Kosmo Online |
- UniKL-RCMP, VMU tawar program perubatan
- UPSI lancar portal bantu mangsa buli
- OKU dakwa tayar kereta dikunci HKL
UniKL-RCMP, VMU tawar program perubatan Posted: UniKL-RCMP, VMU tawar program perubatan14/07/2011 9:51pm KUALA LUMPUR - Universiti Kuala Lumpur-Kolej Perubatan Diraja Perak (UniKL-RCMP) dan sebuah kumpulan pendidikan terulung India, Vinayaka Missions University (VMU) menjalin perkongsian bijak untuk memulakan program perubatan peringkat ijazah, Program Perubatan UniKL-Salem. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr Abdul Hakim Juri berkata, pengambilan pertama 50 pelajar tajaan Mara bagi program perubatan UniKL-Salem memulakan pengajian pada 4 Julai lalu di kampus RCMP Ipoh. "Perkongsian bijak antara VMU dan UniKL-RCMP juga menyediakan peluang untuk usaha sama dalam penyelidikan membabitkan penuntut dan tenaga pengajar," kata beliau. Pro-Canselor VMU, Datuk Dr Sharavanan Shanmugasundaram berkata, kumpulan pendidikan itu akan melabur sehingga RM40 juta untuk mewujudkan sebuah hospital serba moden yang mempunyai 200 katil di Salem, India, khusus bagi melatih para penuntut perubatan yang mengikuti program pengajian itu. "Perkongsian ini adalah satu peluang bagi membangunkan hubungan perubatan antara India dan Malaysia yang mempunyai sejarah panjang yang menyaksikan ramai doktor Malaysia mendapat latihan perubatan di India," katanya. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
UPSI lancar portal bantu mangsa buli Posted: UPSI lancar portal bantu mangsa buli14/07/2011 9:27pm TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini melancarkan portal E-Buli hari ini yang bertujuan membantu mangsa buli dan menangani penularan gejala tidak sihat itu khususnya di kalangan remaja. Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Aminah Ayob berkata, melalui portal itu masyarakat di negara ini boleh memperolehi maklumat mengenai gejala buli di samping berinteraksi dengan pakar kaunseling yang disediakan UPSI. "Maklumat di dalam portal itu merupakan hasil penyelidikan gejala buli yang dilakukan penyelidik UPSI sejak 2004," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran portal itu. Pelancaran portal itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan turut dihadiri wakil persatuan ibu bapa dan guru, institusi pengajian tinggi awam serta swasta. Aminah berkata, bagi remaja, portal itu boleh dijadikan tempat meluahkan masalah yang dihadapi dan mereka boleh berinteraksi secara interaktif dengan pakar kaunseling UPSI melalui laman sosial Facebook yang dihubungkan melalui portal itu. Portal itu boleh dilayari menerusi laman web http://ebuli.upsi.edu.my. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
OKU dakwa tayar kereta dikunci HKL Posted: OKU dakwa tayar kereta dikunci HKL14/07/2011 4:51pm KUALA LUMPUR - Seorang warga emas yang juga orang kelainan upaya (OKU) mendakwa tayar keretanya telah dikunci pihak pengurusan parkir Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana meletakkan kereta di kawasan yang salah. P.Palaniappan, 60, seorang pesara mendakwa beliau datang ke hospital terbabit bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan pagi ini. "Oleh kerana tempat letak kenderaan termasuk OKU telah penuh di hospital, saya terpaksa berlegar-legar bagi mencari tempat letak kereta. "Saya lihat pada setiap tanda meletak kenderaan OKU dan mendapati hampir separuh daripadanya telah dipenuhi kenderaan staf hospital," dakwa beliau. "Oleh itu saya terpaksa meletakkan kereta di satu kawasan yang tidak dibenarkan kerana saya tidak mampu berjalan jauh dengan keadaan saya sekarang. Setelah selesai rawatan, saya dapati tayar telah dikunci dan saya perlu jelaskan bayaran sebanyak RM50," katanya di sini, hari ini. Beliau mendakwa walaupun telah mempamerkan pelekat khas OKU yang telah dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kereta Proton Myvinya itu, pihak pengurusan enggan mengalah dan terus mempersalahkannya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan