Kosmo Online - Negara |
Cekik, balut, seret mayat wanita Posted: Cekik, balut, seret mayat wanitaOleh MOHD.AZLI ADLAN ORANG RAMAI mengusung jenazah Rohani yang mati disyaki dibunuh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat dua Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun, Ipoh semalam. IPOH - Kebimbangan seorang Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mengenai rumahnya yang dipecah masuk hingga mengakibatkannya kerugian RM15,000 sampai ke kemuncaknya apabila dia ditemui mati dicekik semalam. Mayat Dr. Rohani Kasim, 38, yang masih bujang ditemui dibalut dengan selimut tebal dan ditinggalkan oleh tiga lelaki dipercayai jirannya di atas tangga di tingkat dua Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun dekat sini. Difahamkan, tiga penjenayah terbabit bertindak meninggalkan mayat anak ketujuh daripada 10 beradik itu di situ pada pukul 3 pagi selepas terserempak dengan beberapa penghuni ketika mereka disyaki hendak mengangkat mayat tersebut untuk dilupuskan. Mangsa sebelum ini menjawat jawatan Pendaftar Kolej Pertanian Malaysia, Sintok, Kedah. Dia kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang dan berpindah ke situ bulan lalu. Kakak mangsa, Ruzaina, 41, memberitahu, sebelum kejadian, adiknya ada mengadu yang dia bimbang mengenai keselamatan dirinya yang tinggal bersendirian di rumah baharu tersebut berikutan premis itu telah dipecah masuk kira-kira seminggu sebelum Ramadan. "Ketika kami bertemu di kampung di Parit Haji Ali, Bagan Serai Isnin lalu, dia mengadu kerugian RM15,000 apabila barang kemasnya telah dilarikan penjenayah. "Selain itu, dia juga tertekan berikutan pejabatnya diserbu ramai penternak lembu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mengharamkan penyembelihan lembu betina baru-baru ini," ceritanya ketika ditemui di sini semalam. Sementara itu, tukang kebun apartmen tersebut, Mohd. Faisal Mat Ghani, 28, berkata, dia bergegas ke blok tersebut sebaik terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi riuh-rendah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Isteri jumpa mayat suami tergantung Posted: Isteri jumpa mayat suami tergantungANGGOTA polis mengangkat mayat Surendren yang ditemui mati tergantung di Jalan Bukit Lagi, Kangar semalam. KANGAR - Seorang isteri yang pulang ke rumah selepas dua hari merajuk setelah bergaduh dengan suaminya tergamam apabila menemui mayat lelaki itu tergantung di tengah rumah di Jalan Bukit Lagi di sini semalam. M. Rajasepery, 32, yang ingin mengambil pakaian di rumah terkejut apabila melihat mayat suaminya, P. Surendren, 29, terlentang di atas lantai dengan tali yang diguna untuk menggantung diri masih berada di lehernya pada pukul 1 petang. Mengimbau semula kejadian itu, Rajasepery memberitahu, dia bertindak keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudara selepas mereka sering bergaduh dan dipukul suaminya sejak sebulan lalu. Katanya, dia tidak tahu punca sebenar suaminya bertindak demikian. "Mungkin dia (Surendren) tertekan selepas saya membuat laporan polis ekoran pergaduhan tersebut. "Kami baru sebulan tinggal bersama kerana sebelum ini suami tinggal di Sungai Petani, Kedah di rumah isteri pertama. "Kami baru sahaja berkahwin kerana perkahwinan suami dengan isteri pertama tidak dikurniakan anak. Suami bekerja di kedai tayar dan saya telah membuat dua laporan polis kerana saya sering dipukul," dakwanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Ustaz tertoreh kepala pelajarOleh MUSTAPA LAKAWA zafiyah IBRAHIM menunjukkan kepala anaknya, Muhamad Hafidza yang terpaksa menerima beberapa jahitan di Kampung Pengadang Baru, Marang semalam. KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala selepas tertoreh pisau kecil yang dipegang seorang ustaz dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang dekat sini kelmarin. Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu didakwa berlaku ketika guru agama berusia 55 tahun berkenaan cuba menarik pelajar tingkatan dua itu yang berada di kelas bersebelahan kerana ponteng dari kelas sendiri. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ustaz berkenaan bertindak demikian selepas didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, Muhamad Hafidza Wajahid, 14, yang dikatakan sengaja keluar dari kelas untuk ponteng. Sebelum kejadian, menurut beliau, mangsa ada berjumpa dengan ustaz terbabit dan meminta kebenaran untuk keluar membuang air kecil. Namun, ustaz itu enggan membenarkan mangsa keluar kerana mengesyaki dia mahu ponteng kelas. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan