Kosmo Online - Negara |
Ugut jiran dengan ular sawa batik Posted: Ugut jiran dengan ular sawa batikOleh ATIKAH DALI dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM JAGETHISWARAN menunjukkan tempat ular sawa itu ditinggalkan di depan rumahnya di PPR Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemuda meletakkan seekor ular sawa batik dalam guni di hadapan rumah jirannya dengan niat menakut-nakutkan mangsa menjerat dirinya sendiri apabila dia ditangkap di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras di sini semalam. Kejadian itu berlaku pukul 9.40 malam apabila suspek yang bekerja sebagai buruh am berusia 22 tahun membawa satu karung guni berisi ular sawa sepanjang 2.4 meter. Namun ketika di hadapan rumah mangsa di tingkat lapan flat itu, dia mengalami kesukaran melepaskan ular itu untuk masuk ke dalam rumah sehingga disedari anak lelaki mangsa yang kemudian mengejar suspek dan menangkapnya. Pemilik rumah, V. Rajoo, 51, mengenali suspek dan yakin dia bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan dirinya selaku Ketua Biro Keselamatan dan Pengaduan Awam yang sering terlibat dalam kegiatan pencegahan jenayah di kawasan berkenaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Buat aduan kepada JTKKUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) diminta membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK) jika mereka masih belum menerima notis pembatalan cuti tanpa gaji. Ketua Pengarah JTK, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil pengurusan syarikat itu untuk siasatan selepas menerima aduan daripada pihak kesatuan. "Kami akan dapatkan penjelasan daripada pengurusan Dawama kenapa mereka tidak mematuhi arahan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam supaya notis itu dibatalkan,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam. Kosmo! pada 2 Ogos lalu melaporkan nasib malang pekerja Dawama yang menerima notis cuti tanpa gaji ekoran masalah kewangan yang didakwa dialami oleh pihak pengurusan menjelang awal Ramadan Isnin lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Pesta dadah berakhir di lokapKUALA LUMPUR - Bulan Ramadan yang sepatutnya diisi dengan kegiatan keagamaan bertukar sebaliknya apabila sekumpulan 12 orang yang beragama Islam termasuk empat wanita leka menyertai pesta dadah di sebuah apartmen di ibu kota. Kesemua mereka yang berusia di antara 19 dan 33 tahun merancang pesta tersebut kononnya untuk meraikan hari jadi salah seorang rakan mereka dengan menyewa sebuah unit apartmen D-Villa Residence di Jalan Ampang di sini. Bertindak atas maklumat awam, polis menyerbu rumah itu tersebut pada pukul 2 pagi semalam. Ketika ditahan sebahagian daripada mereka gagal melarikan diri kerana dipercayai sedang khayal dadah. Semua suspek pada waktu itu berpakaian lengkap. Mereka menyewa apartmen tersebut selama dua hari dengan kadar sewa RM380 semalam. Ketika serbuan, enam lelaki dan tiga wanita berada di ruang tamu manakala tiga lagi termasuk seorang wanita pula berada di dalam bilik. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan