Khamis, 14 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Penjagaan gigi palsu

Posted:

Penjagaan gigi palsu

Penjagaan gigi palsu


SEBAHAGIAN wakil media yang terlibat dalam bengkel penjagaan gigi palsu anjuran Polident baru-baru ini.


MEMILIKI barisan gigi yang sihat dan putih berseri menjadi impian ramai orang. Bagaimanapun, bukan semua orang bernasib baik dan mempunyai gigi kekal sepanjang hayat kerana kehilangan gigi lebih awal akibat penyakit gusi, kerosakan gigi dan kekurangan nutrisi.

Justeru, penggunaan kaedah alternatif seperti gigi palsu atau implan gigi merupakan penyelesaian terbaik bagi golongan itu dalam menikmati kehidupan yang berkualiti di samping meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan masyarakat.

Biarpun jumlah pemakai gigi palsu di Malaysia dianggarkan mencecah kira-kira tiga juta orang iaitu antara jumlah yang tertinggi di rantau Asia, namun pengetahuan tentang kaedah betul penjagaannya dalam kalangan masyarakat masih rendah.

Masih ramai pengguna gigi palsu yang keliru tentang aspek asas penjagaan, pemakaian gigi palsu dan teknik untuk mengoptimumkan tahap keselesaan pemakaiannya.

Baru-baru ini, GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare yang mengeluarkan rangkaian produk penjagaan gigi Polident (Polident Denture Care) menganjurkan bengkel penjagaan gigi palsu bersama pakar pergigian dari Universiti Newcastle, Profesor Angus Walls yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut Walls, mereka yang menggunakan gigi palsu cenderung mengubah pilihan makanan sedia ada untuk mengelak daripada ketidakselesaan ketika mengunyah atau bimbang sisa makanan terlekat di bawah gigi palsu yang dipakai.

"Tanpa disedari, perubahan ini berpotensi untuk memberi impak kepada kesihatan oral, kecenderungan mendapat penyakit dan boleh menjejaskan tahap kesihatan pemakainya akibat kekurangan zat makanan," katanya.

Walls berkata, penggunaan pelekat gigi palsu yang sesuai boleh mengelakkan masalah itu kerana pelekat terbabit menghalang cebisan makanan daripada terperangkap di antara lelangit dan gigi palsu.

"Penggunaan pelekat gigi palsu akan menguatkan kunyahan dan memberikan pemakai gigi palsu kebebasan untuk memilih variasi makanan yang menjanjikan nutrisi yang lebih baik.


GIGI palsu perlu dibersihkan dengan teliti untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan keradangan.


"Pada masa yang sama, pelekat itu juga memastikan gigi palsu kekal di tempatnya dan mengelakkannya daripada tertanggal ketika mengunyah, ketawa atau bertutur," ujarnya lagi.

Pada bengkel itu juga, peserta-peserta turut didedahkan tentang aspek penjagaan gigi palsu yang konsisten seperti gigi asal untuk mengelakkan masalah seperti nafas berbau dan daripada kesan-kesan kotor yang degil.

Pembentukan bakteria

Ujar Walls, pembersihan yang tidak sempurna menyebabkan pembentukan bakteria. Kesannya, ia menyebabkan iritasi berterusan pada bahagian atas lelangit dan menyebabkan radang pada bahagian bawah gigi palsu tersebut.

"Inflamasi ini akan mengakibatkan kerosakan pada tulang yang menyokong gusi dan menjadikan gigi palsu kurang stabil dan juga mempunyai kaitan dengan tanda-tanda sistemik inflamasi umum yang dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis 2.

"Membersih gigi palsu menggunakan berus gigi atau penggunaan pembersih gigi palsu yang terdapat di pasaran mampu mengurangkan bakteria yang menyebabkan mulut berbau, menghilangkan kekotoran degil pada gigi dan mengekalkan tahap kesihatan pemakai gigi palsu," katanya.

Beliau turut menasihatkan pemakai gigi palsu agar tidak ragu-ragu menjalani pemeriksaan gigi atau pakar yang berkaitan tentang penggunaan gigi palsu yang betul.

Ketika ini, Polident turut menawarkan talian bebas tol Polident Careline 1800-18-1000. Pengguna gigi palsu boleh membuat panggilan untuk khidmat nasihat secara percuma tentang masalah pemakaian gigi palsu dan mendapatkan nasihat bagaimana krim itu boleh mendatangkan faedah kepada mereka. Maklumat tentang diri mereka jiga dirahsiakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved