Sabtu, 9 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Warisan tertua bandar Raub

Posted:

Warisan tertua bandar Raub

Warisan tertua bandar Raub



TRIO pembunuh kejam negara, Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail dan suami, Mohd. Affandi Abdul Rahman serta pembantunya, Juraimi Hussin, pernah ditahan reman lebih kurang tiga minggu di dalam bangunan yang berusia 105 tahun ini.

Pasangan bomoh yang terkenal dengan ritual pemujaan untuk menarik duit itu kemudian didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993 di Kampung Peruas, Ulu Dong, 20 kilometer dari bandar Raub, Pahang.

Ia bukan tragedi kematian biasa, tetapi dianggap sebagai kes pembunuhan tragik lagi mengerikan.

Memetik kata-kata Timbalan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad ketika menghujah balas untuk membantah rayuan tiga penjenayah tersebut di Mahkamah Rayuan pada tahun 1997, Juraimi dalam keterangannya memberitahu, dia memotong leher Datuk Mazlan dengan kapak yang dipegang.

Cebisan mayat Mazlan yang dipotong kepada 18 bahagian ditemui ditanam di dalam lubang bahagian stor yang terletak di belakang rumah Mona Fandey.

Dipercayai, cebisan daging itu ditanam secara berperingkat dengan keadaan berdiri secara menegak bermula daripada kaki hingga ke kepala.

Sebagai langkah terakhir, lubang tersebut ditutup dengan bancuhan simen dengan harapan tiada bukti yang dapat ditemui.

Bagaimanapun dengan kecekapan polis dan pihak perundangan, ketiga-tiga pembunuh kejam ini akhirnya menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka lapan tahun selepas itu.

Mereka digantung sampai mati pada pagi 2 November 2001 di Penjara Kajang, Selangor.

Bangunan tertua

Di sisi lainnya, tidak keterlalauan jika dikatakan nama daerah Raub turut mendapat tempias ekoran tragedi berdarah itu.

Jika sebelum itu, nama Raub hanya terkenal dalam kalangan warga setempat dan pengguna laluan alternatif untuk pulang ke Kelantan, selepas Julai 1993, ramai yang berminat untuk mengenalinya.

Terletak 110 kilometer (km) dari Kuala Lumpur, Raub sebenarnya mempunyai lakaran sejarah dan perkembangan urbanisasi yang menarik.

Daerah yang terletak di antara antara dua banjaran, iaitu banjaran Utama dan banjaran Gunung Benom itu tidak hanya kaya dengan hasil hutan dan kayu-kayan malah dilimpahi dengan logam emas di kawasan sungainya.

Dek tarikan alami yang melimpah-ruah itu, British mula menjalankan aktiviti pembangunan di Raub sejak awal abad ke-20.

Sebagai pusat tumpuan ekonomi kedua terbesar di Pahang selepas Kuala Lipis, sebuah balai polis dibangunkan pada tahun 1900 berdekatan dengan stor penyimpanan bijih timas dan emas, pejabat pos dan juga hospital.

Untuk menampung prasarana keselamatan di sebalik kepesatan aktiviti perniagaan dan bertambahnya penduduk yang datang dari luar, sebuah lagi balai polis baru dibina pada tahun 1906 di tapak balai yang ada sekarang.

"Di balai inilah Mona, suami dan pembantunya ditahan reman sementara mendapat perintah mahkamah," ujar Inspektor Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Raub merangkap Ketua Polis Balai Raub, Inspektor Zukifli Mohd. Ali Piah.


JERIJI besi di lokap lama ini pernah menempatkan trio pembunuh kejam iaitu Mona Fandey, suaminya, Affandi dan pembantu mereka, Juraimi, kerana disyaki membunuh Datuk Mazlan Idris pada Julai 1993.


Meninjau ke bangunan yang masih berdiri teguh biarpun usianya lebih seabad, penulis kagum dengan rekaan seni binanya yang menyerupai banglo lama.

Bahagian bawah balai ini dibina daripada batu manakala siling dan dinding tingkat atas distruktur daripada susunan kayu bermutu tinggi.

Di sebelah belakangnya pula, terdapat lokap yang mempunyai enam sel yang dipisahkan oleh laluan berbumbung genting.

"Dahulu balai polis ini dikenali sebagai rumah pasung kerana fungsinya yang bukan sahaja sebagai balai polis tetapi juga lokap untuk pelaku kesalahan jenayah.

"Ia digunakan sehingga tahun 2006 sebelum kami berpindah ke bangunan baru dibina di tapak sama," kata Zulkifli.

Selepas lima tahun sepi tanpa penghuni, rumah pasung itu tidak ditinggalkan terus sebaliknya tetap dijaga rapi.

"Rumah Pasung adalah antara bangunan tertua di Raub. Ia memiliki 1001 cerita dan sejarahnya yang tersendiri, malah Jabatan Warisan Negara telah mewartakan bangunan ini sebagai bangunan bersejarah pada tahun 2008," katanya.

Turut bangga dengan kemegahan balai polis lama tersebut, pihak IPD Raub mengalu-alukan lawatan daripada pelbagai pihak dengan tujuan untuk mendekatkan lagi institusi polis di daerah berkenaan.

"Sebarang permohonan untuk melawat boleh diajukan secara bersurat kepada IPD Raub.

"Selain lawatan, rumah pasung ini juga telah menarik minat syarikat produksi luar negara untuk mengadakan penggambaran filem di sini dalam masa terdekat," katanya.

Sementara iu, Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abd. Rahman berkata, pihaknya optimis bangunan balai polis lama tersebut berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan yang menarik di Raub.

Diserang komunis


DI lokap baru, selain dikawal oleh polis penjaga lokap, pergerakan orang yang ditahan di sel turut dipantau menggunakan kamera litar tertutup (CCTV).


"Ia bukan bangunan biasa. Ia adalah saksi kepada evolusi peradaban masyarakat dan pembangungan sosioekonomi di daerah ini.

"Dalam lipatan sejarahnya, bangunan ini adalah kubu yang mempertahankan lubuk bijih dan emas.

"Malah, ia turut bertanggungjawab mengawal dan membanteras kegiatan komunis yang aktif menjalankan operasi bersenjata dan gerakan subversif di sekitar bandar ini," jelasnya.

Dibina dengan gabungan rekaan kolonial di bahagian bawah dan Melayu di sebelah atas, bangunan ini mempunyai sentuhan arkitektur yang menarik.

Dicat dengan warna putih sebagai simbolik bersih, cekap dan amanah, binaan ini diserikan dengan calitan rona coklat di kawasan berkayu yang bertindak sebagai pembangkit nilai rustik.

Di lantai bawah, sebaik sahaja memasuki balai lama ini, pengunjung disambut tempat menerima aduan sebelum dibawa meninjau bilik maklumat balai, bilik operator dan stor senjata api.

Melangkah memijak tangga yang terletak di sebelah kiri dan kanan bangunan, pengunjung perlu keluar dari bangunan balai sekiranya ingin ke tingkat atas.

Di ruang atas pula, suasananya tidak banyak beza. Tiada dinding pemisah ataupun daun pintu yang dapat menyekat pandangan antara satu sama lain.

Pernah diserang oleh komunis yang ingin mencuri bijih dan emas, bangunan rumah pasung ini tidak pernah diubahsuai sejak pembinaannya.

"Walaupun ia tidak digunakan lagi sebagai balai polis, ia masih wajar untuk digunakan.

"Selain menjadi produk pelancongan, ia boleh dijadikan galeri polis Raub, rumah kelab atau rumah rehat eksklusif," cadang Amran.

Penulis membayangkan, menginap semalam dua di bangunan berusia 105 tahun di tengah bandar Raub tentunya menawarkan pengalaman baru yang pasti mengujakan!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banglo misteri Seksyen 2

Posted:

Banglo misteri Seksyen 2

Banglo misteri Seksyen 2

Oleh KUMARA SABAPATY
ahad@kosmo.com.my


RUMAH banglo di Seksyen 2 yang dipercayai menyimpan pelbagai kisah misteri seperti yang didakwa para penyewanya.


INSIDEN menyeramkan ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu apabila sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyewa sebuah banglo berhampiran kampus tempat mereka belajar di Seksyen 2.

Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai empat bilik, satu di tingkat bawah manakala tiga lagi di tingkat atas. Jarak kediaman mereka dengan kampus UiTM kira-kira dua kilometer sahaja.

Lapan orang pelajar itu memasuki rumah itu dengan perasaan berbelah-bahagi. Pertama, tuan rumah hanya mengambil RM50 wang deposit dan bayaran sewa hanya RM50 sebulan.

Kedua, tuan rumah melarang penyewa membawa banyak barang kerana takut menyusahkan mereka apabila hendak dibawa keluar semula nanti. Ketiga, terdapat sebatang pokok kayu ara yang sangat besar di tepi rumah itu yang dahannya boleh memasuki tingkap bilik atas.

Insiden

Insiden pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi sehari selepas mereka mendiami rumah tersebut. Salah seorang penghuni, Azmi, yang hendak membuang air besar mendapati tandas di tingkat bawah terkunci dan ada bunyi orang menarik flush.

Lantaran tidak tahan menunggu lama, Azmi menjerit menyuruh orang di dalam tandas itu supaya cepat. Jeritan Azmi menyebabkan semua penghuni berkumpul di tingkat bawah.

Yang peliknya, kelapan-lapan mereka ada di situ. Jadi siapa yang ada di dalam tandas? Selepas pintu tandas itu direntap, mereka terkejut kerana tiada siapa di dalamnya.

Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau. "Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil.

"Di dalam bilik itu cuma ada Lan yang tidur di katil atas. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, Lan sedang menonton DVD bersama kawan yang lain.

"Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil Lan membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.

"Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk," kata seorang penulis blog.

Kisah yang ditulis penulis ini telah tersebar di Internet, dihantar dari e-mel ke e-mel dan dipetik oleh pelbagai blog lain. Identiti asal penulis ini tidak diketahui.

Disebabkan tidak tahan diganggu, kami keluar pada pukul 3 pagi dan melepak di sebuah restoran mamak. Rupa-rupanya, ramai yang terkena pada malam itu.

"Wak yang sedang muat turun lagu lebih kurang pukul 12 malam terdengar bunyi orang membaling batu dekat tingkap biliknya. Bila dijenguk, dia nampak ada seorang budak perempuan duduk di atas kayu ara di sebelah rumah itu.

"Budak itu pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang," cerita si penulis blog tadi.

Dia menyambung cerita: "Azmi pula nampak budak perempuan melambai tangan kepadanya. Budak itu tiada kaki! Manakala Sam, tergamam melihat hantu di siling rumah. Tapi bila aku kata kaki aku kena tarik ketika mereka asyik menonton DVD, mereka kata, 'bila masa kami tengok DVD'."

Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.

Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.

Kosong

"Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.

"Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini," kata Yusof lagi.

Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.

"Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100," katanya.

Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.

"Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka," cerita Yusof.

"Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini," ujar Yusof kepada Jurnal.

Sebuah lagi rumah yang didakwa misteri terletak di Jalan Bunga Raya, Seksyen 2. Terdapat sebatang pokok besar di tepi banglo itu dengan daunnya menyentuh tingkap rumah. Banglo dua tingkat itu sedang diubahsuai dipercayai oleh pemiliknya yang baharu.

Mac lalu, penduduk di situ terkejut kerana beberapa pekerja sibuk membersihkan rumah itu, membuang perabot yang rosak dan mengecatnya semula.

Khabarnya, rumah itu dibeli oleh seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa.

Bagaimanapun, ada juga penduduk yang menafikan cerita hantu tersebut dan mendakwa rumah yang diperkatakan itu sebenarnya tidak wujud.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki Masai dahaga darah

Posted:

Lelaki Masai dahaga darah

Lelaki Masai dahaga darah


LELAKI Masai mampu bergerak aktif selama beberapa hari dengan hanya minum darah lembu segar.


LELAKI puak Masai yang tinggal di sempadan Kenya dan Tanzania terkenal memiliki stamina dan daya tahan tubuh terhadap persekitaran yang ekstrem. Mereka boleh berlari berhari-hari untuk mencari bekalan air sambil memakai kasut yang diperbuat daripada tayar kereta.

Makanan pula bukanlah satu masalah asalkan mereka dapat menghirup darah yang mengalir daripada leher lembu yang ditebuk hidup-hidup.

"Kadang-kadang kami berlari selama lima atau enam hari, siang dan malam," kata Isaya, pelari maraton daripada kaum Masai yang tinggal di Kampung Elaui, utara Tanzania.

Isaya bersama lima rakannya menyertai Maraton London beberapa tahun lalu sebagai sebahagian kempen untuk mencari dana bagi mendapatkan sumber air bersih di tempat kelahirannya.

"Kami selalu keluar selama beberapa hari, makan dua kali sehari dan tanpa bekalan air.

Tebuk

"Jika kami tiada susu atau daging, kami menebuk leher lembu dan meneguk darah yang keluar dari situ. Jika minum cukup darah, mungkin dua atau tiga liter, ia akan memberi saya banyak tenaga dan saya boleh berjalan selama beberapa hari tanpa makanan dan air," katanya.

Darah segar iaitu makanan tradisional puak Masai diperoleh daripada haiwan yang mereka ternak.

Semasa darah itu diambil, seramai lima atau enam lelaki akan memegang lembu berkenaan. Darah akan diambil daripada vena jugular di leher haiwan berkenaan.

Seorang lelaki kemudian menggunakan anak panah yang tajam untuk menebuk leher lembu terbabit. Ia sama seperti doktor menusuk jarum ke lengan pesakit bagi mendapatkan darah. Apabila anak panah itu ditarik keluar, darah akan memancut keluar dan dikumpul ke dalam sebuah bekas.

Mereka boleh memperoleh sehingga tiga liter darah daripada seekor lembu. Selepas selesai, mereka akan menutup lubang di leher itu dengan tahi lembu bagi menghentikan aliran darah.

Sama seperti aktiviti derma darah, leher lembu yang sama akan ditebuk sekali lagi untuk mendapatkan darahnya dalam tempoh empat hingga enam minggu kemudian.

Darah seekor lembu boleh diambil sebulan sekali tanpa membahayakan haiwan itu. Selalunya, darah segar itu dicampur susu dan diminum begitu sahaja tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

Kadangkala darah dicampur dengan susu masam dan dimasak sehingga kental seperti telur dadar.

Sebenarnya, darah lembu bukan hanya diambil oleh puak Masai. Orang Eropah sendiri menggunakan darah lembu untuk membuat puding hitam dan sosej darah.


ANAK panah digunakan untuk menebuk leher lembu bagi mendapatkan darahnya.


Sihat

Orang Mongolia pula minum darah kuda mereka jika perlu manakala puak nomad di Rusia, Scythian, akan meneguk darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam pertempuran.

Sesetengah agama dan kumpulan tertentu turut menggunakan darah dalam ritual mereka. Dalam kes psikiatri pula, terdapat pesakit yang gemar menjilat darah daripada luka seseorang.

Dari segi saintifik, tubuh orang Masai dianggap luar biasa. Tahun lalu, seorang pakar nutrisi dari Universiti Friedrich Schiller di Jerman, Nadja Knoll mendapati puak itu sangat sihat walaupun mereka kekurangan makanan.

Ujian darah menunjukkan terdapat kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi dalam sel darah merah mereka.

"Kami terkejut dengan penemuan ini. Mereka adalah bukti kebolehan tubuh manusia beradaptasi," kata Prof. Dr. Gerhard Jahreis dari Jabatan Psikologi Nutrisi yang menyelia kajian berkenaan.

Pengembara di Afrika seperti rakyat Britain, Joseph Thomson (1858-1895) menggambarkan imej puak Masai yang dahagakan darah.

Menurut laporan Thomson, para penggembala Masai mengambil banyak daging, susu dan darah. Susu yang ditapaikan - sejenis yogurt, juga merupakan sebahagian daripada diet mereka.

Bagaimanapun, penemuan Knoll agak berbeza. Menurut beliau, orang Masai minum teh untuk sarapan pagi. Sesetengahnya makan bubur pada waktu pagi, air, susu dan gula.

Untuk makan tengah hari, mereka mengambil susu dan ugali iaitu sejenis makanan daripada jagung dan air. "Makan malam pula sama seperti hidangan tengah hari," kata Knoll.

Secara tradisinya, kehidupan puak Masai bertumpu pada haiwan ternakan yang merupakan sumber utama makanan mereka.

Dalam puak itu, kekayaan seseorang diukur berdasarkan bilangan lembu yang dibela selain jumlah anak yang dimiliki. Penggembala 50 ekor lembu dianggap seorang yang kaya dan dihormati apatah lagi jika dia mempunyai ramai anak.

Manakala lelaki yang tiada haiwan ternakan dikira miskin. Orang Masai percaya semua lembu di bumi adalah anugerah tuhan buat mereka, jadi mencuri lembu daripada puak lain dibolehkan walaupun jarang dilakukan. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved