Sabtu, 30 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menu tradisional Melayu

Posted:

Menu tradisional Melayu

Menu tradisional Melayu


CHEF Ismail Ibrahim (dua dari kiri) bersama pembantunya menunjukkan hidangan bufet Ramadan yang akan dihidangkan di Hotel Sunway Seberang Jaya.


MENJELANG Ramadan, Hotel Sunway Seberang Jaya (HSSJ), Pulau Pinang memperkenalkan enam set menu sebagai juadah berbuka puasa.

Pengurus Pemasaran Komunikasi HSSJ, Debra Gerardine Jayesuria berkata, kesemua set hidangan bertemakan masakan tradisional Melayu itu sudah pasti menarik minat dan selera orang ramai.

Diketuai oleh Chef Ismail Ibrahim, pihaknya membuat penambahbaikan dengan menggunakan beberapa bahan termasuk rempah ratus yang diimport dari luar negara tanpa menjejaskan konsep hidangan.

"Kami masih mengekalkan konsep masakan tradisional kerana percaya pengunjung lebih tertarik untuk menikmati masakan tradisional sepanjang bulan Ramadan berbanding masakan lain.

"Justeru itu, chef kami akan menyediakan pelbagai masakan dan hidangan tradisional untuk dinikmati termasuklah sambal belacan, ulam-ulaman dan beraneka jenis bubur," ujarnya.

Kesemua enam set hidangan ini akan digilirkan setiap hari sepanjang minggu semasa bulan Ramadan bagi memberi kelainan rasa kepada pengunjung.


KERABU mangga dengan bunga kantan.


Antara menu yang dihidangkan adalah sup ayam madura, perut masak kunyit dengan kentang, sayur nangka ikan bilis dengan kubis bulat, kambing panggang dengan aneka sos dan asam pedas sayur cendawan.

Turut mencabar selera ialah daging lembu masak rempah, udang bersos percik, kepah masak lada hitam dan rendang ayam daun limau pada harga RM58 bagi dewasa dan RM30 untuk warga emas dan kanak-kanak.

Menurut Debra, bufet berbuka puasa setiap hari itu bermula 1 hingga 27 Ogos ini di Pusat Konvensyen Sunway Karnival. Menariknya setiap RM1 yang dibayar pengunjung didermakan kepada beberapa rumah kebajikan terpilih.

Selain itu katanya, HSSJ juga menawarkan tiga cabutan bertuah untuk dimenangi oleh pengunjung bufet berkenaan dengan hadiah bernilai lebih RM3,000 termasuk pakej percutian dan penginapan di hotel terkemuka.

Justeru katanya, mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi Hotel Sunway Seberang Jaya ditalian 04-3707788. - RIZAM ZAKARIYA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pilihan kurma Meera

Posted:

Pilihan kurma Meera

Pilihan kurma Meera

Oleh ZAKI SALLEH


MOHAMED MEERA menunjukkan perbezaan antara kurma Medjoo dari Amerika Syarikat (kiri) yang lebih besar saiznya dengan kurma biasa.


KHASIAT buah kurma, atau buah tamar dalam bahasa Arab memang tidak perlu diperjelaskan lagi. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai khasiat yang tinggi.

Selain serat, gula di dalam buahnya menjadikan kurma sebagai pemanis yang menyumbang tenaga serta-merta kepada tubuh. Lantaran itulah kita disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa menahan lapar selama 12 jam serta memerlukan pengganti tenaga segera.

Bagaimanapun, hari ini buah kurma tidak lagi hanya diperoleh semasa bulan Ramadan kerana ia diimport sepanjang tahun ke negara kita. Bezanya, ketibaan Ramadan melonjakkan lagi pasarannya.

Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. (Meera) misalnya merupakan salah sebuah syarikat pembekal buah kurma terbesar di negara ini. Berpejabat di Lebuh Penang, George Town, Meera adalah perintis kepada perniagaan import eksport kurma ke negara ini sejak tahun 1954.

Ia bermula dengan kurma Babylon dari Iraq yang merupakan antara buah kurma berkualiti tinggi di dunia. Di samping buah kurma, syarikat itu juga merupakan pengimport utama rempah-ratus dari India dan negara-negara Timur Tengah.

Kini, perniagaan tersebut diwarisi generasi keduanya, Mohamed Meera Sahib yang bertindak selaku pengarah syarikat.

Menurut Mohamed Meera, sepanjang Ramadan nanti, syarikatnya menyediakan 49 jenis produk kurma untuk dipasarkan antaranya ialah Safawi, Khudri, Shazwin, Alisha dan kurma bertangkai yang diimport dari Arab Saudi.

Turut dipasarkan ialah kurma bertangkai dari Mesir, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Jordan dan Pakistan. Malah, syarikat itu juga merupakan pengimport tunggal kurma berkualiti tinggi, Meera Alwani dari Arab Saudi.

Ujar beliau, kurma bertangkai Tunisia juga antara yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana rasa manisnya yang semula jadi.

"Kebiasaannya, jualan kurma meningkat hampir 40 peratus berbanding biasa sepanjang tiga minggu sebelum menjelang Ramadan.


SEBAHAGIAN daripada 49 jenis kurma yang dipasarkan syarikat Meera sepanjang Ramadan ini.


"Oleh kerana Meera mengimport bekalan dalam jumlah yang besar daripada pembekal di luar negara, sebab itu kami dapat pasarkan kurma di sini pada harga yang cukup kompetetif dengan buah-buah berkualiti tinggi.

"Terbaharu, Meera menjadi syarikat pertama dari Malaysia yang membawa masuk buah kurma Barhi istimewa yang lazat dari bumi Rajasthan, India.

"Selepas meneroka ladang kurma Barhi pengusaha Muslim di sana bagi menilai dan meneliti tahap kualiti buah kurmanya, kami sangat berpuas hati dan yakin produk ini mampu mendapat sambutan lebih hangat pada tahun ini," ujarnya.

Jual kurma online

Seperkara lagi yang menarik, siapa sangka kurma yang dipasarkan syarikat tempatan sebenarnya telah menembusi ke pasaran negara jiran. Menerusi anak syarikatnya, PT Mohamed Meera Sahib, Meera beroperasi di Medan, Indonesia sejak beberapa tahun lalu.

Mohamed Meera berkata, bekalan di negara jiran adalah serupa dengan yang dipasarkan di sini. Katanya, potensi yang baik di sana meyakinkan pihaknya untuk bertapak kukuh.

Kemajuan teknologi maklumat turut diambil peluang oleh Meera untuk meluaskan lagi capaian perniagaannya. Bermula tiga tahun lalu, Meera turut menyediakan kemudahan tempahan dan pembelian secara pukal sebagai satu lagi usaha meningkatkan pasaran sedia ada.

Menerusi laman sesawang di www.kurma.com.my., urus niaga atas talian itu boleh dibuat pada bila-bila masa dengan cara pembayaran sama ada menggunakan kad kredit, pay pal atau pindahan wang bank.

Sebagi contoh, kurma alwani hanya RM11 sekotak, kurma alwani ambera pula RM35, manakala kurma madu rotab atau bam pula hanya RM7 setiap satu.

Bagi jualan pukal pula, pelanggan ditawarkan harga serendah RM25 sekilogram (kg) bagi kurma safawi, medjool (RM51), ajwa (RM85) di samping buah-buah kering seperti apricot (RM35) dan buah tin (RM30).

"Kita memperkenalkan kemudahan ini bagi memberi kesenangan kepada pelanggan untuk membeli kurma walaupun ketika berada di rumah dengan hanya melayari laman sesawang untuk membuat pilihan.

"Dengan hanya sekali klik (selepas membuat bayaran secara atas talian), pesanan akan dihantar terus ke rumah pelanggan menerusi penghantaran kurier. Bagi tempahan di Semenanjung Malaysia, pesanan akan diterima sehari selepas pesanan," ujarnya.

Akuinya, kaedah tersebut memang memudahkan pelanggan kerana buktinya kira-kira 15 peratus jualan Meera adalah menerusi pesanan atas talian. Bagaimanapun katanya, rata-rata pelanggan sedia ada masih senang berurusan terus ke kedai termasuk bagi membuat pesanan secara pukal.

Di samping laman sesawang, Meera turut mewujudkan blog khas mengenai buah-buah kurma yang dipasarkan menerusi blog.kurma.com.my yang boleh ditatapi orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved