hasil seni yang termahal pada pameran seni ini iaitu mencecah RM150,000," katanya.

Dalam pada itu, kehadiran beberapa seniman pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini turut mencuri perhatian ramai.

Antaranya termasuklah Ismadi Salehuddin, 40. Beliau tampil dengan karya yang bertajuk, Pelanduk Dua Serupa.

Apakah yang tersirat di sebalik lukisan itu sebenarnya? Ismadi menjelaskan: "Karya itu boleh digambarkan diri saya yang sebenar dan pada sama boleh dianggap bukan diri saya."

"Sesungguhnya, seni merupakan medium yang mampu menonjolkan keperibadian seseorang kerana ia memberi ruang untuk mereka mengekspresikan diri masing-masing."

Sememangnya bukan mudah untuk memahami maksud yang cuba disampaikan oleh seseorang pelukis. Masing-masing mempunyai falsafah dan lenggok tersendiri dalam menyempurnakan sesuatu karya.

Genting pusat seni


SAJIAN berkonsep kontemporari yang dihidangkan pada Festival Seni Genting 2011 baru-baru ini.


Populariti Genting Highlands mengatasi pusat peranginan tanah tinggi yang lain di negara ini.

Namun, sejak Festival Seni Genting 2011 dianjurkan di pusat keriangan tersebut, ramai menganggap lokasi itu berjaya menjadi pusat pameran seni negara.

Ismadi turut bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kata Pensyarah di Fakulti Seni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Genting Highlands bukan sekadar destinasi percutian kerana ia mempunyai fungsi yang pelbagai.

"Usaha Genting mempromosikan keindahan hutan hujan melalui perantara seni sangat bertepatan dan harus dipuji. Diharapkan, usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan," katanya.

Seperti Ismadi, seorang lagi artis, Patrick Lasak, 35, turut mempunyai pandangan yang serupa.

Ujarnya, festival itu merupakan pendekatan terbaik bagi Genting untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

"Apabila berada sini, kita dikelilingi dengan alam semula jadi yang cukup terpelihara dengan baik sekali selama ini.


SENI digunakan sebagai peranti untuk mempromosi keindahan hutan hujan.


"Festival seni juga merupakan satu inisiatif murni dalam mengubah tanggapan masyarakat bahawa Genting Highlands bukan sekadar tempat untuk berhibur," katanya yang memiliki sebuah galeri seni di Pulau Pinang.

Beliau turut menyifatkan festival itu mencipta satu sejarah tersendiri memandangkan festival seni itu merupakan yang julung-julung kalinya dianjurkan di Genting.

Festival Seni Genting 2011 turut dimeriahkan dengan program Seni Makan Malam Kontemporari yang dipersembahkan oleh beberapa chef dari restoran The Olive.

Antara menu yang dihidangkan ialah cendawan Portobello dan Pecorino, salmon dan kacang hitam, udang dan mangga, ketam dan avokado, sup ayam dan sebagainya.

Hidangan pencuci mulut pula dihidangkan secara unik di atas sebuah palet gula merah yang boleh dimakan bersama bebola coklat, rasberi dan puding nasi safron.

Menu petang baharu Kenny Rogers

Posted:

Menu petang baharu Kenny Rogers

Menu petang baharu Kenny Rogers


ESTHER bersama dua kakitangan KRR memperkenalkan set makan dan minum petang KRR di pusat beli-belah Empire, Subang Jaya baru-baru ini.


INGIN menikmati makan petang yang mengenyangkan dan pada masa yang sama berada di restoran yang menawarkan suasana makan yang eksklusif?

Apa kata jika anda mencuba menu baharu yang diperkenal oleh restoran makanan segera terkemuka, Kenny Rogers Roasters (KRR).

Kali ini, rangkaian restoran itu mahu para pelanggannya mencuba kelainan dengan merasai makanan berbentuk snek ringan tetapi, sihat untuk tubuh badan.

Menurut Pengurus Jenama Kanan Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd., Esther Woo, terdapat pelbagai pilihan menu yang boleh dipilih oleh para pelanggan.


SANDWICH telur dan mayonis serta daging salai dan keju.


Antara menu yang paling ringkas namun ideal kata Esther ialah Tea Sandwich.

"Tea Sandwich mempunyai dua perasa iaitu telur dan mayonis serta daging salai dan keju.

"Sandwich yang disediakan menggunakan roti gandum penuh ini hanya berharga RM5.50 setiap satu," beritahu Esther.

Bagi mereka yang mahukan makanan rendah karbohidrat, jawapannya ialah tortilla balut bakar.


COKLAT panas dengan aiskrim yang menggiurkan.


Roti tortilla itu kata Esther, diisi dengan kepingan ayam, daun salad dan timun.

Ia juga mempunyai dua perasa iaitu perasa barbeku atau sos thousand island. Pengunjung juga katanya, boleh mencampurkan kedua-dua perasa itu jika berkeinginan.

Selain sandwich dan tortilla, bagi penggemar salad, KRR memperkenalkan dua jenis salad, iaitu Salad Classic Garden dan Ceaser Salad Supreme.


TORTILA perasa barbeku dan thousand island pilihan yang mengenyangkan.


Salad Classic Garden dengan daun salad, bawang merah dan timun menggunakan sos thousand island, manakala Ceaser Salad Supreme pula membawakan anda roti kering, daun salad, bawang merah dan kuah salad ceaser khas dengan keju parmesan.

Kesemua menu yang disenaraikan itu, pastinya akan membuka selera khususnya kepada mereka yang menyukai pilihan makanan berasaskan roti dan salad.

Lebih menarik, kesemua menu itu hanya bermula pada harga RM5.50 sahaja.


KEK lobak merah bersalut walnut.


"Namun, terdapat pelanggan yang lebih menyukai pencuci mulut atau pemanis untuk menceriakan minum petang mereka.

"Justeru, KRR memperkenalkan empat jenis pencuci mulut yang kesemuanya adalah kek," ujarnya.

Kek-kek yang diperkenalkan itu terdiri daripada variasi kek keju, kek coklat panas dengan aiskrim vanila, kek karot dengan kacang walnut serta kek coklat fudge.

Justeru, orang ramai dialu-alukan untuk menjamah hidangan-hidangan baharu di rangkaian restoran KRR di seluruh negara yang turut dilengkapi dengan sistem WiFi.

Menu-menu tersebut akan mula dihidangkan pada pukul 3 hingga 6 petang. - NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved