Kosmo Online - Negara |
- Mati ditembak penganalisis jenayah
- Kelakar lihat cek RM1 juta
- Ahmad Kamil tergesa-gesa, bercakap cepat - Isteri
Mati ditembak penganalisis jenayah Posted: Mati ditembak penganalisis jenayahOleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF ![]() ANGGOTA polis mengusung mayat seorang lelaki yang mati ditembak di Seksyen 25, Shah Alam kelmarin. SHAH ALAM – Pertelingkahan dua rakan serumah berakhir tragedi apabila salah seorangnya maut terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim kelmarin. Kejadian pukul 9.53 malam di Blok E Flat Valencia, Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini itu berlaku apabila dua lelaki berusia 21 dan 42 tahun yang tinggal serumah di tingkat tiga bangunan bertengkar. Difahamkan, pertelingkahan tercetus apabila lelaki berusia 21 tahun yang ingin berpindah berang selepas mendapati pintu biliknya telah dirosakkan rakannya.
Lelaki berusia 42 tahun itu bekerja sebagai operator kilang manakala rakannya merupakan buruh binaan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, si mati yang gagal mengawal emosinya bertindak mengambil parang sebelum mengamuk menyebabkan rakannya melarikan diri. Katanya, pengadu kemudian pergi semula ke rumahnya sambil ditemani tiga anggota polis untuk mengambil barang-barangnya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Kelakar lihat cek RM1 jutaOleh WAZIHA WAHID
SHAH ALAM – Seorang rakan karib jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya semalam memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini yang wanita itu pernah menerima cek berjumlah RM1 juta daripada bekas peguam, N. Pathmanabhan. Junaidah Ismail, 52, memberitahu, cek tersebut ditunjukkan Sosilawati kepadanya selepas Allahyarham mengambilnya daripada Pathmanabhan ketika mereka bertemu di hadapan pejabat bekas peguam itu di Banting pada pukul 5.30 petang 3 Ogos 2010. Selepas itu, jutawan tersebut mengajaknya untuk makan di Pelabuhan Klang untuk meraikan hari lahirnya dengan menaiki kereta yang dipandu Kamaruddin Shamsuddin. Katanya, Sosilawati bertemu dengan Pathmanabhan selama lima minit dan ada perbualan di antara mereka. Ketika itu, dia dan Kamaruddin tunggu di dalam kereta. "Wati (Sosilawati) suruh saya tengok dan berkata 'aku dapat payment' dan semasa saya nak pulangkan cek itu kepadanya, saya nampak cek itu cek tunda. "Saya tanya kenapa tarikh September sedangkan ini bulan Ogos tetapi dia (Sosilawati) kata tidak apa, sebab mereka dah bincang sebelum ini. Cek itu adalah atas nama Southern Symphony Sdn. Bhd. syarikat milik Sosilawati," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Ahmad Kamil tergesa-gesa, bercakap cepat - Isteri Posted: Ahmad Kamil tergesa-gesa, bercakap cepat - IsteriSHAH ALAM - Peguam Datuk Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil Abdul Karim berada dalam keadaan tergesa-gesa, bercakap cepat dan tersekat-sekat ketika menghubungi isterinya, Sabrina Adnan pada 30 Ogos tahun lalu. Sabrina, 32, yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 berkata, sikap suaminya itu pelik kerana dia tidak bertanya mengenai anak-anak dan tidak menjawab soalan yang ditanya. "Suami menghubungi saya pada pukul 4 petang memberitahu yang dia tidak dapat berbuka puasa bersama. Hampir empat jam kemudian, dia hubungi saya lagi dan dia bercakap dalam keadaan tergesa-gesa mengatakan tidak balik selama tiga hari," katanya di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir di Mahkamah Tinggi di sini semalam. Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff sama ada dia ada bertanya apa-apa, Sabrina yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) menjawab, ada. "Dia kata ada masalah, Kak Wati (Sosilawati) tengah menangis dan dia mahu tolong. Dia kata Kamal (Kamaruddin Shamsuddin) ugut hendak sebarkan gambar yang tidak senonoh tetapi bila saya tanya dia ke mana dia tidak jawab," ujarnya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan