Rabu, 8 Jun 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Peniaga maut selepas tercampak keluar

Posted:

Peniaga maut selepas tercampak keluar

Peniaga maut selepas tercampak keluar

08/06/2011 10:39pm

KANGAR – Seorang peniaga maut apabila kereta yang ditumpanginya terbabit kemalangan jalan raya menyebabkannya tercampak keluar daripada kenderaan itu di kampung Kubang Gajah dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Mohd Nadzri Hussain berkata, Chua Kok Seong, 36, yang patah tengkuk dan cedera di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta jenis Kelisa itu, Ngoi Chuan Tat, 29, cedera parah.

Kejadian berlaku kira-kira 1 petang, apabila kereta yang dipandu oleh Chuan Tat hilang kawalan lalu merempuh pokok jati di bahu jalan, manakala Kok Seong yang tidak memakai tali pinggang keledar tercampak keluar.

Mohd Nadzri berkata, semasa kejadian, kenderaan yang dinaiki kedua-dua lelaki itu sedang menghala Arau dari arah Kangar dan kemalangan dipercayai berlaku disebabkan kenderaan dipandu laju dan keadaan jalan licin berikutan hujan lebat.

Mayat mangsa yang beralamat di Alor Setar, Kedah, itu dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan rakannya yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Nigeria maut ketika lari dari polis

Posted:

Warga Nigeria maut ketika lari dari polis

Warga Nigeria maut ketika lari dari polis

08/06/2011 10:29pm

KUALA LUMPUR – Lima lelaki warga Nigeria ditahan termasuk seorang maut apabila cuba melarikan diri dari serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di kawasan pangsapuri tiga tingkat di Taman Sri Kuching di sini.

Turut dirampas pada serbuan tersebut adalah 1.02 kilogram dadah jenis syabu dan 4.36kg dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM309,960.

Timbalan Pengarah I (Operasi) jabatan itu, Datuk Othman Harun dalam satu kenyataan berkata, kelima-lima mereka yang berumur antara 22 dan 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi.

Menurut Othman, pada mulanya tiga daripada mereka ditahan di hadapan pangsapuri tersebut dan polis menemui serangkai anak kunci salah satu unit rumah di pangsapuri tersebut selepas pemeriksaan dilakukan ke atas seorang daripadanya.

"Pemeriksaan dalam bilik rumah tersebut, polis berjaya merampas 10 bungkusan plastik berisi dadah syabu serta dadah jenis heroin," katanya.

Selepas itu, katanya seorang lagi lelaki dalam keadaan mencurigakan dilihat di kawasan tersebut sebelum polis bertindak mengejarnya, namun lelaki itu melarikan diri dan rebah di hadapan sebuah restoran.

"Lelaki yang rebah itu ditahan dan dibawa ke apartmen dan semasa dalam rumah, beliau telah mengalami kesukaran bernafas dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mengaku salah guna dokumen palsu

Posted:

Mengaku salah guna dokumen palsu

Mengaku salah guna dokumen palsu

08/06/2011 8:24pm

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah urusan syarikat pengiklanan DD Mediaconsult Sdn Bhd, Norhan Manaf, mengaku bersalah terhadap 31 pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk memindahkan wang berjumlah RM1.9 juta dari akaun syarikat tersebut ke dalam akaunnya.

Bagaimanapun Hakim Mohammad Zulkifly Jusoh menangguhkan keputusan hukuman terhadap tertuduh, selepas pihak pembelaan memohon penangguhan itu ke esok.

Pihak pembelaan yang diwakili peguam D. Krishna memohon penangguhan itu atas alasan sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman pada hari ini, anak guamnya tidak boleh membuat apa-apa pembayaran.

"Masa sekarang sudah suntuk, jikalau apa-apa denda yang perlu dijelaskan tidak boleh dilaksanakan. Pihak kami memohon mahkamah untuk menangguhkan hukuman itu esok," katanya.

Mengikut pertuduhan itu, tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu "permohonan untuk kiriman wang" bagi memindahkan wang berjumlah RM1.9 juta dari akaun syarikat tersebut ke dalam akaun milik tertuduh sedangkan tertuduh tahu ia adalah palsu.

Norhan, 42, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, Dataran Maybank, Jalan Maarof di sini antara Januari dan Mei 2010. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved