Selasa, 13 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tiga komando antara 46 ditahan

Posted:

Tiga komando antara 46 ditahan

Tiga komando antara 46 ditahan

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN daripada penagih dadah yang ditahan di ladang kelapa sawit di Sungai Udang, Melaka semalam.


MELAKA - Hasrat 41 penagih dadah untuk melepaskan gian di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari Penjara Sungai Udang di sini tidak kesampaian apabila mereka ditahan semalam.

Lebih memeranjatkan, tiga anggota komando dari Kem Sungai Udang dan seorang anggota tentera berusia antara 23 hingga 29 tahun turut ditahan dalam operasi yang dinamakan Ops Tapis bermula pukul 6.30 pagi semalam.

Dua daripada mereka lengkap berpakaian seragam askar.

Ketua Unit Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Cif Inspektor Hisham A. Rahman mengetuai operasi selama lima setengah jam itu yang dianggotai 10 orang.

Turut ditahan ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk tempatan berusia antara 18 hingga 57 tahun.

Selain itu, lima lelaki turut ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dalam bentuk paket dan tiub menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan 46 orang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lebih 1,000 bekas polis, tentera waris berhimpun di Bukit Kepong

Posted:

Lebih 1,000 bekas polis, tentera waris berhimpun di Bukit Kepong

Lebih 1,000 bekas polis, tentera waris berhimpun di Bukit Kepong


MOHD. SHAH (dua dari kiri) menyerahkan deklarasi Bukit Kepong kepada Said Zainal Abidin di Bukit Kepong, Johor semalam.


PAGOH - Laungan 'hidup pejuang' bergema sebanyak tiga kali di tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong apabila hampir 1,000 orang bekas polis, bekas tentera serta waris peristiwa tragedi Bukit Kepong berhimpun bagi membantah tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan kewibawaan pasukan keselamatan negara.

Sehubungan itu, tiga persatuan iaitu Persatuan Bekas Polis Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia serta Persatuan Veteran Tentera Melayu bersepakat mengeluarkan Deklarasi Bukit Kepong bagi mengingatkan semua pihak agar tidak mengguris hati dan perasaan para pejuang yang menjaga kedaulatan negara ini.

Deklarasi itu berbunyi: "Bahawa kami seluruh ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia pada 13 September 2012 dengan ini membantah serta menolak apa-apa jua kenyataan yang boleh mengguris hati dan perasan para pejuang yang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinta."

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua projek minyak di Brunei

Posted:

Dua projek minyak di Brunei

Dua projek minyak di Brunei


PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Abbas Azhar (kiri) menandatangani perjanjian usaha sama dengan Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Kedua Brunei, Pehin Datuk Lim Jock Seng di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei semalam.


BANDAR SERI BEGAWAN - Malaysia bercadang membangunkan dua projek berkaitan minyak dan gas di Brunei yang djangka dapat memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, selain mewujudkan peluang pekerjaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi projek pertama, Petronas bercadang membina sebuah kompleks petrokimia di Brunei bersama syarikat BASF di Pulau Muara Besar dan projek itu dijangka menelan pelaburan kira-kira AS$1.6 bilion (RM4.89 bilion).

Beliau berkata, projek kedua membabitkan cadangan memajukan sebuah limbungan fabrikasi di Brunei oleh Petronas menerusi anak syarikatnya, Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved