Sabtu, 25 Jun 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cabaran Dais di Aeon AU2

Posted:

Cabaran Dais di Aeon AU2

Cabaran Dais di Aeon AU2


AEON AU2 menjadi lokasi untuk saingan Zon Tengah Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011.


SELEPAS menamatkan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 di Giant Kuala Terengganu minggu lalu, kini tiba masanya saingan Zon Tengah yang diadakan di gedung Aeon AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur esok.

Seramai 30 peserta bakal berentap mempamerkan bakat menghasilkan adunan kek dan biskut ciptaan sendiri bertemakan alam fantasi.

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang merupakan kerjasama antara akhbar Kosmo! dan minyak jagung Daisy serta rakan strategik Tupperware. Program tersebut bertujuan membantu kelompok usahawan kecil dan sederhana dalam mengukuhkan serta mengembangkan perniagaan mereka yang berkonsepkan bakeri.

Menariknya, Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang berlangsung di empat lokasi utama terbuka kepada golongan suri rumah, peniaga kecil-kecilan dan individu yang mempunyai minat mendalam dalam bidang pembuatan kek dan biskut.

Secara tidak langsung, cabaran Daisy menyediakan platform terbaik kepada peserta untuk menonjolkan kebolehan memasak kepada umum dan pihak juri.

"Pada masa yang sama, pertandingan ini bertujuan membimbing dan berkongsi dengan orang ramai teknik-teknik menggunakan minyak jagung dalam masakan. Seperti yang diketahui, penggunaan minyak jagung Daisy amat digalakkan memandangkan ia yang berasaskan 100 peratus minyak jagung asli dan bebas kolesterol.


PESERTA perlu menampilkan resipi unik kek dan biskut menggunakan minyak jagung Daisy.


"Lagipun kandungan poli-lembut dan cairan poli tidak tepu yang diekstrak daripada jagung menjadikan adunan biskut dan kek lebih gebu, ringan dan cair di mulut," jelas duta minyak jagung Daisy, Chef Liza Zainol. Minyak tersebut juga diperkaya vitamin E dan omega 6.

Chef Liza yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan dan pembuatan kek juga memberitahu, kriteria pemarkahan para peserta diambil berdasarkan ketulenan resipi, inovatif dan kreativiti menghias kek serta biskut. Pada hari yang sama, Chef Liza turut membawa 400 biji biskut kacang hijau dan 400 potong kek karot untuk dirasai pelanggan.

Lebih istimewa, pengunjung di Aeon AU2, Setiawangsa juga berpeluang menebus minyak jagung Daisy 500 gram dengan membawa keratan dua kepala akhbar Kosmo!.

"Penebusan ini terhad kepada 200 pembaca Kosmo! yang terawal. Kaunter dibuka bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi," kata Eksekutif Iklan Kosmo!, Mohd. Nizam Baharuddin.


Rokusteps akan menghiburkan penonton dengan tarian mereka.


Pada acara itu, orang ramai juga dimeriahkan dengan persembahan hiburan daripada artis tempatan. Ia akan dimulakan dengan persembahan tarian oleh kumpulan Rokusteps iaitu peserta program realiti tarian popular, Showdown 2011.

Ini diikuti dengan persembahan bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF), Adam AF2 dan Heliza AF5. Program pada hari itu akan dihos oleh pengacara rancangan Selamat Pagi Malaysia saluran RTM, Tazneem Faisal Meerangkutty.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved