Kosmo Online |
- 22 tan ekor lembu Argentina dirampas
- Penyelia tadika kena perketat keselamatan
- Tol Lebuh Raya Senai Desaru mula Ahad
22 tan ekor lembu Argentina dirampas Posted: 22 tan ekor lembu Argentina dirampas08/07/2011 9:16pm PELABUHAN KLANG — Kastam Selangor mematahkan cubaan membawa masuk 22,750 kilogram ekor lembu beku bernilai RM342,150 menerusi Pelabuhan Utara, di sini semalam. Pemangku Pengarah Kastam Selangor, Mohd. Pudzi Man berkata, ekor lembu itu ditemui dalam sebuah kontena yang diikrar sebagai lobak merah dan dipercayai dibawa dari Argentina. Walaupun pengimportan ekor lembu tidak dikenakan cukai namun ia disyaki tidak mempunyai permit import dari Jabatan Veterinar dan juga sijil halal katanya pada sidang media, di sini hari ini. Mohd. Pudzi berkata, pihaknya sedang mengesan pengimport terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 (semakan 1980). — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Penyelia tadika kena perketat keselamatan Posted: Penyelia tadika kena perketat keselamatan08/07/2011 9:16pm KUALA TERENGGANU — Penyelia setiap Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) diarah supaya mengambil langkah keselamatan yang lebih ketat bagi menghalang kejadian yang tidak diingini, seperti insiden lelaki kurang siuman menawan sebuah Tadika di Muar, Johor semalam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, antara langkah yang perlu dibuat ialah setiap Tadika hendaklah menyediakan sistem perhubungan yang cepat dengan polis dan pihak pasukan keselamatan yang lain. Beliau berkata, setiap Tadika hendaklah mempunyai nombor telefon polis atau pihak berkuasa yang lain supaya senang dihubungi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. "Guru-guru Tadika pula harus lebih berwaspada dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa jika disyaki tempat mereka diceroboh," katanya demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan pemimpin Rukun Tetangga dan pemimpin masyarakat seluruh Terengganu di sini hari ini. Mengulas kejadian 30 murid dan empat guru Tadika ditawan oleh lelaki kurang siuman yang menggunakan parang dan tukul itu, beliau berkata kejadian yang berlaku itu tidak dijangka. — LAGI TADIKA-KESELAMATAN 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU "Jika ada orang kurang siuman berbuat demikian, sukar bagi kita untuk menghalang," katanya. Sementara itu, Koh berkata kini terdapat sebanyak 5,277 buah Rukun Tetangga melibatkan 130,000 anggota jawatankuasa. "Setiap hari ada saja Rukun Tetangga baru ditubuhkan. Kita sasarkan setiap tahun 300 buah Rukun Tetangga ditubuhkan di setiap negeri, tetapi ia telah melebihi kepada 500 buah," katanya. Beliau berkata, peranan Rukun Tetangga yang bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis sangat penting demi menjaga keamanan di sesuatu kawasan kediaman. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tol Lebuh Raya Senai Desaru mula Ahad Posted: Tol Lebuh Raya Senai Desaru mula Ahad08/07/2011 8:55pm KUALA LUMPUR — Pengguna Lebuhraya Senai Desaru (SDE) akan dikenakan bayaran tol bermula pukul 12.01 tengah malam esok. Ketua Kewangan dan Perkhidmatan Korporat Senai Desaru Expressway Berhad, Jamal Abdul Nasir Taharim berkata, kewujudan lebuh raya itu memendekkan tempoh perjalanan dari Senai ke Desaru kepada hanya 45 minit. "Perjalanan dari Senai ke Desaru lebih cepat dan selesa berbanding laluan sedia menggunakan Jalan Persekutuan 3 dan J92 yang mengambil masa hampir dua jam," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. SDE dibuka kepada umum 10 Jun lepas dan pengguna menikmati perjalanan tanpa dikenakan tol selama sebulan sehingga 10 Julai ini. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan