Khamis, 25 Ogos 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kopitiam eratkan hubungan kaum

Posted:

Kopitiam eratkan hubungan kaum

Kopitiam eratkan hubungan kaum

Oleh NURUL HALAWATI AZHARI

UNCLE Wong sudah mula membantu di kedai kopi yang dibuka oleh datuknya 80 tahun lalu di Pekan Parit, Perak sejak umurnya 16 tahun.


PEKAN Parit tidaklah besar dan membangun seperti sebuah bandar, tetapi jarang bagi mereka yang berkunjung ke sini meninggalkannya tanpa membawa pulang kenangan manis.

Pekan yang letaknya di daerah Perak Tengah itu juga tidak sesibuk bandar raya Ipoh mahupun Teluk Intan, namun keistimewaan dan keharmonian masyarakatnya dapat dirasai walaupun pada hujung minggu.

Suasana pagi minggu di pekan yang bermercutandakan sebuah jam tinggi itu tidaklah sesibuk seperti hari-hari biasa. Jalan utamanya lengang kerana tidak ramai yang bergegas mahu ke tempat kerja manakala anak-anak sekolah masih diulit mimpi.

Namun, hujung minggu di pekan kecil itu tetap hidup dengan masyarakat setempat yang keluar ke pasar. Ada juga yang bersarapan di kedai-kedai kopi atau juga dikenali sebagai kopitiam.

Di sekitar Pekan Parit sahaja terdapat kira-kira 16 buah kopitiam yang tidak pernah surut daripada kunjungan masyarakat setempat mahupun orang luar. Ia dibuka di deretan bangunan-bangunan lama bercirikan Inggeris yang dibina sejak tahun 1928.

Generasi ketiga


ABDUL KADIR telah 20 tahun menebar roti canai di kopitiam milik Wong Hai Chu.


Pemilik kopitiam Wong Hai Chu, 70, adalah generasi ketiga yang meneruskan tradisi kopitiam keluarga Wong. Sejak umurnya 16 tahun, Wong Hai Chu yang lebih mesra dengan panggilan Uncle Wong sudah mula melakukan kerja-kerja di kedai kopi yang dibuka oleh datuknya sejak lapan dekad lalu.

Tangan tuanya cukup cekap membancuh pelbagai jenis minuman yang diminta pelanggan. Sesekali suara dan gelak ketawanya yang ceria memenuhi ruang kedai yang memuatkan 12 buah meja bulat itu.

Kata Uncle Wong, sentuhan istimewanya ialah pada kopi susu turun temurun yang dipelajari daripada mendiang datuknya.

"Kalau minum hari ini, nanti malam boleh mimpi. Esok pasti datang lagi," gurau Uncle Wong yang sangat mesra dan sentiasa tersenyum.

Selain menu tradisi kopitiam iaitu pelbagai jenis kopi dan teh, roti kaya, telur separuh masak, cucur cakoi, pau pelbagai inti dan nasi lemak daun pisang, Uncle Wong turut menyediakan ruang hadapan kedainya buat peniaga roti canai, Abdul Kadir Yeop Abdul Manaf, 50.

Bagi Uncle Wong yang mengusahakan kedai kopi itu bersama isterinya, pelanggan yang berkunjung ke kedai kopinya bukanlah orang asing. Ada yang dikenali sejak kecil malah ada juga pelanggan turun-temurun iaitu generasi ketiga yang datang minum pagi di situ kerana sudah terbiasa sejak kecil.

Buktinya, sambil duduk minum secawan kopi bersama telur separuh masak dan roti kaya yang dibakar dengan arang, kita boleh melihat telatah pelanggan yang keluar masuk ke situ.

Akrabnya mereka boleh dilihat melalui sapaan, gurauan dan usikan sesama mereka. Hubungan yang terjalin bukan hanya antara pelanggan dan peniaga, tetapi hubungan persahabatan kerana sama-sama membesar melihat perubahan demi perubahan yang berlaku di pekan itu.


KOPI susu yang enak ini dipelajari Uncle Wong daripada mendiang datuknya.


Abdul Kadir yang telah dua dekad menebar roti canai di kopitiam tersebut berkata, kopitiam bukan sekadar kedai tempat orang ramai bersarapan, tetapi di situlah bermulanya perbualan mengenai hal ehwal kampung, bertanya khabar, kisah bola, isu semasa hinggalah membawa kepada cerita politik negara dan dunia.

Makanan halal

Menurut Abdul Kadir, terdapat enam buah kopitiam di pekan itu yang boleh dikunjungi oleh pelbagai kaum dan menyediakan makanan halal. Tidak hairanlah mengapa kopitiam Uncle Wong dikunjungi baik kaum Melayu, Cina mahupun India.

"Pelanggan di sini semuanya saling mengenali. Kalau hari-hari biasa, ramai yang singgah bersarapan sebelum ke tempat kerja atau ke kebun. Saya fikir, kopitiam memang tempat yang boleh dikunjungi oleh semua orang, tak kira kaum mahupun agama tanpa mengira peringkat umur," kata Abdul Kadir ketika ditemui.

Kopitiam suatu ketika dulu berkonsepkan kedai tradisional Cina. Ia sudah lama diusahakan di negara ini dan Singapura. Perkataan kopitiam adalah gabungan perkataan kopi dalam bahasa Melayu dan tiam pula bahasa Hokkien yang bermaksud kedai .

Hari ini, kedai minuman berkonsepkan kopitiam boleh didapati di mana-mana dan konsepnya juga dimodenkan. Malahan ia terus menjadi tumpuan anak-anak muda yang turut membincangkan perkara dan hal ehwal yang sama.

Walau apapun konsep kopitiam yang dibawa, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengakui bahawa kopitiam atau kedai kopi adalah tempat yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di negara ini. Malah ia juga lokasi yang merapatkanhubungan sosial masyarakat Malaysia. – Bernama

Kamera digital boleh ubah lensa terkecil

Posted:

Kamera digital boleh ubah lensa terkecil

Kamera digital boleh ubah lensa terkecil


SONY NEX-C3 bukan sahaja lebih berteknologi bahkan, lebih ringan berbanding kamera model sebelumnya.


KAMERA terbaru Sony model NEX-C3 merupakan kamera digital boleh ubah lensa paling kecil dan ringan di dunia yang berada dalam kelasnya tersendiri.

Ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna, kamera NEX-C3 tampil dengan rekaan bentuk badan yang lebih baru dan interaktif.

Ia juga menggabungkan sarung atas kamera dengan logam bersama reka bentuk cengkaman bergaris yang me mudahkan penggunaan.

Dengan mengurangkan saiz litar utama, pengurangan berat kamera itu sehingga 225 gram iaitu hampir enam peratus lebih ringan daripada NEX-3.

Kualiti imej, fungsi dan keupayaan NEX-C3 turut mengatasi model NEX-3.

Resolusi sensor Exmor APS HD CMOS yang lebih besar melonjakkan lagi rakaman imej 16.2 kali lebih jelas dan efektif. Rakaman imej statik dan video 720p HD dengan tahap kecerahan yang menakjubkan.

Sama ada anda merakamkan imej video HD atau foto walaupun anda tidak biasa dengan teknik fotografi seperti seorang pakar, kamera NEX-C3 meletakkan kawalan imej yang canggih dengan capaian yang mudah.

Intuitif antara muka foto kreatif yang baru menggantikan terma teknikal seperti bukaan cahaya, tahap pendedahan dan imbangan putih dengan lebih mesra.

Tidak perlu lagi untuk terjebak dalam menu pilihan yang mengelirukan atau tercari-cari kesan efek imej ke atas imej pilihan anda.

Dengan hanya menukarkan roda kawalan di belakang kamera dan dengan segera anda dapat melihat kesan tetapan yang ditayangkan di atas skrin.

Tanpa berasa bimbang bagi mengedit imej selepas ini, satu kesan tetapan gambar baru di dalam kamera ini memberi pengguna kesan yang lebih baik dalam merakamkan imej foto atau video HD.

Beberapa 'kesan gambar' termasuk kesan warna partial, foto retro, warna pop, high contrast monochrome, posterisation, high-key dan toy camera.

Selain itu terdapat juga tetapan gambar soft skin yang mampu mengubah kesan kedut dan kecacatan daripada imej potret.

Ciri-ciri Xtra Fine LCD berukuran 7.5 sentimeter dengan kesan kontras yang tinggi menggunakan skrin teknologi trublack untuk imej yang kaya dengan kontras.

Ia merupakan cara yang mudah untuk mengambil gambar dan menghakimi kesan daripada mengubah tetapan gambar walaupun anda memaparkan imej kawasan luar dalam cahaya matahari yang terang.

Paparan imej 3D Sweep Panorama merakamkan gambar-gambar yang lebih luas dalam bentuk 3D untuk kepuasan yang lebih baik pada TV 3D anda.

Dalam satu bingkai rakaman sistem automatik HDR mampu melakukan tiga rakaman imej dalam satu pendedahan bagi merakam imej berbayang yang keterlaluan dan perincian yang lebih jelas.

Selain itu, handheld twilight dan mod antikabur yang secara automatik menggabungkan enam pendedahan untuk mengambil imej yang lebih lembut dan jelas sekali gus, menghalang imej kabur apabila anda merakam dalam pencahayaan yang kurang.

Kamera NEX-C3 mampu berfungsi lebih lasak untuk merakam lebih banyak imej yang menakjubkan dan video HD ketika mengecas bateri.

Meningkatkan efisiensi tenaga menggalakkan stamina bateri ke satu jumlah rakaman sebanyak 400 rakaman setiap caj iaitu 20 peratus lebih daripada NEX-5/NEX-3. Ia dijual dari harga RM2,199 hingga RM2,699.

A35 dengan teknologi cermin lut sinar

Posted:

A35 dengan teknologi cermin lut sinar

A35 dengan teknologi cermin lut sinar


KAMERA Sony A35 yang hadir dengan keupayaan rakaman berkelajuan tinggi.


SELAIN NEX-C3, Sony turut memperkenal sebuah kamera lagi kamera digital dengan lensa boleh ditukar dan flash terbina dalam iaitu model A35 (SLT-A35). Ia tampil dengan kepantasan gaya rakaman dan pilihan kreatif untuk jurugambar dengan pelbagai keupayaan.

Seperti yang diperkenalkan kepada model A33 dan A55, teknologi Cermin Lut Sinar oleh Sony membenarkan rakaman gambar dilakukan dengan kelajuan yang tinggi, responsif dan fokus automatik berulang sama ada anda melakukan rakaman foto atau filem HD penuh.

Model A35, melakukan kemunculan buat pertama kali tampil dengan keupayaan rakaman zoom tele berkelajuan tinggi selain, membesarkan imej pusat pada tahap 1.4 X ketika anda membidik rakaman sehingga 7 gambar sesaat (fps).

Menyediakan pengesan fokus automatik berulang untuk rakaman foto statik atau bergerak, ia ideal untuk merakamkan aksi sukan yang bergerak pantas, wajah kanak-kanak atau subjek jauh dengan satu rakaman pantas berbingkai.

Terdapat juga mod pemanduan rakaman pantas 5.5 fps yang menawarkan bidikan rakaman berulang beresolusi tinggi dengan penjejak fokus automatik (AF).

Dengan resolusi 16.2 megapiksel, sensor Exmor APS HD CMOS terkini menghasilkan perincian gambar yang menakjubkan, foto yang jelas dan imej video HD.

Melengkapi sensor yang beresolusi tinggi dan sensitiviti, cip memproses berkuasa BIONZ mampu membersih dan mengoptimumkan data imej untuk memastikan imej sempurna dan kaya warna asli dihasilkan.

Dengan sensitiviti yang maksimum, ISO 12800, ia mungkin mampu untuk merakamkan imej statik yang cantik secara asli dan video HD dalam keadaan cahaya yang rendah.

Sony A35 boleh dimiliki pada harga dari RM2,399 hingga RM2,799.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved