Isnin, 20 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perkahwinan tanpa lelaki

Posted:

Perkahwinan tanpa lelaki

Perkahwinan tanpa lelaki

Oleh ALIF ABU BAKAR



MELAYARI bahtera cinta sehingga ke jenjang pelamin pasti menjadi impian setiap pasangan yang bercinta. Selepas mendirikan rumah tangga, bermulalah kewajipan sebagai suami atau isteri.

Kehidupan juga tentulah berbeza daripada semasa hidup membujang dahulu khususnya dari segi hubungan intim suami isteri.

Namun, perkahwinan itu tidak semestinya indah lebih-lebih lagi jika suami gagal menunaikan tanggungjawabnya. Ia sedikit sebanyak boleh menghakis keharmonian institusi kekeluargaan.

Seorang isteri, dikenali sebagai Sofea, menceritakan bagaimana peritnya dia menanggung penderitaan batin kerana si suami gagal memberi kepuasan seksual kepadanya.

Pelbagai cara dilakukan Sofea bagi menikmati hubungan intim itu namun semuanya gagal.

Bagi menjaga perasaan suami tercinta, Sofea berpura-pura dia mencapai tahap klimaks. Namun, selepas suaminya terlena, dia berusaha sendiri untuk memuaskan keinginan seksualnya.

Klimaks palsu

Selama hampir 10 tahun dia menggunakan teknik memuaskan nafsu sendiri itu dan hanya selepas bertemu doktor, baru dia menyedari dia selama ini telah melakukan onani.

"Saya membuat keputusan bertemu doktor selepas saya sering menolak ajakan suami bagi melakukan hubungan seks.

"Bagi menyelamatkan rumah tangga, saya terpaksa memberitahu doktor dan suami tentang masalah yang dihadapi dan bagaimana saya memuaskan diri sendiri.

"Namun, selepas diberitahu tentang onani, saya dan suami akhirnya berjumpa pakar kaunseling. Kini saya sudah menghentikan aktiviti onani tersebut," ujar ibu kepada tiga anak itu.

Berdasarkan kisah Sofea, kesimpulan awal yang boleh dibuat ialah wanita melakukan onani hanya kerana mahu mencapai klimaks yang tidak diperoleh semasa melakukan hubungan seks dengan suami.

Menurut Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Hospital Damai Service, Dr. Mohd. Ismail Thamby, kebanyakan wanita yang telah berkahwin cenderung memalsukan klimaks bagi memuaskan hati suami.

Berikutan itu, mereka memilih untuk melakukan onani bagi melampiaskan kehendak yang tidak dicapai. Apa yang mengejutkan, majoriti daripada mereka tidak mengetahui mereka sebenarnya melakukan onani.

"Masyarakat mungkin ingat hanya lelaki yang melakukan onani.

"Tetapi wanita juga beronani dan cara mereka berbeza daripada lelaki.

"Perkara tersebut akan membuatkan mereka berasa seronok dan tanpa disedari mereka akhirnya akan beronani," katanya.

Berdasarkan pengalaman Ismail, pesakit wanita yang bertemu dengannya mendedahkan terdapat pelbagai peralatan yang menjadi pilihan mereka ketika beronani.

Mungkin kedengaran pelik tetapi hakikat yang perlu diketahui, wanita sering beronani menggunakan alat-alat bantuan yang tidak masuk akal.

Ada juga dalam kalangan mereka yang menggunakan alat bantuan yang dicipta khas yang dijual di kedai barangan seks.

Ismail menjelaskan wanita yang mengalami ketagihan onani akan mencuba pelbagai alatan dan cara bagi mendapatkan kepuasan paling tinggi.

Daripada segi psikologi pula wanita meletakkan onani sebagai satu tabiat berfaedah kerana ia mampu mengurangkan tekanan serta menimbulkan rasa seronok.

"Sebenarnya wanita yang beronani telah meletakkan satu pemikiran dan menetapkan tahap bagi mereka mencapai klimaks.

Mati putik


ISMAIL


"Jadi sukar bagi mereka mencapai klimaks ketika bersama suami kerana mereka telah terbiasa mendapatkan kepuasan dengan bersendirian.

"Mereka yang berada di tahap seperti ini perlu cuba menghentikan aktiviti tersebut kerana ia boleh menjejaskan hubungan intim bersama pasangan," ujarnya.

Pakar Psikologi dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Suradi Salim pula menyatakan keinginan wanita untuk beronani bergantung kepada kepuasan yang dicapai mereka ketika bersama pasangan.

"Kemungkinan mereka mempunyai keinginan lebih tinggi terhadap pasangan dan apabila ia gagal dipenuhi, mereka memilih untuk beronani.

"Namun, dalam konteks onani ini kita perlu merujuk kepada pegangan agama seseorang itu kerana pada akhirnya perbuatan mereka itu akan dinilai berdasar kepada agama dan kepercayaan mereka.

"Ia terbukti apabila mereka yang kerap beronani akan berasa bersalah terhadap perbuatan itu dan ia tidak dizahirkan secara fizikal sebaliknya ia akan mengganggu emosi mereka," katanya.

Jika kekerapan onani boleh mengakibatkan golongan lelaki berdepan dengan risiko mati pucuk, wanita juga mempunyai kebarangkalian mengalami mati putik.

Menurut Ismail pula, mati putik atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat golongan wanita apabila mereka mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan ketika bersama suami.

Apabila tiada perasaan ghairah terbit dalam diri, ia akan mengganggu kelancaran peredaran darah ke bahagian kemaluan serta mengakibatkan alat sulit gagal mengembang dan menggebu.

"Wanita yang gemar beronani juga akan mudah berasa letih dan tidak bertenaga serta tertekan dengan persekitaran apabila tidak mendapatkan kepuasan yang dihajati," jelas Ismail.

Justeru, Ismail mengingatkan golongan wanita agar mengelakkan onani kerana aktiviti tersebut merupakan satu bentuk penderaan kepada alat kelamin.

ONANI tetap HARAM


DAUD CHE NGAH


KEKELIRUAN masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam terhadap onani sering dijadikan alasan untuk mereka terus melakukan aktiviti tidak sihat itu. Menurut pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah hukum melakukan onani adalah haram tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. "Ada pendapat mengatakan onani boleh dilakukan bagi mengelak berlakunya zina, tetapi ia tetap jatuh haram buat seseorang yang melakukannya. "Allah telah menciptakan manusia itu berpasangan dan sekiranya mereka berkeinginan untuk mencapai kepuasan seksual, mereka perlu melakukannya bersama pasangan masing-masing.

"Mencapai kepuasan secara bersendirian dengan beronani bukan satu pilihan tepat, malah ia tidak dibenarkan dalam ajaran Islam," jelasnya. Daud juga memberitahu pasangan suami isteri yang berdepan dengan masalah tersebut perlu mengatasinya dengan bijaksana terutama suami kerana tanggungjawab sebenar terletak di bahu mereka. Ujarnya, kegagalan isteri mencapai kepuasan seksual hingga mendorong mereka beronani adalah disebabkan fahaman mereka terhadap hubungan seks itu tidak seperti yang ditetapkan syarak. "Hubungan intim bersama suami bukan sekadar mencapai kepuasan tetapi ia juga perlu mencapai matlamat. "Apabila tercapainya matlamat maka pasangan tersebut akan mendapat rahmat. Tetapi jika isteri gagal mencapai kepuasan, suami perlu mencari punca kepada permasalahan tersebut," tambahnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Flat sardin bandar di Rusia

Posted:

Flat sardin bandar di Rusia

Flat sardin bandar di Rusia


SEORANG wanita sedang tekun menyiapkan hidangan sementara seorang jirannya meluncur dengan kasut roda di lantai dapur yang mereka kongsi.


DI SEBALIK siling yang tinggi dan tingkap-tingkap besar yang membolehkan dia melihat keluar ke arah sebuah gereja, rumah pangsa Natalya Zavyalova terus mengekalkan kehidupan yang mudah dan ringkas serta ciri masa lampau sebelum berlakunya revolusi.

Kira-kira seabad yang lalu, ia merupakan salah sebuah kediaman yang hebat di Rusia. Bagaimanapun, kini, ia telah menjadi rumah pangsa yang sesak bak tin ikan sardin atau dikenali sebagai kommunalka, iaitu sebuah rumah untuk sepuluh orang dari keluarga berlainan.

Koridor di tengah-tengahnya yang agak panjang, tandas dan bilik dapur yang sesak itu telah diubah suai untuk keperluan penghuni yang ramai oleh pemerintah Soviet sebagai satu percubaan mengurangkan pembahagian kelas.

Seperti kebanyakan penduduk St. Petersburg, Zavyalova, 34, seorang juruwang di sebuah pasar raya, tidur dan tinggal di bilik seluas 25 meter persegi dengan anak perempuannya, Liza, 13.


KESESAKAN di laluan koridor pangsapuri seperti ini adalah perkara biasa bagi para penghuninya.


Secara keseluruhannya, rumah pangsa kongsi di tengah-tengah bandar.itu mempunyai lima bilik dan 10 penghuni berusia dua tahun hingga 80 tahun termasuk seorang pemandu bas, seorang pesara, seorang akauntan, pekerja limbungan dan seorang jururawat.

Di dapur pula terdapat empat dapur gas, empat meja makan malam dan empat peti ais. Setiap keluarga mengambil giliran membersih dengan satu jadual tergantung dalam ruang tamu.

Seperti dalam kebanyakan rumah kongsi, bilik mandi dan tandas sangat kotor, dinding-dinding perlu dicat baharu dan lantainya buruk sama sekali.

Hidup dalam ruang yang sempit, 'jiran-jiran serumah' itu sering bertengkar sejak beberapa tahun. Natalya mengakui dirinya tidak lagi bersua dengan seorang wanita di kediamannya sejak dua tahun lepas, walaupun mereka berkongsi ruang yang paling peribadi.

"Namun, ada juga waktunya untuk kami bergembira. Ia seperti mendapat keluarga baharu," katanya, merujuk kepada keadaan penghuni yang sering berkumpul untuk majlis tertentu atau untuk meraikan hari cuti kebangsaan.

St. Petersburg yang berpopulasi lima juta orang penduduk, masih mempunyai lebih daripada 100,000 flat kongsi. Kebanyakan daripadanya berada di tengah-tengah bandar bersejarah dan dibina tiga abad lalu oleh pemerintah autokratik Peter The Great.

Flat kongsi muncul di Rusia pada tahun-tahun selepas Revolusi 1917, apabila pihak berkuasa tergesa-gesa mengalihkan pekerja buruh di bandar ke rumah pangsa kelas pertengahan dan bekas bangsawan.

Dalam tindakan kejam itu, bekas pemilik rumah pangsa tersebut terpaksa menerima hakikat bahawa ruang privasi mereka kini hanyalah di dalam sebuah bilik tidur, sementara yang lainnya dikongsi.

Tidur di bilik mandi

Pada tahun 1920, pelawak, Mikhail Zoshchenko melukis lakaran tentang penghuni rumah pangsa kongsi yang terpaksa tidur di bilik mandi dan berkongsi berus untuk menyental badan.

Pangsapuri yang dihuni Zavyalova adalah sebuah bangunan lima tingkat yang dibina pada abad ke-19 di kawasan sesak. Ia berada dalam keadaan yang lebih baik daripada kebanyakan yang lain kerana ia telah diubah suai semula sekitar tahun 1980-an.

Pihak berkuasa Soviet cuba untuk memenuhi keperluan perumahan baharu di kawasan urban dengan membina blok apartmen untuk golongan elit di bawah pemerintahan Stalin dan Khrushchev.

Namun, kewujudan berterusan flat kongsi menggagalkan usaha mereka. Itu berlaku terutamanya di Saint Petersburg yang tidak banyak mempunyai perancangan pembinaan perumahan moden.

Hak persendirian


DUA orang 'jiran serumah' berkongsi ruang dapur di salah sebuah pangsapuri di St. Petersburg.


Lewat tahun 1980-an, hampir 40 peratus daripada pangsapuri atau Leningrad di tengah-tengah bandar kekal sebagai rumah kongsi.

Selepas perpecahan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, pihak berkuasa telah memberikan penghuni hak persendirian untuk biliknya dan juga sebahagian daripada ruang yang dikongsi sebagai syarat menjadi pemilik kediaman.

Kebanyakan bilik flat kongsi itu dimiliki orang kaya Rusia. Sebagai balasan, para penghuni lain diberikan rumah pangsa persendirian yang kecil di pinggir bandar.

St. Petersburg masih menawarkan keutamaan dan harga subsidi untuk penghuni rumah kongsi jangka panjang yang ingin membeli bilik mereka. Begitupun, pihak berkuasa telah mengumumkan matlamat untuk menghapuskan semua flat kongsi menjelang tahun 2020.

Keluarga Marina Romanova, 40, kini pemilik tunggal pangsapuri kongsi. Dahulunya, dia hanya memiliki salah satu daripada bilik di pangsapuri itu.

"Kami mempunyai persekitaran yang baik bersama seorang jiran," kata ahli biologi itu yang tinggal dengan suami dan anaknya.

Romanova menambah, dirinya juga mampu meminjam sekitar dua juta Ruble (RM216,600) daripada seorang penjawat awam yang berkhidmat dalam dewan bandar.

Namun begitu, bandar itu masih menjadi tempat rasmi bagi ribuan flat dengan masing-masing mempunyai enam hingga lapan buah bilik. Semua kediaman itu hanya menjalani sedikit proses penambahbaikan sejak tahun 1917 dan kini ia masih diduduki penghuni yang sukar untuk bersetuju dengan perjanjian jualan.

Ramai penduduk rumah pangsa kongsi mengadu mereka tidak dapat mengumpul jumlah yang diperlukan untuk menjadi pemilik tunggal atau untuk membeli sebuah rumah kecil di pinggir bandar.

Lyudmila Alexandrova, 57, bekas anggota polis, berkata, beliau tidak mempunyai peluang untuk meninggalkan pangsapuri kongsi yang dikongsi bersama 11 orang penghuni lain bersebelahan terusan Griboyedov.

"Kami tidak ada harapan untuk berpindah keluar dari sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved