Sabtu, 27 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


206 karton rokok dirampas

Posted:

206 karton rokok dirampas

206 karton rokok dirampas

27/08/2011 2:53pm

LUMUT – Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak merampas 206 karton rokok putih pelbagai jenama bernilai RM14,470 dalam serbuan ke sebuah sebuah rumah kedai di Ayer Tawar, Sitiawan dekat sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM DSP Shaari Ariffin berkata seorang lelaki berusia 46 tahun turut ditahan dalam serbuan pada kira-kira 9 malam itu.

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata serbuan itu hasil maklumat orang awam mengenai aktiviti penjualan rokok seludup.

"Sepasukan lima anggota telah dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan mengintip aktiviti penjualan haram itu sebelum menyerbu premis berkenaan. Hasil serbuan sebanyak 206 karton rokok putih pelbagai jenama dijumpai tersorok dalam sebuah bilik di rumah kedai itu," katanya. - Bernama

Perlis import 2,000 lembu

Posted:

Perlis import 2,000 lembu

Perlis import 2,000 lembu

27/08/2011 2:52pm

KANGAR - Perlis membawa masuk 1,664 ekor lembu dari Thailand dan Kedah serta 47 ekor kerbau dari Thailand dan Pulau Pinang bagi memastikan bekalan dagingnya mencukupi sepanjang Aidilfitri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Sabry Ahmad berkata, selain itu 700 tan matrik ikan juga dibekalkan tiga pembekal utamanya bagi menampung keperluan rakyat Perlis.

Oleh itu, diharapkan orang ramai tidak membuat pembelian panik menjelang Aidilfitri kerana barangan keperluan mencukupi, katanya kepada pemberita, selepas melancarkan Karnival Industri Asas Tani dan Pasar Tani Khas Aidilfitri, di sini hari ini.

Mengulas mengenai karnival anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) itu, Ahmad berkata mereka mensasarkan jualan RM280,000 sepanjang tiga hari ia berlangsung.

Selain itu katanya, Fama juga menganjurkan program "Jimat Belanja Dapur" yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini bagi membantu pengguna berberbelanja secara berhemah.

Melalui program yang dilaksana di pasar tani Fama itu, pengguna dapat berjimat sehingga 15 peratus daripada belanja dapur mereka, katanya. - Bernama

Teksi diskaun Medan Tunku

Posted:

Teksi diskaun Medan Tunku

Teksi diskaun Medan Tunku

27/08/2011 2:50pm

ALOR SETAR - Pakatan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Medan Tunku di sini memberi diskaun 10 peratus kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan teksi mereka bermula hari ini hingga hari raya ketiga.

Pengerusinya Muhamad Radzuan Ahmad berkata diskaun tambang itu untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutamanya di sekitar Bandaraya Alor Setar.

"Kita menyambut dua perayaan serentak iaitu perayaan Hari Kebangsaan dan perayaan Aidilfitri. Jadi orang ramai sudah mula pulang ke kampung menyebabkan jalan-jalan di sekitar Alor Setar malah di jalan-jalan lain seperti Jalan Langgar juga mengalami kesesakan.

"Apabila kita memberi potongan harga kepada mereka, saya harap mereka boleh menggunakan perkhidmatan teksi bagi mengurangkan kesesakan yang dialami," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat 50 teksi yang bernaung di bawah pakatan itu dan orang ramai boleh mengenalinya menerusi pelekat yang ditampal di hadapan teksi.

"Potongan ini hanya melibatkan teksi dalam persatuan pakatan kami sahaja.

Untuk persatuan teksi yang lain, saya tidak pasti sama ada mereka juga turut memberi diskaun," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved