Selasa, 28 Jun 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Varieti haruman Teacher’s Perfume

Posted:

Varieti haruman Teacher's Perfume

Varieti haruman Teacher's Perfume

Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my


JAMALUDIN positif dengan perkembangan dan peluang bisnes wangian hari ini.


KEWUJUDAN jenama minyak wangi tanpa alkohol yang dijual dalam bentuk botol roll-on di negara ini boleh diumpamakan bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam beberapa tahun sahaja, pelbagai jenama minyak wangi sudah menembusi pasaran sehinggakan ada kalanya mampu memberi kesan terhadap pasaran minyak wangi yang dijual dalam bentuk semburan.

Menyedari peluang pasaran minyak wangi roll-on itu, syarikat Minda Sarjana Enterprise dengan jenama wangian Teacher's Perfume tampil menawarkan lebih banyak pilihan kepada orang ramai.

Beroperasi di Simpang Ampat Tasek, Pulau Pinang, enam set wangian khusus disediakan kepada pengguna lelaki dan wanita.

Menurut pengasasnya, Jamaludin Hashim, jenama Teacher's Perfume kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar haruman secara roll-on selain faktor saiznya yang kecil serta mudah dibawa.

Bermula dengan jualan kecil-kecilan dalam kalangan rakan sekerja sejak lima tahun lalu, nama Teacher's Perfume kini sebaris dengan wangian lain yang diinspirasikan daripada jenama popular.

Jamaludin yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang memberitahu, nama Teacher's Perfume diabadikan kepada produk tersebut sebagai penghargaan kepada golongan pendidik sepertinya.

Ternyata keputusan Jamaludin untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan minyak wangi secara serius tepat apabila sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Buktinya, sejak ia dilancarkan pada Disember tahun lalu, minyak wangi jenama Teacher's Perfume sudah menembusi pasaran seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Mulanya, hanya empat set wangian yang dikhususkan kepada pengguna lelaki dan wanita diperkenalkan.

"Kesemuanya diinspirasikan daripada produk haruman berjenama terkenal seperti Dunhill, Hugo Boss, Lancome dan Calvin Klien.

"Sejak bulan lalu, syarikat memperkenalkan dua lagi set terbaharu sebagai pilihan kepada pelanggan yang menjadikan kesemua enam pilihan haruman bagi kedua-dua set lelaki dan wanita," ujarnya.

Mengulas mengenai set terbaharu itu, Jamaludin berkata, setiap satu mengandungi empat botol wangian berbeza haruman dengan kapasiti empat mililiter sama seperti empat set terawal yang diperkenalkan pada Disember tahun lalu.

Jelasnya, bagi kotak berwarna oren yang dikhaskan kepada wanita, ia mengandungi haruman Stella dari Jennifer Lopez, Amore (Cacharel), Burbarella (Burberry) dan Cool Water inspirasi Davidoff.

Untuk kotak berwarna coklat yang dikhaskan kepada lelaki pula, ia mengandungi wangian Issey Miyaki dari Issey Miyaki, Escape Men (Calvin Klien), CK1 (Calvin Klien) dan Tuxedo inspirasi Giorgio Armani.

"Dua set terbaharu ini sebagai tambahan pilihan kepada pelanggan yang juga hadiah terbaharu kepada penggemar wangian jenama Teacher's Perfume," katanya.

Menurut Jamaludin, pihaknya tidak bimbang dengan persaingan kerana minyak wangi keluarannya mempunyai kekuatan tersendiri.

Malah kata Jamaludin, rata-rata pelanggannya juga berpuas hati dengan wangian keluaran syarikatnya kerana ia mampu bertahan di antara dua hingga tiga hari.

Dengan 60 stokis di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, Teacher's Perfume bakal memperluaskan lagi pasaran apabila menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 200 stokis menjelang hujung tahun ini.

Pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM192 untuk mendapatkan enam set wangian Teacher's Perfume untuk melayakkan mereka menjadi stokis.

"Orang ramai yang berminat juga boleh menghubungi Jamaludin di talian 012-5407 782 atau 019-4619 393 atau melayari laman blog syarikatnya di http://teachers-perfume.blogspot.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kanser tidak halang Noraini berkarya

Posted:

Kanser tidak halang Noraini berkarya

Kanser tidak halang Noraini berkarya

Oleh NIZHA PERIASWAMYnizha.periswamy@kosmo.com.my


NORAINI mahu berkongsi ilmu jahitan yang dimilikinya dengan para pembaca.


BAGI sesiapa yang baru didiagnosis dengan penyakit kanser dan saat berperang dengan penyakit itu, putus asa mungkin perkataan yang sering kali muncul dalam kotak fikiran.

Namun, enggan melihat kanser usus sebagai penyakit yang menghalang dirinya daripada melakukan perkara yang diminati iaitu kerja tangan, Noraini Margono berusaha berkongsi ilmunya kepada penggemar bidang yang sama.

Selagi direstui dengan umur yang panjang oleh Allah, kata Noraini, dia mahu berkongsi kemahirannya melalui penulisan buku.

Komitmen tersebut telah menyaksikan Noraini berjaya menghasilkan empat jilid penulisan yang dikompilasi di bawah empat buah buku, Cara Mudah Menjahit.

"Alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk berkongsi lebih banyak pengetahuan. Selepas buku pertama yang dikeluarkan pada tahun 2006, saya mengeluarkan dua lagi buku iaitu buku resipi memasak dan buku menjahit tudung," katanya merujuk kepada buku terbaharu beliau, Cara Mudah Menjahit Tudung.

Keghairahannya menulis membolehkan peminat tulisan Noraini dihadiahkan dengan sebuah lagi buku panduan menjahit iaitu menjahit kain cadar, sarung kusyen dan sebagainya.

"Skrip telah disediakan. Sekarang saya kena buat kerja praktikal dan mengambil foto. Ia akan mengambil masa kerana kita perlu menunjukkan realiti jahitan secara langkah demi langkah dalam buku itu nanti. Saya berharap ia dapat dikeluarkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi," kata wanita yang sudah berusia 55 tahun itu.

Noraini ditemui pada majlis promosi Mutiara Minda bersama MPH yang diadakan di gedung buku MPH, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Pada majlis promosi tersebut, Noraini bersama anak lelaki dan seorang lagi pembantu mendemonstrasi cara-cara menjahit langsir secara mudah dan cepat.

"Cara seumpama ini menunjukkan bahawa seseorang boleh mengikut panduan dalam buku untuk menjahit langsir," ujarnya.

Ibu kepada enam orang anak itu juga sedang menyediakan Sijil Modular Kebangsaan pendidikan kemahiran menjahit langsir dan jahitan dalaman untuk Kolej Komuniti.

"Saya juga akan melatih pensyarah dari Kolej Komuniti di akademi jahitan saya di Taman Kampung Utama, Johor Bahru," katanya yang sudah 30 tahun menimba pengalaman dalam bidang jahitan.

Jelasnya, tawaran itu mungkin disebabkan keistimewaan buku jahitan langsir yang amat mudah difahami dan diterima baik oleh pembaca.

Buku tersebut juga mendapat respons yang baik daripada pembaca dan terus menjadi inspirasi Noraini untuk mengeluarkan lebih banyak buku, termasuk masakan.

"Saya berpendapat di Malaysia amat kurang buku berkaitan jahitan khususnya jahitan langsir.

"Semasa didiagnosis dengan penyakit kanser, saya mahu membuat sesuatu yang baik sebelum Allah mengambil nyawa saya. Oleh itu, saya daripada seorang penjahit biasa, mengambil langkah untuk menjadi penulis dan menghasilkan buku ini.

"Pada awalnya, ahli keluarga berasa tidak selesa dengan keputusan saya memandangkan keadaan diri saya yang tidak sihat. Mereka bimbang jika ini memberikan tekanan kepada diri saya.

"Tetapi, setelah buku ini berjaya dan pembedahan pertama saya juga berjaya, mereka menerima dan menyokong usaha saya," katanya penuh bersemangat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved